Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, August 29, 2010

~ dpt award dr kak munna ~







DAPAT AWARD DARI KAK MUNNA

Ada 7 soalan :

a- Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
BILER NK START WAT KUIH RAYA NEH...

b- Apakah nama samaran anda?
LIZA, HALIZA, IJA, LECOT, MAMA, MAMA LIZA...

c- siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
  • MAK/BAPAK
  • PAPA TERSAYANG
  • HUSNA & LILY

d- Panggilan untuk si dia?
PAPA & SAYANG...

e- Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
KASIH SAYANG YANG ABADI HINGGA KE SYURGA...AMIN...

f- Blog mana yang anda selalu lawat?
SEMUA MEMBER BLOGGER LIZA LA...

g- TAG kan kepada 15 blogger?

1. KAK LYN
2. BRO JMR
3. CIK NUNU
4. BRO ERYQAZZ
5. BRO LUQMAN
6. PENJEJAK MAYA
7. KAK DINA HALIM
8. SINAR RAUDHAH
9. SITI FIYA
10. KAK NISA
11. KAK AZLINA
12. ANNE
13. SHIEDA
14. KAK LILY LOTUS
15. DIARY UNCLE SYAF

p/s : first time jwb tag..selalu ader pnyakit M..ehehehe




Saturday, August 28, 2010

~ melangkah penuh kegembiraan ~

video

sejak ank mama dh dapat kaki mmg xlekat duk umh ea..asyik mrengek2 nk jalan2 jer...okla husna...as long as husna happy..mama n papa pun happy if husna happy sama...gelak tawa husna bisa mencairkan hati siapa pn yg mndengarnya...i lebiu babeh...=))

p/s:video ni di record oleh mak cu husna yg very the rajin bw husna jln2...

Friday, August 27, 2010

~ anak dara kami semakin ceria membesar ~

indahnya kurniaan Mu Illahi...alhmdulillah...husna semakin membesar dgn sht, cerdik n ceria..semoga puteri kesayangan mama n papa trus sht2 n semakin cerdik dlm apa jgyg dlaksanakn nya...

keletah husna selalu mnjadi penyeri rmhtangga kami..terima kasih ya Allah...kurniaan Mu ini sungguh besar nikmatnya...



husna dh pandai berjalan sendiri...



husna semakin peka dgn keadaan sekililing...



oooohh...comelnyer ank mama...sigh...=D



buah hati pengarang jantung mama papa...



saidatul husna..mama papa sayang husna...i lebiu...

p/s:tanda cinta suci kami berdua...

Wednesday, August 25, 2010

~ pesanan roh kepada manusia ~



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:

"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan mence rita kan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yati m dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yati m dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

p/s:semoga dgn artikel ini dpt meningkatkn lg keimanan kita kpd Allah SWT...amin

Tuesday, August 24, 2010

~ cendol oh cendol ~



wawawawa...di tghari ramdhan menyaksikan kelazatan & kedinginan cendol ni mmg mnguji iman sungguh...ehehehehe...sabar uols...magrib lmbt lg...

act lieza teringin nk wat cendol ni sndri..cz hrtu hubby lieza ader beli kt param..mmg super duper sdp..berbaloi la dgn hrganya yg mahal..uhuuu...

oleh sbb ia mahal n kami xpuas mnum..maka lieza gigih nk wat cendol ni sndri..tp masih lom tlaksana lg..xpe2 sbr ea wahai hubby ku...nti lieza mesti buat punyer...tunggu...=))

p/s:mak...cpt bg resepi cendol yg mak wat dulu..sdp ya rabbi!!!

Monday, August 23, 2010

~ selamat ulangtahun perkahwinan nazlieza yg ke 2 thn ~

selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ke 2thn sayang...semoga ikatan suci ini akn berkekalan hingga ke syurga..AMIN

terima kasih kerana sudi menjadi ADAM mama utk selamanya...i love u so much...no word can describe how much i love u...









p/s:memori sungguh la...sob sob sob...terharu..

Sunday, August 22, 2010

~ kuih raya utk di tempah ~

salam...hye uols...apa kbr..hope semuanya sht2 jer...sory ea uols cz lieza dh lama btol xupdate blog..mklomla di bln ramadhan ni terasa pack btol time setelah bgelar isteri n mama..alhmdulillah..ramadhan dilalui dgn pnuh kbhgiaan n ksyukuran...amin..

haaa...panas2!!!!...hehehehehe...nazlieza homemade bakery kembali lg dgn koleksi kuih raya yg xpnh miss stp thn...spe yg selalu order n dtg braya kt umh liza tahu ler...ehehehehe...

kuih2 n kek raya ni semuanya buatan lieza n hubby...pndek kata semuanya mmg fresh from my oven la...ok kpd sesiapa yg bminat utk menempah bolehla hubungi lieza di talian 013-2680540...tq for all support my dear frenz...lebiu2...=))




Almond London RM 19.00 (50pcs)



Tart Nenas RM 19.00 (50pcs)



Moist Chocolate Cake RM 5.00 (per small box)

p/s : sungguh teruja tahun ni membuat kuih raya bsama husna yg dh pandai menolong....menolong mnyepahkan dapur mama!!!!

Saturday, August 21, 2010

~ selamat hari lahir suamiku sayang ~

Allah selamat kan papa...
Allah selamatkan papa...
Allah selamatkan Nazar Rul Ariffin...
Allah selamatkan papa...

selamat hari jadi...
selamat hari jadi...
selamat hari jadi papa...
selamat hari jadi...

happy birthday to you...
happy birthday to you...
happy birthday to papa...
happy birthday to you...



selamat hari lahir papa...semoga Allah panjangkan usia papa & semoga hidup kita trus bahagia hingga ke akhir hayat...amin...

mama n husna alwaz love u so much..muaaach3...=))

Tuesday, August 17, 2010

~ asal usul kejadian nabi adam ~



Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu
tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu
akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita
baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui
tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.


Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk
menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun
ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan
tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya
diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan
kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah
bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu
Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai
Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi
bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan
menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan
tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah
ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu
Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang
mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah( Babylon )

10.Tanah India

11.Tanah syurga

12.Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.

4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah
iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan
berdoakan kepada Tuhan.


Proses kejadiannya:

1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya)
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan
dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat
"Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam
yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh
itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada
Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya.. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan ke

dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang
masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun
orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang
dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :

1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.

2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

A. Mata alat penglihatan

B. Hidung alat penciuman

C. Telinga alat pendengaran

D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus,
kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak
dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah
matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri,
ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan
tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para
malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah
ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata
Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh
kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan
Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia
mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.
Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi
perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus
roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah
daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu
kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100
tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.

p/s:mari kita sama2 jdkan ini pedoman hidup agar lebih beriman kpdnya...amin


Monday, August 16, 2010

~ resepi lasagna ~

last weekend mmg super duper best la uols..sesi mecuba byk resepi2 baru..n alhmdulillah berkat bln ramadhan agknyer..sumer resepi2 baru yg dicuba oleh lieza sumernya memberikan hasil yg mbanggakan..wakakaka..masuk bakul sndri lg la uols..xpela as long as my hubby tunjuk thumbs up pd lieza ok la tu kan uols...

kali ni lieza nk share resepi lasagna dgn uols..lieza dh torai n mmg sng n jadi sedap n lazat2..so uols pun mesti cuba taw..alaaaa...sesekali tukar tekak jd omputih apa salahnyer...ehehehehe =)

biler tgk kt bwh ni sure terliur lg n rse nk masak2 lg lg n lg..hohohhooh...



Lasagna

Kepingan lasagna
Keju parut - kita guna cheddar

Sos Merah

Daging cincang - kita guna daging burger je
Tomato puri - takde leh ganti ngan sos tomato
Sos cili
Bawang besar - dipotong dadu
Bawang putih - dicincang
Tomato buah - potong kecil
Karet - potong dadu ( opt. ikut le sayur apa nak letak - kacang pea, cendawan butang etc.)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak zaitun utk menumis - guna minyak biasapun takpe

1. Tumis bawang hingga agak layu, masukkan daging cincang
2. Bila daging agak masak, masukkan tomato puri dan sos cili, kacau sebentar
3. Masukkan sayur yg disukai dan potongan buah tomato
4. Perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam...angkat, ketepikan

Sos Putih

Butter
Tepung Gandum - bancuh dgn sedikit air
Susu segar
Four Cheese Pasta Sauce -takde leh guna cream mushroom pasta sauce/mushroom cream soup
Garam
Serbuk lada hitam

1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum, kacau dan pastikan tepung tidak bergentel
2. Masukkan susu segar, kacau sebati
3. Masukkan pula four cheese pasta sauce dan biarkan seketika
4. Sebelum diangkat perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam

Penyediaan Lasagna

1. Griskan loyang pembakar dgn sedikit butter
2. Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang
3. Letakkan sos merah diatas lasagna
4. Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan sedikit keju parut
5. Ulang proses 2 - 4, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju yg banyak ( kita buat 3 lapisan lasagna )
6. Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit ( ini ikut oven masing2 ye..) Pastikan kepingan lasagna lembut, jika masih kurang lembut boleh tambah masa pembakaran

p/s : Seelok-eloknya rendam kepingan lasagna dlm air panas 15-30 minit gitu, baru best w/p kat kotak tulis tak perlu rendam lasagna tsb

selamat mencuba!!!!



Friday, August 13, 2010

~ kelebihan solat sunat terawih di bulan ramadhan ~

Di bulan Ramadhan al Mubarrak kita disunatkan diantaranya ialah memperbanyakkan membaca al Quran,
Bersedekah, dan sembahyang sunat Terawikh.
Ini fadhilat solat Terawikh tersebut.

Diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari
pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat
terawikh pada bulan ramadhan:

MALAM 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,
mendapat keampunan dari Allah.

MALAM 2:
Diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman).

MALAM 3:
Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh
terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.'

MALAM 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca
kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

MALAM 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang
di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

MALAM 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf
di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan
tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

MALAM 7:
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong
Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir'aun dan hamman.

MALAM 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang
telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

MALAM 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

MALAM 10:
Allah subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

MALAM 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

MALAM 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

MALAM 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

MALAM 14:
Datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

MALAM 15:
Semua malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

MALAM 16:
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan
ke dalam syurga.

MALAM 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala para nabi.

MALAM 18:
Seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau
dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

MALAM 19:
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

MALAM 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

MALAM 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

MALAM 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

MALAM 23:
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

MALAM 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

MALAM 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

MALAM 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama
40 tahun beribadat.

MALAM 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

MALAM 28:
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

MALAM 29:
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

MALAM 30:
Allah Subhanahu Wata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh
pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "wahai hambaku:
makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam
syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta
minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
yang bernama 'al-Kauthar'"


p/s: mari kita beramai2 berterawih di masjid di bulan yg mulia ini...



Thursday, August 12, 2010

~ diari seorang isteri...suami wajib baca ~

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Wednesday, August 11, 2010

~ niat berbuka puasa ~

sebentar lagi tatkala azan magrib bkumandang...sempurnalah puasa kita selama sehari ini...jgn lupa batalkan puasa dgn membaca doa berbuka puasa & maniskan mulut dgn buah kurma taw uols..kerana mngikut sunnah nabi itu besar pahalanya...

DOA BERBUKA PUASA

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin

p/s : alhmdulillah..esok kita berpuasa lg ea uols...=))



Tuesday, August 10, 2010

~ niat puasa sebulan ramadhan ~

syukur ke hadrat Illahi...bertemu kembali kita dgn bln Ramadhan...bulan yg penuh kemuliaan & kberkatan...semoga kita semua sama2 beroleh kebaikan yg berlipat kali ganda dlm amalan kita pada kali ini dan yg mndtg...

esok 1 Ramadhan bermulalah kewajipan kita utk menunaikan ibadah puasa...semoga Allah sntiasa memberikan ksenangan kpd kita dlm menempuhi dugaan2 yg bkl tiba di dlm bln yg penuh barakah ini...

selepas menunaikan solat terawih pada malam ini..mari kita sama2 membaca niat berpuasa selama sebulan ya...

LAFAZ NIAT BERPUASA SEBULAN

sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala

p/s : selamat menunaikan ibadah puasa buat rakan2 sekalian...=0)



Sunday, August 1, 2010

~ tahniah buat asyraf johan imam muda ~

tah niah buat asyraf...ternyata anda mmg berbakat n mempunyai kredibiliti yg tsendri...semoga anda dpt mnjadi imam yg dsegani dpt berbakti kpd seluruh umt di luar sana...AMIN



bertuah badan asraf ni...dpt hadiah yg best2...terutama sekali dpt tajaan belajar di universiti Al Madinah...syukran...lieza first time tgk asraf ni pon dh tahu dia ader potensi...teruskan perjuangan mu...=))