Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 27, 2011

Anak Bangsa Semakin Binasa...

"Ambillah iktibar dari kisah benar ini..

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta

baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan..............

Dan ini ada kisah benar yang dceritakan oleh seorang Ustaz...

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi

masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.

"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ular tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.

Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

"Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :

"SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."


p /s : minta dijauhkan perkara sebegini...

Wednesday, January 26, 2011

Harga Kanopi Termurah & Tercantik 2011

SET CANOPY TETAMU

1) SET TETAMU : RM 250.00*

Set tetamu RM200

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Kerusi plastik, meja bulat(10pax) & alas meja secukupnya untuk 40 pax

- Lampu (2) & kipas siling (1)

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 400.00

** untuk fairy light 12 jalur per canopy, tambahan RM 200

** untuk chandelier, tambahan RM80


2) SET TETAMU : RM 300.00* / RM450 (TRANSPARENT )

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Kerusi plastik, meja bulat(10pax) & alas meja secukupnya untuk 40 pax

- Lampu (2) & kipas siling (1)

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 400.00

** untuk fairy light 12 jalur per canopy, tambahan RM 200

** untuk chandelier, tambahan RM80


3) SET TETAMU : RM 300.00*

Set tetamu RM250

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Kerusi plastik, meja bulat(10pax) & alas meja secukupnya untuk 40 pax

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Scallop pelbagai warna (2 warna)


4) SET TETAMU : RM 350.00* / RM500 (TRANSPARENT )

Set tetamu RM300Arabian Transparent tetamu RM450

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Kerusi plastik, meja bulat(10pax) & alas meja secukupnya untuk 40 pax

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 400.00

** untuk fairy light 12 jalur per canopy, tambahan RM 200

** untuk chandelier, tambahan RM80


5) SET TETAMU : RM 450.00

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Kerusi plastik bersarung & riben, meja bulat(10pax) & alas meja secukupnya untuk 40 pax**

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 400.00


6) SET TETAMU : RM 500.00/ RM650 (TRANSPARENT )

Set tetamu RM450Transparent 20'x20' Set RM600

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Kerusi plastik bersarung & riben, meja bulat(10pax) & alas meja secukupnya untuk 40 pax**

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 400.00

** untuk fairy light 12 jalur per canopy, tambahan RM 200

** untuk chandelier, tambahan RM80


7) SET TETAMU : RM 500.00

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Kerusi plastik bersarung & riben, meja bulat & alas meja secukupnya untuk 40 pax**

- Lampu (2) & kipas diri (1)

- Scallop pelbagai warna (2warna)

- Underlayer / Kelambu / Lelangit

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 400.00


8) Set lengkap untuk majlis perkahwinan

SET TETAMU : RM 550.00 / RM700 (TRANSPARENT )

Set tetamu Rm500Set tetamu Transparent RM650

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Kerusi plastik bersarung & riben, meja bulat(10pax) & alas meja secukupnya untuk 40 pax**

- Lampu (2) & kipas diri (1)

- Scallop pelbagai warna (2warna)

- Underlayer / Kelambu / Lelangit

- Chandelier (hanya untuk transparent - tukar kepada underlayer )*

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 400.00

** untuk fairy light 12 jalur per canopy, tambahan RM 200


BUFFET STATION

Meja buffet

Meja petak 3' x 4' - 3 unit + alas meja 3 unit + skirting - RM 70.00 (satu station)


MEJA KEK

Meja petak 3' x 3' - 1 unit + alas meja 1 unit + skirting + scallop - RM 50.00

Meja kek petak


SET CANOPY PENGANTIN

1) SET PENGANTIN : RM 300.00

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Set makan beradab ( kerusi banquet bersarung & riben, meja serta hiasan skirting, backdrop serta hiasan ) - untuk 10 orang

- Meja bulat, alas & kerusi plastik - untuk 20 orang*

* untuk tukar ke kerusi plastik bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 50.00

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 100.00


2) SET PENGANTIN : RM 350.00

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Set makan beradab ( kerusi banquet bersarung & riben, meja serta hiasan skirting, backdrop serta hiasan ) - untuk 10 orang

- Meja bulat, alas & kerusi plastik - untuk 20 orang

** untuk tukar ke kerusi plastik bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 50.00

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 100.00


3) SET PENGANTIN : RM 350.00

Maintable set No 3 + Kerusi plastik bersarung RM50

- Canopy 20' x 20' Piramid

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Set makan beradap ( kerusi banquet bersarung & riben, meja serta hiasan skirting, backdrop serta hiasan ) - untuk 10 orang

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

- Meja bulat, alas & kerusi plastik - untuk 20 orang*

* untuk tukar ke kerusi plastik bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 50.00

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 100.00


4) SET PENGANTIN: RM 400.00

Maintable set No 3 + Kerusi plastik bersarung RM50

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Set makan beradab ( kerusi banquet bersarung & riben, meja serta hiasan skirting, backdrop serta hiasan ) - untuk 10 orang

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

- Meja bulat, alas & kerusi plastik - untuk 20 orang*

* untuk tukar ke kerusi plastik bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 50.00

** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 100.00


5) SET PENGANTIN: RM 650.00

Maintable set No 3 + Kerusi plastik bersarung RM50

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas diri (1)

- Set makan beradab ( kerusi banquet bersarung & riben, meja serta hiasan skirting, backdrop alun serta hiasan ) - untuk 10 orang

- Meja bulat, alas labuh & kerusi banquet bersarung & riben - untuk 20 orang

- Meja kek

- Kerusi mempelai sepasang ( 2 unit )

- Underlayer / Kelambu / Lelangit

- Chandelier

- Scallop pelbagai warna (2 warna)


6) SET PENGANTIN: RM 700.00

Maintable Full VIP setting

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas diri (1)

- Set makan beradab ( kerusi banquet bersarung & riben, meja serta hiasan skirting, backdrop beralun serta hiasan ) - untuk 10 orang

- Meja bulat, alas labuh & kerusi banquet bersarung & riben - untuk 20 orang

- Meja kek

- Kerusi mempelai sepasang ( 2 unit )

- Underlayer / Kelambu / Lelangit

- Chandelier

- Scallop pelbagai warna (2 warna)


SET CANOPY PELAMIN

1) SET CANOPY PELAMIN : RM 280.00

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Backdrop canvas


2) SET CANOPY PELAMIN : RM 300.00

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Backdrop canvas


3) SET CANOPY PELAMIN : RM 300.00

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Backdrop canvas

- Scallop pelbagai warna (2 warna)


4) SET CANOPY PELAMIN : RM 350.00

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas siling (1)

- Backdrop canvas

- Scallop pelbagai warna (2 warna)


5) SET CANOPY PELAMIN : RM 400.00

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas diri (1)

- Backdrop canvas

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

- Underlayer


6) SET CANOPY PELAMIN : RM 450.00

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas diri (1)

- Backdrop canvas

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

- Underlayer


7) SET CANOPY PELAMIN : RM 500.00

- Canopy Piramid 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas diri (1)

- Backdrop canvas

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

- Underlayer

- Chandelier


8) SET CANOPY PELAMIN : RM 500.00

- Canopy Arabian 20' x 20'

- Lampu (2) & kipas diri (1)

- Backdrop canvas

- Scallop pelbagai warna (2 warna)

- Underlayer

- Chandelier


Senarai Harga Kelengkapan

Canopy Arabian 20' x 20' - RM 300 / Transparent - RM450

Canopy Piramid 20' x 20' - RM 250

Canopy Piramid 16' x 20' - RM 230

Canopy Piramid 10' x 20' - RM 200

Canopy Piramid 10' x 10' - RM 170

Canopy Arabian 10' x 20' - RM 250

Canopy Arabian 10' x 10' - RM 220

Meja petak 3' x 4' - RM 6. Alas meja - RM 5

Meja bulat(8 org) - RM 6. Alas meja - RM 5

Meja bulat(10 org) - RM 7. Alas meja - RM 7

Kerusi banquet - RM 7. Sarung banquet - RM 6

Kerusi Plastik - RM 2. Sarung kerusi plastik - RM 4. Riben - RM 1

Lampu - RM 15.

Kipas siling - RM 35. Kipas Industrial - RM 100. Kipas air - RM 250

Underlayer / Kelambu - RM 150

Chandeliar - RM 100.00

Kerusi Mempelai - RM 180 sepasang

Stage dgn karpet - RM 4 per kaki persegi

Platform dgn karpet - RM3.50 per kaki persegi

Backboard - RM3.50 per kaki persegi

Scallop 2 warna - RM 100 untuk satu khemah (siap pasang)

Set Maintable ( banquet bersarung & riben, meja, alas, skirting secukupnya & backdrop canvas ) - RM 300

Set Maintable ( banquet bersarung & riben, meja, alas, skirting secukupnya & backdrop beralun ) - RM 400

Backdrop canvas - RM 100. Backdrop beralun - RM 150

Alas meja kain damas - RM 12

Buffet set ( 3 meja 3'x4' + alas + skirting ) - RM 70

Stall ( alas + skirting ) - RM 250.00

Queue stand - RM150 per set

Rostrum - RM 250

Chiavary Chair - RM 30

Coffee table - RM 90

Set PA System - RM 600

Set PA System & DJ - RM 900.00

Projektor & Skrin - RM750

Dome - RM 100

Cocktail table - RM100


p / s : if uols berminat boleh call lieza untuk tempahan k...013-2680540 / 013-2658786

Rindu Demok Mama Papa

Mama papa rinduuuu husna..mama papa rindu time husna baby2 dulu2...

Mama papa rindu muka husna yang bolaaaat!!!

Mama papa rindu pipi husna yang gebu!!!

Mama papa rindu gusi husna yang xde gigi tuh!!!

Mama papa rindu dgn bau musyuk masyam husna!!!

Mama papa rindu dengan bubling husna, spe pon tak fhm!!!

Mama papa rindukan saat2 yang berlalu!!!

Wahai masa janganlah cepat berlalu, mama papa belom puas lagi melihat husna membesar dgn keletah2 manja n mencuit hati...
.
.
.
.
.
.
.
.
.



"Ngeh...ngeh...ngehhhh..."

Husna...mama papa rindu husna...walaupon hanya berpisah seketika untuk mencari rezeki..=(

p / s : teringin ada baby lg..tapi takot nk beranak lagi...cmne tuh???

Tuesday, January 25, 2011

Majlis Pertunangan Anie & Hafiz

Sayang-sayang semua....jangan bosan ea untuk tengok citer org kwen n org tunang ni..maklomla kn mama husna ni bru dpt kabel..harus gigih membuat entry yg super duper basi ni...ehehehe

kepada cik anie...(ala bln 5 dh tukar title puan) saya dh pun wat entry untuk kamu ea...jd bolehlah kamu kepochi dgn adik beradik mu..wakakaka ayat skema hbz...

anie ni uols adalah kawan baik lieza sejak dr kecik lg..boleh x uols bayangkan..lieza dgn anie satu kelas n duduk sebelah2 dari tadika hingga form 5 ok..giler lama kn..mmg bff smpai mati la ni..ehehehe

alhmdulillah setelah lieza beranak satu dye ni baru hege2h nak kwen...ahahaha..mesti dye sentap baca statement ni..xla uols..act kwn lieza ni sgt pandai orgnyer...dye belajar smpai dpt degree...tp lieza belajar dpt degree anak...kuang3..maklomla after grad diploma trus kwen...(giler miang...salahkan en.suami moleyyy?)

anie tunang xlama uols..bln 5 ni dh jadi bini org...jgn noty2 lg k..aku doakn semoga perhubungan pertunangan ini kekal hingga jinjang pelamin n semoga perhubungan kaseh korang berdua sentiasa diberkati Illahi..amen.

jom layan pic2 sekitar majlis pertunangan anie...



lieza make up..cantik x??? dye ni cerewet..make up xnk tebal katanya...siapla dye nti time kwen lieza nk polish muka dye hbz2..ahahaha



cantik kan...cantik kan...cpt puji uols..klu x nti lieza sentap...hohohoho



alololo...dh jd tunang org BFF aku ni...leklok jg dri..darah manis ni..



hiasan hantaran anie untuk incik tunang...makcik dye yg watkan..not me...=))



ecececeeh...cover cun tunggu bakal mak mertua sarung cincin...



para2 kepochi yang menghangatkan bilik..see lieza sorang jer yg angkut anak...(husna kena ralitkan dgn video upin ipin cz husna asyik no nk terkam coklat hantaran anie..mahu hbz dkerjakan ank aku..kuang3)



ni pulak hantaran dr pihak lelaki...lieza pling suka kuih karas yg pihak lelaki bg..syeeedaaap sgt...anie biler aku leh rasa lgik...

p / s: anie jgn wat2 lupa ko hutang aku 1 slice secret recipe cake...hohohoho...

Hiasan Hantaran Dari Ina Untuk Hairul

hai sayang2 semua...rasanyer lama sungguh lieza tak update pasal wedding job kan...takpe2 meh kita mulakan dengan hiasan hantaran dulu ea...hope uols semua tak bosan...ala xkire bosan pon kena ngadap blog ni juger...paksa rela..hehehehe...

job menghias dulang hantaran ni lieza dapat dari adik saudara lieza ina yg berkahwin pada 1.1.2011 yang lalu. semoga perkahwinan ina & hairul sntiasa diberkati Illahi...

jom layan gubahn yang lieza dh buat...



set mandian dari body shop...



sireh junjung pengantin perempuan harus lebih rendah dari pengantin lelaki...



set perfume dkny...



set wallet n belt...



kemeja...purple juger...



tafsir Al-Quran, rehal & tasbih...



bakul buah...



kasut pelengkap gaya...



paling beshhh....kamera DLSR...

dah puas tengok hiasan hantaran...sekarang kita tengok tuan punya badan pula k...sama cantik sama hensem...=)





p / s : ina & hairul xleh nakal2 lagi lepas kwen taw...kalau tak nanti akk babap uols...

Monday, January 24, 2011

Update Secara Pukal



" kabel kamera mama caya sudah berada dayam genggaman...sat2 agi mama caye akan update secara pukal ea...ada manyak gambar cantik yang telah mama caye perap...tungguuu "

p /s : entry pendahuluan..ngeh3...husna dh beso kn uols...

Friday, January 21, 2011

Pakej Fotografi 2011





























Sayang-sayang semua...amacam cantik2 tak gambar kt atas...klu dh berkenan apa lagi cepat2 lah tempah dengan lieza ea untuk mendapatkan perkhidmatan fotografer dengan harga yang amat berpatutan bonus dengan hasil gambar yang gorgeous2 lagik...

Fotografer??? tentulah bukan lieza (klu lieza jugak kenalah tambah list jawatan lieza yang sedia ado..kuang2) offial fotografer lieza adalah bro JMR. bro JMR ni bagus orangnyer taw...sure bakal2 pengantin sangat selesa bila berurusan dengan beliau. pendek kata bro JMR sgt down to erth orangnya...i like...

ok doke..kt bawah ni ada list harga untuk 2011...uols bolehlah cuci2 mata smbil kira2 bajet ea...selamat memilih...=))

Pakej Fotografi 2011

1) PAKEJ EMAS

PILIHAN 1

SATU hari majlis*
SATU Sticky Album ( 80-100pcs 4R).
Salinan gambar mentah (tidak terhad) dalam CD.
Jumlah Harga Pakej: RM850.00

PILIHAN 2

DUA hari majlis*; (mana-mana dua dari bawah)
DUA Sticky Album ( 180-200pcs 4R).
Salinan gambar mentah (tidak terhad) dalam CD.
Jumlah Harga Pakej: RM1150.00

PILIHAN 3
TIGA hari majlis*; (mana-mana tiga dari bawah)
TIGA Sticky Album ( 280-300pcs 4R).
Salinan gambar mentah (tidak terhad) dalam CD.
Jumlah Harga Pakej: RM1350.00


2) PAKEJ PLATINUM


PILIHAN 1

SATU hari majlis*
SATU storyboard album 20 (DUA PULUH) muka surat (8x12 inch)
Salinan gambar mentah (tidak terhad) dalam CD.
Jumlah Harga Pakej: RM1450.00

PILIHAN 2

DUA hari majlis*
SATU storyboard album 20 (DUA PULUH) muka surat (8x12 inch)
SATU Sticky Album ( 80-100pcs 4R).
2 keping gambar 8R + 1 frame
Salinan gambar mentah (tidak terhad) dalam CD.
Jumlah Harga Pakej: RM1750.00

PILIHAN 3
TIGA hari majlis*;
DUA storyboard album 20 (DUA PULUH) muka surat (8x12 inch)
DUA Sticky Album ( 180pcs-200pcs 4R).
3 keping 8R + 1 frame gambar ( Percuma )
Salinan gambar mentah (tidak terhad) dalam CD.
Jumlah Harga Pakej: RM2250.00


3) PAKEJ EMAS PLATINUM


DUA storyboard album 20 (DUA PULUH) muka surat (10x12 inch)

DUA Sticky Album ( 280pcs-300pcs 4R).

· 1 photo+Exclusive Frame 12x18inc

· Cover Up all events(akadnikah, bersanding, malam berinai etc Inc.OUTDOOR PREWEDDING) (pre-wed:weeks before event & 2++ photographers. )

· Salinan gambar mentah (tidak terhad) dalam CD.

· Jumlah Harga Pakej: RM2750.00



Nota:
1-* Jumlah masa pada setiap majlis maksimum adalah LIMA++ jam.
Pertunangan/Akad Nikah /Bersanding /Bertandang /Resepsi /Pra-Perkahwinan.

2-** Rekaan, corak, atau warna album; adalah tidak tetap, bergantung kepada pasaran.

3- Jumlah harga pakej adalah berdasarkan SEORANG jurugambar pada SATU majlis,
perubahan harga pakej akan berlaku sekiranya khidmat jurugambar ditambah.

1.OUTDOOR PHOTOSHOOT ADALAH F.O.C UNTUK SEMUA PAKEJ!!!

2.SNAP SHOOT ADALAH UNLIMITED (BIL ROLL TIDAK DIGUNAKAN) UNTUK SEMUA PAKEJ!!!

3. Utk tempahan di luar kawasan, bayaran untuk perjalanan&penginapan akan dikenakan mengikut kadar semasa.

p /s : berminat??? sila hubungi lieza di talian 013- 2680540 / 013-2658786 cemolot sket..muah2....

Thursday, January 20, 2011

Teringin nak Pakai Macam Ni Juga...

teringin nak pakai macam fazura...nampak cantik sgt...lagi2 baju cheong sam yang fazura pakai ni unik betol...lain dari kebiasaan...

tapi dengan badan yang dh mengembang ni sure tak jadi cantik macam fazura...huhuhu...xpe2 hjg bulan ni dh terima Premium Beautiful dr kak fazi...sure dh kurus t leh sarung baju lebih gedebommm dari ni...

ahahahaha...ni kes ayat pujuk hati sendiri ni....



p / s : tak sabar nak sarung PB kat badan sendiri...bila lah nk hjg bln ni...lieza pon nk kembali langsing macam kak fazi n kak najwa...