Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 15, 2010

Sultan Kelantan Baru Adalah Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra



Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kiri) dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa, Isnin.

Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Baru, Isnin (13 September 2010).

p/s : daulat Tuanku....

Tuesday, September 14, 2010

Serina Redzuan Selamat Melahirkan Anak Lelaki





Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, Isnin lalu...

Menurut bapanya, Chef Wan, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram itu dilahirkan pada 6.13 petang.

hef Wan berkata cucu sulungnya diberi nama Tristen Tareef yang bermaksud 'lain dari yang lain' dalam bahasa Arab.

Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Serina bersyukur kerana proses kelahiran itu adalah mudah.

Menantu Chef Wan, Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu. Dia begitu teruja menimang cucunya dan membacakan azan di telinganya.

Tristen mirip ibu bapanya tetapi matanya sama seperti datuknya. Dia berambut hitam dan kulitnya cantik. Nampaknya Chef Wan begitu gembira & teruja dengan kelahiran cucu sulungnya ini...

Semoga perkahwinan Serina & suami bertambah bahagia dengan kehadiran ank tercinta...Amin...

p/s : teringat2 saat lieza lahirkan husna dulu...penuh dengan kenangan...

Gambar Hari Raya 2010

Syawal yang mulia kian berlalu...namun kehangatan dan kemeriahan masih lagi terasa...lieza betul2 happy tahun ni cz finally dapat juga bergambar sakan dengan suami dan anak kesayangan lieza...

alhmdulillah pada tahun ini kami sekeluarga dapat memanjangkan sillaturrahim keluarga...habis semua saudara mara kami lawati...

dan yang paling best jugak pada tahun ini papa very the sporting cz sanggup meredah panas dan hujan gara2 ingin membawa anak daranya beraya...papa juga bessstt sangat cz suka bergambar tahun ni..kalau tidak...non ado la nak bergambar sakan..maklumla hubby lieza ni tak mesra camera macam lieza...wawawawa...tahu dek hubby lieza ni habisla lieza kena gigit.

tapi tahun ini amat berbeza cz habby lieza memang sporting habis...siap boleh ukir senyuman lagi..kalau tidak amatlah payah mahu melihatnya senyum...anak dara lieza pulak tak tahu la kenapa...sepanjang beraya di rumah saudara mara...sepanjang itulah nak berkepit dengan lieza jer..kalau tidak akan berkumandang la siren uwekkkk3 dari husna...haru...

husna maybe tak berapa selesa dengan orang yang ramai yang amat tetapi tak apalah cz lieza snentiasa ada hubby yang selalu memahami dan membantu lieza...atok n nenek husna pon tak jemu2 memujuk cucu kesayangan seorang ni...

penat dah nak menaip panjang2..jom kita layan gambar hari raya tahun 2010 ea...



husna masih dalam mencari mood untuk berhari raya...



alololo..senyum dah ank dara mama & papa...



dalam usaha kami suami isteri menenangkan anak dara kami yang semakin ligat melasak...



husna behave ea...jom kita bergambar...



tengokla husna terpaksa digrab dengan kuat oleh papa sebab husna sibuk nak turun berlari...



husna dh behave tetapi mata masih lagi menjeling kepada ikan2 di dalam kolam..uhuuuu



mama...nape ramai sangat orang hari ini..husna tak suka la...uhuuuu



tengok husna dah tarik muka cuka!



mama jer over excited nk bergambar tapi anak mama lagi2 over excited nak main kuih raya kat meja...



okla uols..sebenarnyer banyak lagi gambar2 raya...tapi macam tak larat jer nak upload semua...tak pe la...nanti senang2 lieza upload lagi ea uols...muaachh33...

p/s : dah start bekerja tetapi mood raya masih adooo..ahahaha

Norman Hakim & Memey Bertunang



Finally setelah dilanda bermacam2 kontroversi...bertunang juga norman & memey...hope hubungan mereka berkekalan hendaknya...





lieza doakan abby juga akan berbahagia bersama insan-insan yang tersayang...Allah itu kan maha adil..=))

Bersumberkan Utusan Malayasia Aktres Memey Suhaiza Suhaimi selamat ditunangkan dengan pasangannya Norman Hakim, 34, di kediamannya di Felda Tenggaroh Selatan 1, di sini hari ini.

Memey, 22, yang anggun mengenakan busana berwarna putih rekaan Ezuwan Ismail menerima sebentuk cincin pertunangan daripada Norman dalam satu majlis ringkas yang diadakan petang ini.

Majlis menyarungkan cincin dilakukan oleh ibu Norman sendiri, Kamariah Kamal sambil disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu, Memey turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya kasut, beg tangan, baju dan buah-buahan manakala Norman pula menerima tujuh dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung, set wangian untuk lelaki, coklat dan buah-buahan.

Dalam sesi perbincangan selama 30 minit itu, pihak lelaki diwakili oleh bapa saudara Norman, Mejar (B) Ismail Kamat manakala Memey diwakili oleh datuknya, Sarwani Saien.

Bagaimanapun tempoh pertunangan dan wang hantaran belum ditetapkan.

Memey ketika ditemui pemberita melahirkan rasa kesyukuran selepas bergelar tunangan kepada Norman atau nama betulnya, Muhammad Norhakim Zaidon apatah lagi selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam alam percintaan mereka.

Mengikut perancangan awal hanya bercadang untuk merisik tetapi setelah berbincang dengan kedua belah pihak kami bersepakat untuk terus mengikat tali pertunangan

Sementara itu, Norman yang hadir memakai baju kemeja berwarna putih, berseluar jean dan bersongkok berkata, Memey adalah pilihannya dan ia mendapat restu kedua orang tua.

Malah dia turut menyifatkan Memey sebagai wanita yang sabar dan mampu melengkapi hidupnya untuk perjalanan akan datang.

nota cinta : kebahagiaan hakiki di akhirat juga...dunia hanya sementara...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya



alhamdulillah...dengan izin Allah SWT kita dipertemukan lagi dengan syawal yang mulia ini...semoga syawal kali ini akan memberikan kebahagian & rahmat yang melimpah ruah buat kita semua...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari lieza, hubby & husna buat semua rakan2 di luar sana...selamat bergembira bersama insan-insan yang kita cintai....

love note : selamat hari raya papa sayang...ampunkan segala kesalahan yang telah mama lakukan...teruslah berdoa agar mama dapat menjadi isteri mu yang sempurna seperti yang kita impikan..kaseh nazlieza hingga ke syurga...Amin


















Wednesday, September 8, 2010

Layout Baru Berwajah Baru

taraaaa...setelah jemu mata memandang...makanya...haruss lah tukar layout baru..uols nak tengok tak layout baru untuk blogspot nazlieza canopy, catering & wedding planner

haaa...inilah dia...dipersembahkan...

jeng...

jeng...

jeng...



cantik tak uols...tak cantik pun uols kata cantik sudah...ahahaahha..tu dia lieza dah syok sendiri...papa mesti stok jeling tajam tengok layout baru blogspot bisnes kami...mama ni asyik2 pink3...ahahahaha...

ala papa...layankan ajerla isterimu ini...

p/s : dulu time anak dara lieza punyer addict pink lagi2 dahsyat taw uols...tak percaya tanyalah my husband..ehehehe =))

Tuesday, September 7, 2010

~ salasiah keluarga tart nenas ~

tart nenas..adalah kuih raya yg menjadi pilihan ramai utk dijadikan hidangan pada stp kali menjelang syawal...nama tart nenas sudah tidak asing lg bagi masyarakat melayu..begitu jg buat masyarakat cina & india..mereka turt menggemari rasa masam manis & lemak yg sentiasa mnyelerakan ini...

dulu sewaktu lieza kecil kuih ini kurang lieza gemari..tetapi mnjadi kegemaran mak lieza...bg lieza nenas mmg lieza xsuka...ttpi berlainan dgn skg..tart nenas merupakan kuih wajib harus ada stp kali menjelang syawal...bukan beli ataupun kuih tunjuk..ttpi lieza pasti akn mnyediakn sndri kuih ini...wlupun agk leceh n akn mnyakitkn pinggang...ttpi mmg berbaloi la biler lieza dpt mkn kuih tart nenas ini panas2 sebaik sj keluar dr oven...fuhh..mse tuh nikmat dunia telah dirasai...=))

terdpt pelbagai jenis tart nenas yg ader di pasaran...bermcm2 bentuk dan rasa yg boleh kita temui..tbaru lieza dgr telah wujudnya jg tart strawberi & tart mangga...wah ini sudah mnjadi kemajuan kn...so uols apa lg..cptla cri utk memberikn pndapat dptkh tart strawberi n tart mangga itu menandingi keenakan tart nenas tart turun menurun kita...ehehehehe



tart nenas gunting



tart nenas gulung



tart nenas bunga



tart nenas bunga tekap

p/s:waduh...terbayang2 lg keenakan tart nenas saat dimakn panas2..nyummy...=))

Monday, September 6, 2010

~ UIA...daku kembali lagi padamu... ~



alhmdulillah..klu dh rezeki xke mana kn uols...lieza just nk share story dgn uols...hrni setelah hmpir 2 thn lieza mninggal kn uia...kini lieza kembali berkhidmat di universiti islam antarabangsa malaysia...

lieza sgt happy dgn kurniaan Allah ini...dulu setelah hbz kontrak di IIUM endowment fund..lieza fkr lieza xkn kembali lg bkerja di sini..namun mmg dh tersurat ini adlh rezeki lieza sekeluarga...akhirnya lieza kembali berkhidmat dgn uia sekali lagi...syukur kepada Allah...dan yg lebih mgembirakan ini adalah jawatan tetap...=))

hrni lieza punch in di web uia lg..seperti 2 thn yg lepas2...sungguh indah kenangan itu...skg lieza tidak lg berkhidmat di department lama..lieza kini dtugaskan di centre for postgraduated studies...lieza mngendalikan semua certification letter yg di apply oleh student..lieza jg mngendalikn stp registration postgraduate student di uia...pendek kata hari2 lieza akn berurusan dgn student2 master n phd ler...tp biler pulak lieza nk futher study erk..ehehehehe

lieza benar2 happy dgn perubahan hidup lieza skg ni...memiliki keluarga yg sempurna dgn khadiran suami n ank tercinta...mak bapak yg selalu mnyokong...memiliki pekerjaan yg lieza suka n minati...enviroment pkerjaan yg amt mnyeronokkan...dan perniagaan wedding planner lieza yg semakin bkembang maju...alhmdulillah...lieza bsyukur dgn nikmat yg Allah kurniaan...tnyata Allah memberikan lieza ujianyg perit dulu sebelum lieza mampu miliki kehidupan yg seindah ini...stp dugaan yg telah mndtg telah mnjadikan lieza insan yg lebih kuat & tabah...

Ya Allah..ku bersyukur padamu...kehadiran Ramadhan kali ini benar2 memberikan mukjizat kenikmatanyg xterhingga buatku...semoga diriku akn terus mnjadi hamba Mu yg solehah dunia & akhirat...Amin...

p/s: lieza doakn kejayaan buat semua kwn2 lieza di luar sana...kerana apabila semua kwn2 lieza bahagia...lieza jg akn turut bahagia...i love uols..=))

Saturday, September 4, 2010

~ kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan ~

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

~ Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

~ Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

~ Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

~ Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

~ Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

~ Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari). Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

~ Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

p/s : semoga kita sama2 beroleh keberkatannya..AMIN...

Friday, September 3, 2010

~ raya di kampung seronok atau raya di kl seronok??? ~



wahhhh...ha tu dia soalan xagak2...konon2 panas la tuh...mklomla lieza tau sure uols sume dh pns vontot nk bhari raya kan..pendek kata mood berhari raya tuh dh bkobar2 dlm diri...huhuhuhu...

so apa pndangan uols...berhari raya di kampung or kl lg best...hmmm..mne yg ader kampung halaman tu konpem2 vote raya kt kampung beshhhh...ader lemang la...ader meriam buluh la...ader apa2 lagi la...hmmm tp yg penting skg..kt town mcm kl ni pon mcm2 ader...mcm lemang..seminggu b4 nk raya sure dh bertaburan di tepi2 jalan raya...n pling famous n menjadi sebutan rmai lemang pak ali kot..lieza sndri blom pnh merasai lemang buatannya..tp biler lieza lalu depan kedainya amt menkjubkan cz lieza dpt tgk segerombolan stok buluh lemang yg lieza rse dh boleh mndirikan sebuah rumah yg beso..kire kagum la sejenak lieza di situ...

apa2 pun...bg lieza di kampung atau di bandar tidak penting..yg paling bermakna & membahagiakn apabila kita dpt merayakn hr bahagia bersama insan2 yg tersayang...thn ni lieza berhari raya di kl lg tau uols...cz my FIL nk join raya di kl..katanya nk beralih angin...hehehehe..see org kampung pon teringin beraya di kl taw uols...

thn ni amt bermakna sekali buat husna la cz thn ni husna dh pandai jalan2 utk collect duit raya..go go go my gegerl go..eheheehhe...x sabar rasanya nk tgk ank dara lieza sowg ni mngayakn baju kurung...dh tentu comel banget hingga mahu geget2 pipi gebu husna kn..=))

mama, papa n husna pd thn ni hari raya btemakan warna hijau...wrna alm semulajadi..ceewaaahhh...so mcm mne dgn uols pulak...???

p/s:tetiba rse teringin nk mkn lemang pak ali...moley x laling????