Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, September 21, 2010

Wajah Berseri Saat Di Lamun Cinta

Benarkah wajah akan berseri2 saat anda di lamun cinta???? hmmmm...mungkin terpulang pada individu itu sendiri...tapi mungkin lieza percaya dengan statement itu..maklomla saat itu kn hati sedang berbunga2 bahagia...sudah tentu wajah sentiasa tersenyum girang apabila terkenangkan wajah yang tersayang...

Anda semua mahu tengok wajah yang berseri2 saat dilamun cinta...???haaa...meh sini lieza share something yang sure uols sume percaya dengan hebatnyer penangan cinta dari seorang kekasih...ceewaaa....

uols nak tengok...??

betol ke nak tengok ni???

okla lieza bagi tengok...

tapi betol ke uols nak tengok...????

ok2...before lieza kena luku dengan uols baik lieza bagi tengok kan....

taraaaa.....=p



see...betol tak lieza cakap..wajah bukan main lagi berseri & bersinar2...kalah la mentari yang menyinar tuh....apa lagi saat ni berjumpa setelah berbulan2 memendam perasaan rindu...walawehhh..ahaks...(gelak guling2 ingat moments berchenta chentun dulu)



senyum pun bukan main melebar ea cik lieza...maklomla saat ni pon kekasih hati yang dok rajin bebenor snap2 gambar...eheheheeh



waktu ni pon dah tak peduli dengan dunia keliling...yang penting ku bahagia dengan si dia yang terchenta...lagi2 kalau pakai baju sama2 design dengan kekasih...mesti bajet waahhh akulah pasangan paling bahagia...wueekkk...ader guwe kesah..ahahahah

adoyai lawak betollah biler iangat2 balik time berchenta chintun dulu...tapi itulah kemanisan zaman anak dara dulu kan uols...pergi mana2 jer mesti dok sms kekasih bagtaw or report pada dye kita nak kemana or bagai...

tapi yang bagusnya sampai sekarang dah jadi suami isteri pon lieza still sms or call minta izin nak ke mana or nak wat apa..maklomlah biler dah kahwen macam ni la lagi wajib untuk minta izin betol kan uols...

uols...untuk melengkapkan entry wajah berseri semasa dilamun cinta ini mestilah harus ader wajah kekasih hati kan...tapi uols janji jangan muntah taw tengok aksi2 terlebeh kitaorang..eheheh..



hubby lieza wat aksi2 noty...adess



zaman nak berkepit jer..aduh...takpe2 sekarang ni nak berkepit 24 jam pun xpe...coz dah halal...ehehehehe



gambar ni la paling tak boleh blah...very the verangan nak jadi peranten...ahahahaha...finally dapat juga kan papa...AMIN



p/s : nape sekarang nih asyik teringat zaman2 manis dulu jer...feeling pengantin baru kot..ahahaha

M.Rajoli Meninggal Dunia Perginya Sebutir Permata


Al Fatihah kepada M Rajoli yang telah disahkan meninggal dunia akibat kanser otak jam 10.45 malam tadi (17 September 2010).


Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu. Semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yangberiman...Amin...

Marilah kita sedekah Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli. Kerana hanya dengan itu saja yang dapat kita berikan padanya...


Lieza memang minat dengan lakonan Allahyarham...beliau selalu dapat membawakan watak yang berbeza2 dengan berkesan...selepas ini masih adakah pelakon pelapis yang sehebat Allahyarham...

p/s : Allahyarham sentiasa dalam kenangan dan tersemat di hati...

Monday, September 20, 2010

Asam Garam Husna DI Hari Raya

husna ooooh husna....nak kata mama dengan papa tak pernah bawa berjalan tak la pulak...tapi kenapa la husna very the meragam masa berhari raya yang lepas...nenek dengan atok cakap maybe husna rimas tengok orang ramai sangat...tu sebab la puteri mama papa ni dok tak senang duduk masa beraya hari tuh...

tapi jangan risau uols...dengan bantuan papa my ever forever hero..masalah husna meragam terus dapat diselesaikan..ehehehe..jom kita intai2 gelagat husna meragam & mengamuk di hari raya...wewewewewehhhh...



time ni husna memang dah mengantuk sangat..jadi dah tentulah kawan baik husna masa ini adalah botol susu @ nenen...wakakakaka...



time ni pulak husna pandai bawa diri sendiri dengan menyelongkar handbag mama untuk mencari botol susunya...finally she succes with her mission...ehehehehe



husna oooh husna...budak2 lain dapat duit raya seronok..tapi husna menangis pulak..nape ni sayang...pening kepala sebab ramai orang sangat ea sayang...



dapat duit raya nangis tetapi biler mama upah dengan gula2 terus senyap...dan2 tu juga husna cakap...

" mama nak..nak...nak..."

ooohoohohohoh..so cute la anak mama papa neh...



tengokla puteri hati mama papa neh...dapat mamam gula2 terus senyap...ginilah keadaan biler anak semakin membesar dan tahu hal ehwal persekitaran...dye tahu jer yang itu bukan rumah mama or papa, then confirm2 bukan rumah atok nenek..trus la dye menangis2...

tapi yang paling best tu uols...biler sampai jer umah atok...terus tersengih2 anak mama neh..adoyai anak2...ni yang rase nak geget2 jer pipi husna neh...

p/s : husna nangis2 juga time beraya tapi tetap dapat duit raya tebal2..ehehehe

Saturday, September 18, 2010

Ibu Paling Kecil & Cantik Di Britain

Cantik dan comel serta mempunyai jiwa kental yang hebat...Ibu paling kecil di Britain ini begitu membuatkan lieza benar2 kagum...walaupun berbagai2 risiko yang harus dia lalui...tetapi demi hasrat untuk memiliki anak daripada darah daging sendiri membuatkan dia begitu semangat & sanggup mempertaruhkan nyawanya demi anak tersayang...lieza masih lagi kagum ni uols...



Untuk makluman uols seorang bayi yang berumur 14 bulan telah mempunyai ketinggian yang mengatasi ibunya, Amanda Moore di Britain.

Keadaan itu berlaku kerana bayi itu dilahirkan oleh ibu paling kerdil di negara Britain, Amanda Moore yang berusia 25 tahun. Sama umur dengan lieza ni uols...

Bayi itu yang diberi nama Aidan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada Februari tahun lalu.

Penyakit tulang yang dialami oleh Amanda menyebabkan dia setinggi 0.93 meter dan tidak lagi mampu untuk berdiri.

Namun, anaknya itu sudah setinggi 0.76 meter.

Menurut Amanda, Aidan mungkin akan menjadi tinggi seperti bapanya, Steven Fyfe, 20 yang memiliki ketinggian 1.85 meter.

Lahir dalam keadaan 14 tulangnya patah, wanita itu dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana doktor bimbang kerangka tubuh yang kecil tidak mampu menampung kandungannya dan memintanya melakukan pengguguran.

Namun perasaan kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya...Ternyata Amanda mahukan ini...

Menurutnya, Aidan sudah mula belajar bercakap dan sangat suka bergerak. Suatu keajaiban yang meminta kita untuk memuhasabah diri kan uols...

p/s : kagum..lieza benar2 kagum dengan Amanda...

Friday, September 17, 2010

Majlis Hari Raya Di Oficce 2 Tahun Yang Lalu

Dua tahun dah berlalu..tetapi masih segar dalam ingatan...sudah menjadi kelaziman...after raya setiap office mesti mengadakan jamuan hari raya...masa ni lieza berkhidmat di IIUM Endowment Fund...satu badan yang menguruskan Tabung Amanah untuk pelajar2 di UIA...

Hari Raya pada tahun tersebut adalah hari raya yang penuh dengan anugerah kerana itu adalah hari raya yang pertama lieza raikan bersama suami tercinta dan juga bersama benih cinta kami yang baru berumur sebulan..husna masih lagi di dalam perut ketika ini taw uols...ehehehehe...

Lihatlah wajah bakal ibu yang sangat berseri2 ini..lalalalala...



lieza baru preggy sebulan masa ni..so bolehlah pkai kebaya lagi...jangan jealous taw uols..wawawa



time ni seronok sangat cz kitaorg satu ofis semua mengamalkan potluck...di mana seorang staff akn bawa 2 or 3 jenis makanan..jadi bila semua makanan tu dah dikumpulkan..jadi banyak la uols...



masa ni lieza dengan bad the best and greates frenz sedang menyediakan salad untuk laksa...semua buat sendiri taw uols...tervangga sekejap neh..ehehehe



see...lieza tengah potong nasi himpit pon tapi masih boleh lagi berposing taw uols...tapi lieza very the kesian dengan kak ct...terkejar2 dye cz nak inter frame dalam ini gambar...wakakakaa...



setelah penat menyediakan juadah...sempat lagi mak buyung ni main gedik2 snap gambar...bajet anak dara lagi ker lieza oooii...adesss..=p



ni pula lieza bergambar dengan student2 UIA yang selalu menempel di ofis kami..wakakaka...tak de la mereka ini adalah student yang sangat rajin cz selalu membantu kerja2 ofis yang memerlukan sokongan dan perkhidmatan mereka...

adik-adik yang ku sayang...korang semua kat mane..kak lieza dah rindu & kanget bangat dengan korang2...anak akk pon dh pandai berjalan taw...tp korang still tak dapat jumpa anak akk lg kan..rindu korang selalu...sob...sob...sob...=(



kenangan oh kenangan...setiap kenangan pasti akan meninggalkan kesan yang amat mendalam buat lieza..takpela...walaupun ia dah lama berlalu...biarlah ia menjadi kenangan terindah dalam hidup lieza...

p/s : rindu pulak moment2 mengandung dulu..nak mengandung lagi boleh x..ehehehe

Bahtera Nabi Nuh Di Temui



Murat Guven adalah pegawai dari Turki sedang menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

Penemuan ini katanya bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi ianya diyakini 99.9 peratus adalah bahtera itu menurut laporan seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

p/s : mana yang baik kita jadikan tauladan ea uols...

Thursday, September 16, 2010

Gambar Anak Lelaki Serina Redzuan Tristan Tareef Yang Sangat Comel



Setinggi tahniah diucapkan kepada Serina & suami yang kini bergelar ibu kepada seorang bayi lelaki yang diberi nama Tristan Tareef O’luanaigh. Makna nama anak Serina Chef Wan ialah “lain daripada yang lain”. Tersangat lah indah makna nama itu...

Chef Wan yang turut berada di sisi Serina semasa kelahiran cucunya itu telah pun selamat melaungkan azan ketika itu. Berat Tristan Tareef O’luanaigh semasa dilahirkan ialah 2.85 kilogram.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Serina, suami dan Chef Wan. Semoga semakin meriah keluarga Chef Wan dengan kehadiran cucu sulung ini. Kami doakan agar semuanya baik-baik belaka selepas ini untuk Tristan Tareef O’luanaigh. Semoga menjadi anak yg soleh berbakti kepada orang tua di dunia & akhirat juga...Amin

p/s : terus teringin nak anak lelaki pulak..wakakakaakka

16 September 1963 Di Istiharkan Hari ! Malaysia

Terima kasih kepada perdana menteri kita Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak kerana mengistiharkan pada setiap 16 September akan menjadi cuti tahunan demi meraikan hari penubuhan Malaysia...Lieza suka sangat dengan pendekatan yang dilakukan ini..bukan kerana sebab cuti uols..tetapi sebab dengan ini sure anak2 bangsa kita akan lebih peka & ingat pada tarikh 16 September 1963 adalah tarikh penting...tarikh penubuhan Malaysia...Mari kita belajar sejarah untuk hari ini ea anak2...=))



Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party-PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.

Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.

Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama British-Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia. Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.

Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka.

p/s : hari ini bertambah lagi ilmu sejarah kita kn anak2...ehehehe

Wednesday, September 15, 2010

Mid Valley Mega Mall Tempat Reunion Kami

sangat seronok hati bila terjumpa lagi dengan gambar2 lama...masa ni awal tahun 2008...dh 2 tahun berlalu...

masa ni jg semua masih anak dara lagi...tapi keadaan sekarang semua dah berlainan...majoriti semua dh kahwin...kalau belum berkahwin pun pasti dah bertunang...

reunion ni adalah bersama dengan kawan2 sekolah rendah & menengah lieza...so happening Mid Valley tu kitaorg gemparkan...mmg seronok uols...kalau uols nak tahu...dulu lieza bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn di kampung pandan...sementara sekolah menengah pula lieza bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman...



deretan anak dara pingitan..ahahahaah



happy2 bersama...



korang semua lieza rindu korang la...



ada yg still dalam negara...ada yang dah berkhidmat di luar negara...jauh korang berhijrah kan...



korang2...bila kita nk gathering macam ni lagi...sure seronok kan cz lepas ni semua mesti dok sibuk dukung anak masing2...wahhh tak sabar la nak tunggu next reunion...

p/s : cepat2 siapa rajin nak atur reunion terbaru kita ni...

Sultan Kelantan Baru Adalah Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra



Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kiri) dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa, Isnin.

Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Baru, Isnin (13 September 2010).

p/s : daulat Tuanku....