Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, January 19, 2011

Iman & Cinta



Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?

Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika [B]di hati sama-sama masih ada ALLAH[/B], perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut... tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang... tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

p / s : satukanlah cinta kami selamanya dengan iman...

Tuesday, January 18, 2011

Teringin Si Banyak Kaki

bila dh duk dalam ofis yang mempunyai ekon yang sejuk tahap gaban. sehingga membuatkan anda menjadi sejuk, beku 7 kaki. pasti perut pun selalu menyeru-nyeru makanan yang sedap2 lagi lazat...

dah lama sangat lieza tak pekena makanan ni...ada la dalam setahun...harus gigih berusaha untuk dapatkannya...

tapi yang lieza tengah dilema ni...nak makan kt kedai or masak sendiri jer...klu sindrom M dah menyerang sure tarik tangan hubby cepat2 g masuk kedai makan...tapi di dalam diri ini masih tak puas klu xdapat masak sendiri...

apa lagi jom g pasar cari ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KETAMMMMMMMMMM



nak masak ketam bercili...

p /s : taip entry sambil mengawal lidah yang sedang kecur =p

Monday, January 17, 2011

Adakah Ianya Benar Belaka

Dah lama dye tak datang taw korang...selalu paling lama pon 2 bln..tp ni dh 3 bln lebih...aduhai..lieza dh risau tahap dewa ni...

tolonglah datang..jgnlah wat lieza rsau dan takot...nti tak pasal2 kena g check pula...adakah penyakit buatan sendiri telah terkena pada batang hidung sendiri...

dush3...

p / s : kerisauan bak tsunami melanda..

Friday, January 14, 2011

Momma...Nak Susuu

Husna dah pandai minta susu taw korang...siap melaung2 nama momma lagi kalau mama kat dapur...bukan main petah lagi mulut comel lagi kicik tuh..

" mamaaaak ( dh mcm kedai mamak momma jd taw..) nak cucu..."

selagi susu husna tak siap...selagi tu lah husna melaung2 nama mama...

" mamaaaaak...nak cucu....nk cucu..."

kiut kan korang..ala sebenarnyer biasa jer..tp biasalah hati momma kat luar sana pasti tahu punyer..betapa berbunga2 nyer hati mama biler setiap hari ada jer perkembangan terbaru ank2 kita...



" mamaaaak nak cucu...haussssss "



" nak cucu...cucu dah hbz..."



" ane mama ni...cucu xciap2 agi ker..."



" mamaaaaak...una nk cucu...majooook dahhhh "

hohohoho...mama dalam cubaan mendera husna time ni...sajer nk dengar una melaung2 nk cucu...cute hokey...lg2 siap polok bantal busyuk kuat2. time ni la nk menikmati suara husna yg macam burung serindit tu...

" mama nk cuuuuuucuuuuuuuuuuuuuuuu..."

p/s: entry ntah hape2..ngeh3...rindu husna sbenornyer..

Thursday, January 13, 2011

Yang Paling Laris

alhmdulillah...pejam celik pejam celik..mata lagi banyak kena celik lately ni...ehehehe...nmpaknya nk masuk 3 mnggu dh lieza n hubby berniaga breakfast...

macam2 ragam n kemahuan customer yang kami telah hadapi sehari2...kadang seronok & kadang memberikan cabaran juga...pendek kata...itulah asam garam dalam berniaga kan uols...

setelah hampir 3 mnggu kami berniaga...lieza pon dh lakukan research...ceh mcm student master pulak...ngeh2...

di sini lieza nk share menu apa yg menjadi favaurite customer lieza...dlm byk2 menu yang ada...nampaknya menu ni mmg mendapat sambutan & hari2 mesti mauuu...ehehehe

apakah menu itu....????

nasi lemak sotong....nyummy...=))



amacam uols..ader terliur2 tak??? ehehehe...sajer jer lieza nk ngusik2 uols lg2 nk masuk waktu tghari dh ni...pg td uols sarap apa...agak2 dh ader plan nk makan apa x lunch nti...

apa2 pon mkn2 jg tapi kne pandai pilih mknn berkhasiat yg seimbang ea uols...selamat menjamu selera untuk lunch nti uols...=))

p/s:lieza brunch ns lemak paru sambal lol..cz xsempat nk mkn pg td..=p

Tuesday, January 11, 2011

Berita Terkini

alhamdulillah...Husna dh sihat & kembali riang ria seperti sediakala uols...hati mama termatlah lega..mujur xberlaku apa2 yang serius terhadap kesihatan husna...jgn sakit2 lagi ea cayang...

lieza lama xupdate uols...byk juga la berita2 baru tentang life lieza...xdapt nk g satu2 cerita..lieza ringkaskan untuk uols jer la k sebagai tanda kemaafan cz dah lama sungguh2 xupdate blog...

1. lieza skg menyandang 5 jawatan di dalam hdup lieza iaitu
- sibuk dengan menjadi isteri buat nazar rul ariffin yang manja lebih mengalahkan husna =p
- sibuk menjadi mama buat husna yang comel lg genit...
- sibuk menjadi wedding planner buat bakal2 pengantin 2011...stp hjg mnggu pasti full of appoinment..alhmdulillah dh rmai yg closed for event this year..
- sibuk menjadi tokey nasi lemak!...ahahaha..act lieza n hubby bru jer buka kdai untuk sarapan pagi..so pada sesiapa yang lalu sg.cincin gombak tu bolehlah singgah bersarap ea...kul 4pagi mata i dh kena paksa bukak uols...xpe2 rezeki husna =))
- dan last sekali..sibuk yg teramat sibuk menjadi staff centre postgraduate studies UIA di mana kje sentiasa menimbun2 atas meja...

2. setiap hjg mnggu lieza untuk bulan january ini akn sentiasa terisi dengan kelas lanjutan andaman profesional di Red Glow...terima kasih tak terhingga kepada Redmummy yang sudi memberi lieza peluang untuk menambah skill andaman yang sedia ada..pendek kata kursus di Red Glow amt2 beshhhh!!!

3. hari2 lieza kne n pasti harus buka emel n blog biz untuk jwb semua pertanyaan
customer...kne jawab laju2 supaya customer berpuas hati dengan layanan dr team nazlieza...

okla uols..tu jer kot lieza update dulu..padahal byk lagi...lieza pon dh semput menaip laju2 ni..semoga uols semua happy2 selalu bersama family tersayang.

p/s: muaaaaaaaahhhhhh...=))

Thursday, January 6, 2011

Viral Infection

Viral Inspection...actually first time dengar pasal mende ni terus lieza google. alhamdulillah dapat juga info yang lieza cari2...

mengapa lieza berminat untuk mengetahui apa itu Viral Infection??? semuanya berkaitan dengan husna...nampaknya kesihatan husna bukan sahaja membimbangkan mama, tetapi juga rakan blogger mama. littlehumblelynn @ kak lyn begitu ambil berat dengan kesihatan husna dan telah memberi lieza maklumat yang sebelum ini tidak pernah lieza ketahui. hanya ucapan terima kasih kepada kak lyn kerana sudi berkongsi ssh sng dgn lieza. insya Allah lieza akan follow up kesihatan husna dengan lebih lanjut.

husna mmg jarang sakit sejak kecil. cuma 2 mnggu lepas husna mngalami demam, batuk n selesama yang agk berat. tapi alhmdulillah setelah hasil ujian darah husna ternyata bebas dari sebrang penyakit serius & denggi.

lieza ingat habis di ditu sahaja kerisauan lieza, ternyata meleset sekali. dua hari lepas husna demam lg. tapi kali ini hanya demam panas tanpa kehadiran selesama & batuk. apa yang membimbangkan mama ialah panas husna selalu tinggi. ujian darah juga telah dilakukan sekali lagi di hospital, ternyata jawapan yang sama juga. husna hanya demam biasa.

lieza mula senang hati sedikit, mungkin husna demam mahu membesar atau tumbuh gigi lagi. tetapi nasihat kak lyn ternyata membuka mata n hati lieza. mengenai viral infection ada kemungkinan kecil juga boleh terjadi. oleh sebab itu lieza akan mengambil inisiatif ini. semoga husna dijauhkan dari penyakit ini YA ALLAH...

VIRAL INFECTION

A viral infection is any type of infection that is caused by a virus, which is even smaller than bacteria and is encapsulated by a protective coating so it is more difficult to kill than bacteria. This is why it is so difficult to treat viral infections. Viruses cannot grow or exist, though, without host cells.
Viral infections can cause illnesses as minor as the
common cold and as severe as AIDS.
Antibiotics do not kill viruses and the use of them for viral infections just leads to
antibiotic resistance. There are only a few antiviral medications available to treat very specific viruses, and they are not always effective. There are vaccines, though, available to help prevent many viral infections. If you have a minor illness and your health care provider tells you that it is a viral infection, the best thing to do is just let it run its course.

p / s : doakan husna tidak terlibat dengan kesusahan penyakit ini ea rakan2...=((

Wednesday, January 5, 2011

Hati Seorang Ibu...

kesakitanmu...
menjadi kesakitanku...

peritmu lalui...
selalu menjadi kebimbanganku...

setiap saat berlalu...
biarlah cepat berlalu...

tidak tahan lagi...
melihatmu sakit begini...

andai bisa terjadi...
biarlah seorang ibu yang menjadi galang ganti nya...

husna demam lagi uols...tak tahu la apa silapnya lately ni kerap sgt husna demam...org kata faktor cuaca...entahlah...

husna demam bukan main2 uols...seluruh badan akn panas setinggi 39 darjah celcius...hati ibu mana yg tak risau...hati ibu mana yang tidak dipagut pilu...

Ya Allah...kau berikanlah kesihatan yang berpanjangan buat puteri kesayangan ku dan kesayangan ramai...

papa selalu tak keruan melihatmu terlantar lesu...

nenek selalu dirundung duka melihatmu tidak selera makan...

atok selalu mendodoimu tatkala diri mu merengek kesakitan...

makcu selalu memujukmu dengan video "papapin"(upin & ipin) saat dikau merengek kesakitan...

dan mama akan selalu & akan selalu mendakapmu erat agar dirimu selalu merasa kasih sayang dari mama...agar dirimu dapat melupakan kesakitan yang dikau rasai...

mama, papa, atok, nenek & makcu sayang husna terlalu...terlalu dalam...sakit husna sakitlah kami...duka husna duka la kami...

cepat sembuh ea wahai sayang ku....kerana kami semua terlalu rindu dengan keletah nakal & riangmu itu...

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Selepas 14 tahun...

tahniah Malaysia...u deserve to get it!!!..

terima kasih kepada pemain-pemain bola sepak negara yang bermain dengan sehabis baik. semoga semangat ini akan terus berkekalan...

tahniah sekali lagi...=))




" Malaysia Boleh !!!! "

" Caye pon suka maen bola...."

p / s : sila abaikan bola abg saudara husna yang agak syeksi itu..uhuhuhu...=p

Thursday, December 23, 2010

Musim Ikan Patin...



semalam lunch lieza pekena ikan patin masak tempoyak...hari ini lieza pekena ikan patin lagi...tapi masak kari pulak...aduhai sedapnyer...tak jemu2...

yang pasti bahagian kepala dia yang menjadi pilihan lieza...walalaupun kebanyakan org lagi suka memilih bahagian badan or ekor...tp lieza ttp suka kepala...sedapnyer lain macam...ahahaha!!!

masih igt dulu time study biler nk periksa mula la lieza bpuasa dr mkn kepala ikan..sebab??? takot mngalami daya ingatan yg lemah...padahal klu btol nk elakkan jgn mkn langsung lieza ooii...xpelah...in the end...lieza grad juga uols..ehehehehe

p / s : uols pulak lunch apa td???