Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, May 22, 2010

~ mari cantik bersama - sama ~

Rugi betol rsenyer masa kwen dulu xsempat mandi bunga...klu x mesti makin berseri2 kan masa hari pernikahan n persandingan...tp xpe la...klu lieza xsempat uols yg belum bkahwin tu blhla amalkan mandi bunga ni sebelum majlis berlangsung ea..mudah2an mendatangkan manfaat buat semua...



Bagi bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah amat dinasihatkan melakukan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Selain itu, mandi bunga juga dilakukan untuk mencari jodoh dan membuang sial. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Kadangkala, ada juga wanita yang sudah menjalankan adat mandi bunga ini lebih daripada tiga kali, namun hasilnya tetap sama, masih belum dipinang orang. Tetapi, walaupun begitu manusia hanya dapat berikhtiar dan berusaha. Apa yang penting usaha n tawakal...

Berbalik tentang petua menaikkan seri wajah, mandi bunga juga boleh dilakukan. Ia juga dipercayai boleh menolak bala di samping menyegar dan merehatkan badan. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi tujuh jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini. Selalu nya Ayat Al-Fatihah, 3 Kul, Qursi & selawat nabi...

Selain itu, rawatan lebih sempurna jika bahagian dalaman diambil kira. Jelas beberapa pengamal petua lama, kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan dua atau tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.

Selain itu, mungkin ada yang pelik apabila mendengar makan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ianya bagus untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam....Insya Allah pasti mendatangkan kbaikan...

Semoga petua yg baik ini dpt dikongsikan bersama agar mendapat manfaat n faedah bersama...=))

>p/s : kecantikan adalah hak milik setiap insan...



7 comments:

Sharinginfoz said...

tak apa sekarang ni boleh mandi bunga lagi

Nurul Harun said...

akakk, nak kawen..carikan sorang utk nurul kak..

Ena said...

owyh..

macam petua ada kan!.. tak kisah la petua apa selagi tak membawa kpd dosa & keburukan.. tak salah nak diamalkan.. :)

Kaseh NazLieza said...

to sharinginfoz:
hehehe...boleh jerk...

Kaseh NazLieza said...

to nurul:
ala..mcm mne nk akk crikan..taste nurul pon akk xtahu..

Kaseh NazLieza said...

to kak ena:
yup..btol kak..mne yg baik kita ambil..mne yg buruk kita jauhkan..

Isteri kepada Suami said...

waaahhh..kak...buat lagi entry pasal petua cantik2 nih..hehe...boleh saya amalkan b4 nak naik pelamin nanti :P

regards,
Triplesmiley