Tuesday, June 1, 2010
~ hal-hal yang wajib dilakukan untuk pasangan ~
1) PERJUMPAAN YANG MANIS
Setelah pulang dari bekerja atau perjalanan jauh ataupun kegiataan lain yang telah memisahkan anda berdua, lakukan tip berikut ini. Mulalah dengan salam/sapaan yang baik. Dimulai dari "Assalamualaikum" sambil tersenyum, dan ikhlaskan hati anda dan berdoalah kepada Allah untuk isteri anda tersayang. Salam dan senyum adalah sunnah, dari mendoakan isteri adalah kewajiban anda. Jabat tangannya kalau perlu cium juga pipinya dan tunda dulu niat anda untuk menyampaikan berita yang tidak akan menyenangkan hatinya.
2) UCAPKAN PERKATAAN YANG BAIK
Dalam bertutur kata dengan isteri anda, pilih kata-kata yang nampak positif dan hindari yang boleh membawa kesan negatif. Agar isteri anda mengerti apa yang anda katakan, ucapkan setiap perkataan dengan jelas dan ulangi kata-kata anda bila perlu. Berilah perhatian ketika anda mendengarkan ucapan atau ceritanya. Panggillah dia dengan panggilan mesra yang disukainya, misalnya "sweet heart, honey, sayang dan panggilan mesra lainnya". Kebiasaan ini akan menambah kemesraan hubungan anda berdua
3) BERSAHABAT DAN SANTAI
Jangan terlalu sibuk dengan urusan anda sendiri, sediakan waktu untuk bermesra bersamanya. Sampaikan padanya cerita dan berita yang menyenangkan dan selalu ingatkan dia tentang kenangan indah bersamanya. Dalam hal ini jangan terlalu serius, kerana akan membuat suasana kaku. Santailah sedikit, jangan perlakukan isteri anda seperti teman sepejabat atau pekerja bawahan anda.
4) PERMAINAN DAN SELINGAN
Agar kehidupan rumah tangga anda tidak terlalu bosan, selingi aktiviti anda berdua dengan senda gurau dan pupuk selera humor anda. Ajaklah dia menonton pertunjukkan atau hiburan yang halal dan jauhilah hal-hal yang haram dari pilihan hiburan anda.
5) MEMBANTUNYA DALAM TUGAS RUMAHTANGGA
Lakukan apa saja yang anda boleh atau anda sukai untuk menolongnya melakukan tugas rumah tangga, terutama kalau dia sakit atau penat. Hal yang juga penting adalah membuatnya merasa dihargai kerana anda tidak pernah lupa memberi penghargaan atas kerja kerasnya di dalam menyelesaikan tugas rumah tangga.
6) MUSYAWARAH
Biasakan bermusyawarah khususnya dalam memecahkan persoalan keluarga. Buat dia merasa bahawa pendapatnya adalah amat penting bagi anda. Oleh kerana itu, Anda harus mempelajari dan mendengarkan pendapatnya dengan seksama dan anda harus rela meninggalkan pendapat anda, serta mengikuti pendapatnya, bila pendapatnya itu benar dan lebih baik. Berterima kasihlah kepadanya kerana telah membantu anda dengan pendapat yang dikemukakannya.
7) ZIARAH SESAMA KELUARGA DAN RAKAN
Pilih kerabat dan orang yang terdekat yang soleh untuk dikunjungi dengan tujuan membina hubungan baik dengannya. Jangan sia-siakan waktu dalam kunjungan tersebut. Gunakan kesempatan bertemu dengan mereka sebaik-baiknya. Jangan lupa tekankan keharusan mempraktikkan akhlak islam di dalam kunjungan anda. Walau bagaimanapun demi mengelakkan selisih faham, jangan memaksa pasangan mengunjungi seseorang atau keluarga yang membuatnya tidak selesa dengan kunjungan itu.
8) SEBELUM DAN KETIKA MELAKUKAN PERJALANAN JAUH
Dalam menjalankan tugas anda sebagai suami atau sebagai bahagian dari kewajipan di tempat kerja, kadangkala Anda harus melakukan perjalanan jauh, meninggalkan anak dan isteri anda.
9) SEBELUM MELAKUKAN PERJALANAN JAUH HENDAKNYA ANDA MEMPERHATIKAN HAL-HAL BERIKUT
Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota keluarga yang anda tinggalkan, terutama isteri anda dan ucapkan nasihat-nasihat yang baik sebelum berangkat.
Bacalah doa safar.
Mintalah isteri anda agar selalu mendoakan anda ketika anda tidak bersamanya.
Tinggalkan untuk isteri dan anak anda wang dan keperluan keluarga yang cukup
Pulang segera mungkin.
Bawalah hadiah untuknya dan untuk anak-anak kesayangan anda.
Hindari pulang di waktu yang tidak diharapkan (ketika dia sedang nyenyak tidur) atau di waktu tengah malam.
Bawalah isteri anda bersama jika boleh Adalah sangat dianjurkan agar anda memberinya wang sebelum dia memintanya.
10) BERBAU HARUM DAN BERDANDAN
Ikuti sunnah mencukur rambut yang tumbuh di bahagian tertentu. Selain itu anda juga diharapkan untuk selalu menjaga kebersihan dan kerapian terutama bila anda berduaan dengannya. Oleskan juga perfum ke tubuhnya ketika anda hanya berduaan dengannya dan ketika dia tidak ingin ke luar rumah.
11) BANTU DAN BIMBINGLAH ISTERI TAAT KEPADA ALLAH
Salah satu tanggung jawab anda sebagai seorang suami adalah anda berkewajiban membantu isteri di dalam ketaatan kepada Allah swt. Biasakanlah melakukan hal-hal berikut ini:-
Bangunkan isteri anda di sepertiga malam terakhir dan ajak dia mengerjakan solat Qiyamullail.
Ajari dia apa yang anda ketahui dari AlQuran dan tafsirnya.
Ajari dia zikir (cara untuk mengingat Allah swt dengan mencontohi Rasulullah saw) di pagi dan petang
12) PEMBELAJARAN NILAI-NILAI ISLAM DAN PEMBERIAN NASIHAT
Tanggungjawab anda sebagai suami yang lainnya adalah anda wajib memberi pelajaran kepada isteri anda di dalam hal-hal yang mencakup Dasar-dasar Islam, tugas dan kewajibannya sebagai seorang isteri. Seorang suami juga harus mendorong isteri untuk menghadiri majlis-majlis agama, serta membelikannya buku-buku dan Majalah Islam, kaset-kaset, CD dan VCD yang memuat ceramah dan pelajaran islam, guna melengkapi perpustakaan peribadi di rumah anda.
13) SABAR DAN LEMAH LEMBUT
Masalah rumah tangga adalah sesuatu yang lunrah dalam perkahwinan. Yang salah adalah respons yang berlebihan dan membesar-besarkan masalah hingga kadang ikatan pernikahan menjadi retak. Dalam menghadapai masalah, kadang suami harus menunjukkan kemarahan kepada isteri, misalnya apabila isteri sudah keluar dari ketaatan dengan menunda-nunda solat, membangkang, menonton filem yang kepada Allah dilarang di televisyen atau wayang dan lain-lain.. Tetapi bila isteri anda menyesali perbuataannya dan menunjukkan i'tikad baiknya, maafkanlah kesalahannya..
p/s: semoga tips2 yg berguna ini dpt memberikan kita manfaat yg sebesar2nya...AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hmm.
nurul berdoa agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik2.
heeeeeeee. tak sabar nak kawen. keke.
AMIN...
Post a Comment