Tuesday, August 17, 2010
~ asal usul kejadian nabi adam ~
Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu
tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu
akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita
baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui
tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk
menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun
ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan
tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya
diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan
kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah
bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu
Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai
Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi
bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan
menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan
tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah
ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu
Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang
mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
Jenis tanah yang digunakan:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah
iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan
berdoakan kepada Tuhan.
Proses kejadiannya:
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya)
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan
dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat
"Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam
yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh
itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada
Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya.. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan ke
dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang
masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun
orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang
dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah :
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
C. Telinga alat pendengaran
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus,
kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak
dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah
matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri,
ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan
tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para
malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah
ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata
Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh
kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan
Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia
mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.
Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi
perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus
roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah
daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu
kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100
tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.
p/s:mari kita sama2 jdkan ini pedoman hidup agar lebih beriman kpdnya...amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sangat bagus info ini...geee.... thanks yek kaseh selama nie otak dah berkarat vhiuhiuh....
salam kaseh...
selamat berpuasa...berbuka apa hari ni..husna sihat..
Post a Comment