Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 7, 2010

~harta seorang isteri~


ciuman kasih dari suami saat bergelar isteri...


lafaz taklik suami buat isteri...


wajah bahagia setelah bergelar isteri...

Hak memberi nafkah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami.Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik,understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan.

Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga. ...susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia.

Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja.

Sebenarnya,syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boringke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalauboring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara sukarela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.Saya menolak pendapat yang mengatakan duit isteri...isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban kewangan.

1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan hartaibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak,suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun. beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.Muafakatlah, kerana ia membawa berkat. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.Wallaahu'alam.



6 comments:

Isteri kepada Suami said...

Rase takut pulak nak pikul tanggungjawab isteri nih...huhu

regards,
Triplesmiley

Kaseh NazLieza said...

insya Allah...biler dh jd seorang isteri tu mst Allah akn permudahkan sgala...

jd seorg isteri penuh dgn tgjwb yg perlu dpikul...tp seorang isteri la yg pling senang memperoleh pahala..

so apa tgu lg..?

Unknown said...

thanks sebab ingat-mengingati... selalu org tak ingat kan

JMR said...

best x kawen?..ada org cakap best..tp kena tao camne nak pikul tgjawab le..be a gud wife ya..nwy, leh je nak amik pic ur family, wat outdoor portrait..then lekat pic kt wall bilik tido..wah bestnyer...

Kaseh NazLieza said...

to iena:
suke sgt andai ilmu yg dkongsi dpt memberi manfaat bersama =)

Kaseh NazLieza said...

to J.M.R:
mestilah best...J.M.R kene cpt2 kwen taw...=p

sebuah perkahwinan sndri adalah tgjwb n amanah Allah..kne jg sebaik mgkin...stp dugaan perlu dhadapi dgn tbah...

wahh...bestnyer mesti nk guna khidmat J.M.R satu hari nri..