Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, September 11, 2014

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kali ni liza nak share pengalaman liza buat kuih di ramadhan yang lalu. Resepi yang nak di kongsi adalah kuih tepung pelita.

Sebenarnya takde la suka sangat dengan kuih ni, tapi disebabkan Husna selalu request untuk beli. Sebab tu la liza pon cuba buat untuk kali pertama. Alhamdulillah menjadi dan sedap sangat. Liza pulak yang terlebih excited buat banyak sampai leh jadikan 3 hr juadah berbuka puasa. Hahaha banyakkan !!! Dah bagi jiran tetangga pon still berlebih.

Ok jangan banyak cakap so inilah resepinya. Terima kasih kepada pemberi resepi ea .


Kuih Tepung Pelita

Sumber :  http://mas-dapurmas.blogspot.com

Bahan2 ( 12 cups - bergantung pd saiz bekas )

Lapisan hijau @ bawah :
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 5 cawan air
- 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
- sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit

Lapisan putih @ atas :
- 4 sudu besar tepung beras - ratakan
- 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
- sedikit garam

Cara :

1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan dan sedia untuk di makan.

Selamat mencuba (",)

Anak Degil..Apa Ubatnya...

Anak degil...apa ubatnya?

Soalan: Assalamualaikum Puan Jamilah, anak saya berumur enam tahun, sering tidak mendengar kata. Bukan sahaja bajunya selalu dilonggokkan di atas lantai, dia degil bila disuruh bersolat atau membuat kerja rumah, malah nak disuruh mandi sebelum magrib pun payah. Puas saya memarahinya tetapi tidak membuahkan hasil. Bagaimana caranya untuk mendidik anak yang sentiasa taat kepada ibu bapa? Minta pandangan Puan. Terima kasih.

Jawapan: Waalaikumsalam wbt. Seringkali kedengaran ibubapa yang mengeluh kerana anak tidak mendengar kata. Disuruh pakai baju berkolar dia pilih kemeja leher bulat. Disuruh buat kerja rumah lepas magrib, dia enggan sebab itu waktu rancangan TV kegemarannya. Disuruh kemas bilik katanya dia senang barang-barangnya bersepah begitu sahaja.

Taat Biar Kena Pada Tempatnya

Cuba fikirkan sejenak. Benarkah kita mahu anak yang sentiasa taat seratus peratus?

Kajian menunjukkan sejumlah kes penderaan seks (sexual molestation) membabitkan kanak-kanak yang tidak tahu mengatakan "Jangan" atau "Tidak" pada pendera. Majoriti pendera seks dikenali oleh mangsa iaitu kanak-kanak terbabit. Ini bermakna, kanak-kanak ini dilatih dari kecil untuk patuh seratus peratus kepada orang yang lebih tua. Mereka tidak dididik untuk bersuara bila perlu dan bersikap asertif.

Sejarah membuktikan patuh membuta tuli parah akibatnya. Lihat sahaja kes Adolf Hitler yang berjaya memesongkan para pengikut yang taksub dengan kepemimpinannya. Kezaliman Adolf Hitler tidak mungkin berlaku tanpa adanya pengikut yang begitu ramai taat dan patuh kepada perintahnya.

Sifat degil ada baiknya jika kena pada tempatnya. Degil boleh bermakna tidak mudah terpengaruh dengan kawan yang cuba menjerat kita kepada tabiat yang tidak elok seperti merokok.

Sebenarnya yang kita mahu bukan anak yang taat seratus peratus. Yang kita mahu ialah:

* Anak-anak yang bijak membezakan antara suruhan yang baik dengan perintah yang buruk

* Anak-anak yang patuh kepada suruhan yang baik tetapi ingkar kepada perintah yang buruk

Yang Mana Lebih Penting?

Cuba senaraikan kesemua perkara yang anda tidak puas hati dengan anak anda. Kemudian fikirkan yang mana patut menjadi prioriti. Contohnya:

Antara solat dengan kemeja berkolar. Yang mana lebih penting?

Antara kemas bilik dengan pandai mengambil hati adik. Yang mana lebih penting?

Ada kalanya kita terlalu banyak yang tidak puas hati dengan anak. Oleh itu kita lontarkan teguran demi teguran sepanjang hari. Meskipun niat kita baik, ingin mendidik anak sesempurna yang terdaya, akibatnya anak jadi keliru kerana terlalu banyak teguran dalam suatu tempoh masa tertentu. Jadi, pilih satu atau dua sahaja prioriti anda sekarang.

Pada pandangan saya, solat jauh lebih penting berbanding memakai baju berkolar.

Pandai mengambil hati adik lebih penting berbanding mengemas bilik.

Minta Penjelasan

Perhatikan perbualan berikut di antara Ayah dengan Isa (enam tahun). Isa berkongsi bilik dengan adiknya Azman (lima tahun) dan sering bertegang urat lebih-lebih lagi di waktu pagi.

Ayah: (dengan nada lembut) Isa, pagi tadi Ayah dengar adik menangis dalam bilik air. Apa yang berlaku?

Isa: (dahi berkerut) Isa marahkan dia. Susah sangat dia nak bangun, Ayah. Dia kata susah nak tidur sebab Isa asyik tendang dia malam tadi. Padahalnya dia yang tendang Isa berkali-kali.

Ayah: (tertawa kecil) Dah sah dua-dua anak Ayah.

Isa: (hairan) Kenapa Ayah?

Ayah: Dulu masa Isa kecil dan suka tidur dengan Ayah, Isa pun suka tendang Ayah larut malam! Nenek kata, ayah masa kecil dulu bila tidur memang ganas. Habis ditendang orang kiri kanan.

Latih Anak Berfikir Secara Rasional

Perhatikan:

* Ayah menggunakan nada lembut jadi si anak tidak merasa tercabar. Ini penting supaya si anak boleh menjawab soalan dengan rasional bukan secara defensif dan emosional.

* Ayah bertanya "Apa yang berlaku" dan bukan "kenapa" atau "mengapa". Kanak-kanak kecil sukar menjawab soalan "kenapa" dan "mengapa" dalam situasi begini kerana ianya seolah-olah mendesak mereka mencari alasan bagi perbuatan yang telah dilakukan. (Jawapan untuk "mengapa" mungkin: "Saya cemburu sebab Ayah lebih banyak luangkan masa dengan adik" atau "Saya geram sebab Adik pandai. Dia selalu dapat keputusan peperiksaan lebih cemerlang dari saya"!)

* Bila Ayah bertanya "Apa yang berlaku?", si anak hanya perlu menceritakan fakta-fakta kejadian terbabit. Si Ayah seterusnya boleh membuat tanggapan dan rumusan sendiri.

* Hasilnya, Isa tersedar dia sendiri melakukan perkara yang dia tuduh adiknya lakukan! Sejak saat ini, kes "siapa tendang siapa" tidak lagi menjadi isu dalam keluarga ini.

Bandingkan dengan:

Ayah: (nada meninggi) Apa bising-bising Ayah dengar pagi tadi?

Isa: Tapi Ayah ...

Ayah: Berapa kali Ayah dah kata jangan gaduh dengan adik. Isa ni degil benar, tak dengar cakap Ayah!

Di sini si anak langsung tidak diberi peluang untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

Antara Lembut Dan Tegas

Ini tidak bermakna kita perlu berlembut setiap masa dengan anak. Adakalanya kita perlu tegas.

Contoh:

Ibu menyuruh Din (lapan tahun) mengemas bilik. Ibu sediakan satu senarai perkara-perkara yang perlu dibuat oleh Din. Berikut senarai yang Ibu berikan pada Din:

* Ambil baju kotor atas lantai, masukkan dalam bakul kain kotor

* Susun buku atas meja

* Kemas katil (lipat selimut, susun bantal)

* Kutip mainan atas lantai, masukkan dalam bakul mainan

Sesetengah anak, terutama anak lelaki lebih mudah mengikuti senarai arahan sebegini kerana dua sebab:

1. Ia spesifik, jadi mereka tahu apa sebenarnya yang perlu dibuat.

2. Kata-kata "kemas bilik" kabur untuk sesetengah kanak-kanak.


Tegas Hanya Bila Perlu

Bagaimana jika anak enggan mengemas bilik meskipun anda sudah sediakan senarai sebegini?

Perhatikan komunikasi di bawah:

Ibu: (berdiri di pintu) Isa, Ibu lihat bilik ni belum dikemas lagi.

Isa: (bermain komputer) Alaa... nantilah Ibu.

Ibu: (tercegat di pintu dan bercakap dengan nada tegas) Isa, Ibu nak Isa kemaskan bilik ni sekarang. (Ibu tidak beredar dan menunggu sehingga Isa mengemas biliknya.)

Dalam komunikasi di atas, perhatikan:

Nada suara Ibu tegas tetapi tidak menengking. Ibu tidak berleter tetapi menyatakan dengan jelas apa yang dia mahu Isa lakukan. Isa berhenti bermain komputer dan terus mengemas biliknya kerana dia terasa kurang enak bila menyedari Ibunya tidak akan beredar selagi dia tidak berbuat demikian.


Segalanya Lebih Mudah Jika Anda Mesra Dengan Anak

Rata-rata kanak-kanak tidak suka sengaja menyakiti hati ibu bapa. Malah, boleh dikatakan kesemua anak-anak ingin menyeronokkan hati ibu bapa. Ini memang naluri mereka sebagai anak. Jadi, bersangka baiklah dengan anak anda. Sebenarnya, anak anda (tidak kira berapa umurnya) lebih mudah menerima pandangan dan nasihat yang anda berikan jika anda rapat dan mesra dengannya.

Jangan cepat melenting dan menggelar anak sebagai 'degil' atau 'malas' bila dia enggan mematuhi suruhan anda. Apa sahaja gelaran yang anda gunakan untuk anak anda sama ada buruk mahupun yang baik adalah doa yang boleh dimakbulkan Allah bila-bila masa sahaja.

Dari sudut psikologi pula, kanak-kanak cenderung bertindak sesuai dengan tanggapan kita. Ini bermakna, jika kita menganggapnya 'degil', dia akan cenderung untuk berperangai degil. Sebaliknya jka kita menganggapnya "malas", dia akan lebih cenderung bersikap "malas"

HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK

HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK

Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud), "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195).

Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.

Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain." (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).

Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari'at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.

Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.

Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya. Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah, mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.

Jawapan Atas Berbagai Dalihan

Jika ada orang yang berdalih, "Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam perihal haramnya rokok."

Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Qur’an dan sunnah terdiri dari dua jenis;

1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak sekali hingga hari kiamat.

2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara langsung.

Bagi jenis pertama, ayat Al-Qur’an dan dua hadis yang kami sebutkan di atas yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang bermaksud), "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah." (Al-Maidah: 3).

Dan firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu." (Al-Maidah: 90).

Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.

Sumber: Program Nur 'alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.

Syeikh Muhammad bin Ibrahim

Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qur’an menyatakan, “Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” (al-A’raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nas tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.

Ulamak Mesir, Syria, Saudi

Rokok haram iaitu terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang mendokong dalil ini ialah Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi’i dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami.

Dr Yusuf Qardhawi

Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.

SyariahOnline.com

Keharaman rokok tidaklah berdasarkan sebuah larangan yang disebutkan secara mutlak dalam nas Al-Quran Al-Kariem atau pun As-Sunnah An-Nabawiyah.

Keharaman rokok itu disimpulkan oleh para ulamak semasa ini setelah dipastikannya fakta setiap batang rokok itu mengandung lebih dari 4000 jenis racun berbahaya. Oleh kerana racun itu merosak tubuh manusia yang sebenarnya amanah Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara, maka merokok itu termasuk melanggar amanat itu dan merosak larangan.

Namun banyak orang yang menganggap hal itu terlalu mengada-ada, sebab buktinya terdapat jutaan orang di muka bumi ini yang setiap hari merokok dan buktinya mereka masih bernafas iaitu tidak langsung mati secara mendadak.

Kerana itulah kita masih menemui rokok di sekeliling kita dan ternyata rokok masih bertahan. Bahkan mampu memberikan pulangan kepada pemerintah melalui cukainya. Sehingga tidak pernah muncul keinginan baik dari pembuat undang-undang untuk melarang rokok.

Ini merupakan salah satu ciri ketidak-sampaian maklumat kepada masyarakat atau memang masyarakat tidak prihatin. Di negara yang sudah maju, maklumat berkaitan tidak dianggap penting. Dan kedua jenis masyarakat ini memang sama-sama tidak tahu apa yang terbaik buat mereka.

Di dalam hukum Islam, apabila sesuatu itu telah dipastikan yang ia membahayakan kesihatan, maka menggunakannya adalah diharamkan. Inilah bentuk ketegasan hukum Islam yang sudah menjadi ciri khas. Maka khamar itu tetap haram meski hanya seteguk ditelan untuk sebuah malam yang dingin menusuk.

Demikian pula para ulamak ketika menyedari kewujudan lebih 4000 racun dalam batang rokok dan mengetahui akitab-akibat yang diderita para perokok, mereka pun sepakat untuk mengharamkannya. Sayangnya, umat Islam masih lagi menganggap sekiranya tidak ada ayat yang tegas atau hadits yang eksplisit yang mengharamkan rokok, maka mereka masih menganggap rokok itu halal, atau makruh paling minima.

Ustaz Ahmad Sarwat , Konsultan eramuslim.com

Pada peringkat permulaan, tidak ada ulamak yang mengharamkan rokok. Mereka hanya memakruhkannya yang dasarnya amat berbeza dengan dasar pengharaman yang dibuat sekarang ini. Dahulu para ulamak hanya menganggap bau mulut perokok agak kurang sedap yang mengganggu orang lain semasa bergaul. Akibatnya si perokok kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh tahrim (makruh terlarang).

Sebahagian ulamak di negara kita yang menghisap rokok, bila ditanyakan tentang hukum rokok, mereka terus menjawab rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh sahaja.

Mengapa mereka menganggap demikian?

Mereka menganggapnya demikian kerana kajian secara jelas tentang nikotin dan zat beracun dalam sebatang rokok kurang jelas dan penelitian dan fakta belum ditemui ketika itu. Maka hukum rokok hanya sekedar makruh lantaran membuat mulut berbau busuk serta mengganggu pergaulan.

8. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)

MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hamper sama dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.

Penelitian Terbaru

Seandainya para ulamak tersebut tidak hanya terpaku pada naskah lama dan mengikuti perkembangan terbaru di Negara umat Islam yang agak maju, sudah tentu pandangan mereka berubah 360 darjah. Apalagi bila mereka membaca penelitian terbaru tentang lebih 200 jenis racun berbahaya terdapat dalam sebatang rokok, sudah pasti mereka beubah pandangan dan bersetuju rokok mendatangkan mudarat yang amat besar kepada penghisapnya dan orang di sekeliling. Malah mereka akan bersetuju dan menerima rokok bukan sekadar makruh akibat bau busuk mulut perokok tetapi haram, lantaran ia telah banyak meragut manusia. Statistik menunjukkan kadar kematian disebabkan menghisap rokok lebih tinggi daripada akibat peperangan dan kemalangan jalanraya.

Badan kesihatan dunia WHO melaporkan di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun disebabkan rokok, dan tidak kurang dari 90% daripada 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah satu rumah sakit Shanghai di Cina disebabkan rokok.

Penelitian juga menyebutkan 20 batang rokok sehari akan menyebabkan berkurangnya 15% hemoglobin, yakni zat asasi pembentuk darah merah.

Seandainya para ulamak mengetahui penelitian terakhir tentang rokok mengandungi lebih kurang 4.000 elemen-elemen dan setidaknya 200 di antaranya dinyatakan berbahaya bagi kesihatan, pastilah pandangan mereka akan berubah.

Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

Kesan racun pada rokok ini membuat penghisap asap rokok mengalami risiko 14 kali lebih besar kemungkinan terkena kanser paru-paru, mulut, dan tenggorokan berbanding mereka yang tidak merokok.

Perokok juga berkemungkinan 4 kali lebih besar untuk terkena kanser esophagus dari mereka yang tidak menghisapnya. Di samping mereka juga berisiko 2 kali lebih besar untuk terkena serangan jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.

Tidak ada seorang pun yang menyangkal semua fakta di atas, kerana ia hasil penelitian ilmiah. Bahkan pengusaha rokok pun mengiakan hal tersebut, dan menuliskan pada kotak rokok amaran begini: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

Kalau pengeluar rokok sendiri sudah menyatakan bahaya produknya berbahaya dan mendatangkan penyakit, bagaimana mungkin perokok masih mau mengingkarinya?

Walau pun hampir jumhur para ulamak menghukumkan rokok sebagai haram ada ulamak yang menghukumkan harus dan memperincikan hokum tetapi tidak mewakili pandangan ulamak ramai. Di samping itu mereka juga kekurangan maklumat tentang kandungan rokok dan kesan kesihatan yang serius kepada perokok dan orang di sekeliling.

Secara ringkas diperturunkan pendirian beberapa ulamak terkemuka mengenai kedudukan rokok dalam Islam:-

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.

2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.

3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.

4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa’izh al-Hanafi condong kepada hukum

makruh.

5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus.

6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum

merokok.

Wallahu a’lam

SUMBER:

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_137938379590986&ap=1

Tuesday, June 17, 2014

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera...

Rindu rasanya nak menulis blog kembali. Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk berkongsi resepi dengan kawan-kawan semua.
Malam semalam my hubby dah request minta masakkan ayam ungkep seperti masakan maknya di Langkawi. So tengahari tadi terus gigih bersilat di dapur untuk menyediakan juadah seperti yang diminta...Teristimewa untuk my hubby & my anak dara.
Hope resepi yang xseberapa ni boleh la kawan-kawan cuba ea. Dijamin sedap & menyelerakan (^_^)


Bahan-bahan:

1 kg ayam - potong 10 - perap dgn garam & kunyit

2 batang serai - dititik

3 cawan air

1/4 kotak santan - saya tambah

Garam/gula/perasa - secukup rasa

1 keping asam keping

Minyak masak



Bahan tumbuk / kisar:

5 ulas bawang putih

10 biji bawang merah

Sejemput serbuk ketumbar

Sejemput serbuk jintan manis

Sejemput serbuk jintan putih

3 cm kunyit hidup

3 cm halia

25 biji cili padi (boleh tambah ikut kepedasan yang di minati)



Cara cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.

2. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.

3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.

4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

5. Sedia untuk dimakan.

Tuesday, March 1, 2011

Kesibukan Yang Melampau!!!!



Assalamualaikum...

Maaf ea kawan2..lieza tak dapat nak berbloging macam dulu2..walaupun tak byk entry sehari satu pun dulu masih sempat tapi sekarang mmg terlalu susah untuk mencuri waktu buat personal blog ku ini yang tersayang..

tanggungjawab di dalam bisnes semakin besar...terlalu ramai client yang perlu diberi perhatian apatah lagi kini husna semakin aktif membesar memerlukan pemerhatian mama & papa yang extra.

semoga masa dulu akan kembali dalam hidup lieza. sampai bertemu lagi ea kawan2. semoga uols semua akn terus success dalam apa juga bidang yang diceburi...

AMEEN...

Monday, February 14, 2011

20 Fakta Gile

20 Fakta Gile?

Lieza telah di tag oleh sahabat blogger Dinaz

Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang..Hmm..banyak sangat? Tak banyak la…Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo…Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang..Pastu tag la 5 orang kawan2/sedar mare/sahabat blogger korang..Senang kan?

Jap2...tengah cari ilham apa yang nk ditulis...huhu


5 fakta tentang Lieza!

1. Lieza suka buat kek & memasak
2. Lieza suka pakai high heel
3. Lieza suka shopping baju hubby & husna
4. Lieza suka make-up (tp dah kwen super duper malas)
5. Lieza suka baca majalah pengantin (selalu cari ilham nk deco pelamin)

5 Fakta tentang Mak Liez:

1. Mak Lieza lebih rendah dari Lieza
2. Mak Lieza suka membebel a.k.a nasihat berapi..ahahaha
3. Mak Lieza sangat pandai masak..sume mak masak sedap!!!
4. Mak Lieza takut lipas
5. Mak Lieza sangat penjimat orangnya

5 fakta tentang kawan aku Mohaini (my BFF):

1. Dia sangat baik hati...bodek!
2. Dia suka duit tu sebab dia sangat kedekut orangnya..ahahaha
3. Dia suka colour down to earth
4. Dia paling tak suka pakai high heel
5. Dia sangat pandai =))

5 fakta My Hero (my BF):

1. Dia sangat handsome (lg2 dulu sebelum kwen..hohoho)
2. Dia suka maen game..terutamanya SA
3. Dia suka tengok movie mat salleh..melayu harapanlah nk tgk..(sgt kacang lupakan kulit hokayy)
4. Dia adalah seorang penasihat yang baik untuk Lieza
5. Dia sangat deep in love dengan Lieza..senang citer xleh hidup tanpa Lieza la..=p

Ok selesai akhirnya...

So Lieza akan tag:


  1. Sinar Raudah
  2. Kak Yat
  3. Kak Ena
  4. Kak Munna
  5. Kak VP
p /s : lama betol xjawap tag taw...

Sunday, February 13, 2011

Teguhnya Kasih Seorang Isteri...

Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.

15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.

“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...

”Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.“Mestilah abang rindu isteri abang...” Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.

Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.

“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya.

”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”,Haris menjawab panjang.

“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”, Norman mengusulkan cadangannya.

Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul.

Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. ”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.

“Tak ada rezki lagi mak...”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.

Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. ”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.

Haris mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...”, jawab Haris. “Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan. “Tengoklah macam mana mak…”, Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.

Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.

Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu.

Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik, “Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan.

Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.

Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.

Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.

Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya, kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor, Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.

Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa.

Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.

”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi? Nurul rasa risau sangat...”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.

”Tidur rumah Norman...”, jawab haris ringkas.

“Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”. Haris mengangguk perlahan.

“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.

Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.

“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”, Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.

Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.

Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.

“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.” Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.

Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf.

Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.

Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya.

Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.

Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjau, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul.

Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.

“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”

Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis.

“Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”

Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.

”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”

“Alhamdulillah...”, Haris mengucap syukur.

“Isteri saya macam mana doktor?”

“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”

Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya.

Nurul yang masih lemah memandang Haris.

“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…”Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.

“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”, Nurul menjawab kemudian terlena kerana berasa terlalu penat.

Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri...

p /s : sebelum terlambat...

Monday, February 7, 2011

Seminit Sahaja...

~ Betapa besarnya nilai uang kertas senilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;

tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

~ Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit;

namun betapa singkatnya kalau kita menonton televisyen

~ Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan);

namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berpikir panjang-panjang

~ Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya (ekstra);

namun kita mengeluh ketika khotbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa

~ Betapa sulitnya untuk membaca satu lembar Al-qur'an;

tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris

~ Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert;

namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

~ Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata;

namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa

~ Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu;

namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan

~ Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al-Qur'an;

namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain

~ Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar;

namun betapa kita meragukan apa yang dikatakan oleh Kitab Suci AlQuran

~ Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya;

namun betapakah kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan menggema

~ Bersyukurlah kepada ALLAH, YANG MAHA BAIK, PENGASIH DAN PENYAYANG. ~

p / s : selamat beramal =))

Sunday, February 6, 2011

Saturday, February 5, 2011

Keriieeekkk...Bunyik Pintu Rumah Lama Yang Sedang Dibuka...



Assalamualaikum sayang2 semua...hope semuanya sihat2 jer...

maaf sesangat cz dah lama sgt lieza tak update blog...rindu sgt nk update n melawat umh kwn2 semua...

kekangan masa membuatkn lieza betol2 tak dapat nk luangkan banyak masa di rumah kesayangan lieza ni...hope kwn2 semua still keep in touch dengan lieza ea..

insya Allah..if semuanya dh kembali ok, lieza dh kurang bz..bolehlah lieza update blog ea kawan2...lagi satu sebab musabab tak berupdate adalah kerana malas nk gaduh2 manja dengan hubby gara2 berebut pc...

ni yang harus cepat2 rembat laptop satu ni...waaaaa...saya nk laptop...ada sesiapa yg mendengar rintihan hati ini...

p /s : terima kasih buat akk tersayang kak amy yang selalu singgah ke blog saya ini walaupun tak berupdate..love u so much2...!!!