Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, July 8, 2010

~ bersama2 menikmati fadilat bacaan yasin khamis malam jumaat ~

malam2 jumaat ni uols sgt baik kita membaca surah yasin kerana dgn membaca hati Al-Quran ini kita bakal mendapat byk faedah dan manfaat...



di antara fadilat surah yasin ialah :

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".

Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."

Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."

Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)

Semoga kita mendapat amal dan sampaikan ilmu ini......Insya'Allah.

Wassallam.

p/s: entry malam jumaat yg bermakna dan berilmu...=))



11 comments:

Sharinginfoz said...

thanks for sharing

annfrendly said...

salam..
besarnya fadilat baca yassin malam jumaat.. bagus info ni (",)

Uruchimaru @ kf said...

terima kasih utk catatan yg bernas lagi penuh hikmah sini!

azlina said...

SALAM KASEH...

BTL TU KASEH BANYAK FADHILAT SURAH YASSIN NI KALAU BOLEH BACA HARI2 DPT SEKALI SEHARI PUN JADI..ATAU SEKURANG2 MLM JUMAAT ADA BACAAN YASSIN...

BTW TRM KSH ATAS INGATAN DAN DOA BUAT AKK DAN ABAG YEA...AMIN MUDAH2 DI MAKBULKAN..

AngahSayang2314 said...

lieza thanks for info hari jumaat

Kaseh NazLieza said...

to sharinginfoz:
ur welcome sharing..ehehehe

Kaseh NazLieza said...

to annefrendly:
mmg besar dik..sama2 lah kita mengamalkannya k..

Kaseh NazLieza said...

to uruchimaru:
sama2...ilmu yg baik haruslah dkongsi bersama kan..

Kaseh NazLieza said...

to kak azlina:
mmg bagus klu dpt baca hr2 kan kak..tp klu xsempat sekurang2nya seminggu sekali pon jadila..

wahyu2u said...

salam..berkenaan dgn kelebihan baca yasin mlm jumaat sebenarnya setakat ini tiada kelebihan melainkan membaca surah al-kahfi mlm jumaat : diriwayatkan oleh al-Hakim dan Imam Baihaqi dan disahihkan oleh ulama' hadith : "Barangsiapa yg mbaca surah kahfi maka terpancarlah cahaya dr tapak kakinya sehinggalah ke langit".

berkenaan dgn hadith yasin adalah hati al-quran, banyak riwayat menyatakan ia adalah hadith maudhu'(palsu) yg direka2 dan dusta..

wahyu2u said...

salam..berkenaan dgn kelebihan baca yasin mlm jumaat sebenarnya setakat ini tiada kelebihan melainkan membaca surah al-kahfi mlm jumaat : diriwayatkan oleh al-Hakim dan Imam Baihaqi dan disahihkan oleh ulama' hadith : "Barangsiapa yg mbaca surah kahfi maka terpancarlah cahaya dr tapak kakinya sehinggalah ke langit".

berkenaan dgn hadith yasin adalah hati al-quran, banyak riwayat menyatakan ia adalah hadith maudhu'(palsu) yg direka2 dan dusta..