Assalamualaikum...Hari ni liza nk share tips mengenai penyusuan bayi pulak..Sebab lately ni kan liza sedang gigih menyusukan baby Jannah yang baru berumur 56 hari tu. Jadi liza selalu la google2 membaca ilmu2 mengenai penyusuan. Semoga perkongsian liza ini memberi manfaat buat semua ea.
Sebelum tu...jom layan gambar my bam bam baby dulu. Saidatul Jannah in the house !!!
1. Makanan Laut Yang Tinggi Merkuri
Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.
Sebelum tu...jom layan gambar my bam bam baby dulu. Saidatul Jannah in the house !!!
1. Makanan Laut Yang Tinggi Merkuri
Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.
2. Buah-Buahan Sitrus
Buah-buahan yang tinggi
dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang
berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi
yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif
terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah
buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau
epal.
3. Alahan Makanan
Berjaga-jaga dengan
tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut,
mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau
pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini,
cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan
kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar
menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).
4. Alkohol
Elakkan daripada meminum
alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan
kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan
pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam
masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan
mengalami penyejatan.
5. Kafein
Untuk penggemar kafein,
kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh
mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh,
elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi,
teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan.
Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein
dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah
dinyahkafein.
No comments:
Post a Comment