Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, May 8, 2010

~ mari kita shopping ~



dh terlalu lma rasanyer lieza xkuar shopping...slu kuar pom beli klengkpn husna jer like pampers n susu...

hrni lieza happy cz akn kuar jln2 ke kl...wah...bestnyer...

jom uols kita jln2....=))

Friday, May 7, 2010

~ selamat hari ibu.... ~



selamat hari ibu mak.....tiada apa yg bisa lieza hajatkan kecuali semoga emak selalu sht2 sejahtera & bahagia selalu hingga ke akhirnya...

selamat hari ibu jg buat semua ibu2 terhebat di dunia...=))

~ anda stress??mari kita hilangkannya !!!! ~

hmmm...nmpaknyer bulan ini mmg bulan stress..igtkan lieza sorg2 jer yg mngalami kmurungan hati...jiwa terluka n sbgnya...rupanya2 kwn2 lieza pon sama 2turut merasai apa yg lieza rase ea..alololo..so sweetnyer..

okla...kwn2 n akk2 sume..kita xmo sedih2 lg k...meh cni lieza bg tips supaya tidak stress n bersedih lg..ehehehe

uols sume kne didik diri jd...

  1. Hiduplah seperti di hari ini saja, maksudnya masa lalu tentu tidak bisa diubah, justeru membuat semakin stress, sedangkan masa depan masih gaib.
  2. Berperasaan Positif (positive feeling), dari bangun tidur jika sudah suntuk yakinkan diri setelah kesuntukan pasti ada kenyamanan.
  3. Selalu yakin setelah sakit pasti sembuh, setelah sedih pasti gembira. Nescaya segala pekerjaan akan menjadi fokus dan tentu saja positif.
  4. Redha, maksudnya adalah apabila Anda mengalami jalan buntu harus rela menerimanya dan mundur sesaat untuk dapat melihat jalan lain menuju tujuan tersebut.
semoga kita sama2 dpt muhasabah diri n dpt mnmgembalikan keceriaan kita seperti dulu..muaah2...salam sayang buat semua...

~ stress & mengantuk gejala kembar??? ~



lately ni lieza selalu stress...tp still under control lg la...knape lieza stress n perlu stress...??? kerana sikap sesetgh manusia jg...entahla ssh lieza nk share dgn kwn2 di luar sana...

tlebeh bcerita kang bertenteangan dgn syariat agama...if pendam sgt pula ti diri sndri yg makin stress..

xpela lieza dpt mngadu pd yg maha esa udah...mungkin ada hikmah di sebalik semua ini...

full stop la uols..xmo emo2 n xmo cedih....yg dh berlaku biarkan berlalu...sbg manusia biasa harus menerima sgla dgn redha n anggap itu semua dugaan dr yg maha esa...

tp tu lah uols...biler lieza stress ni...bdn cpt sgt letih...cm x bermaya jer...hubby ckp sesak sgt kt benak fkran lieza ni memikirkan sgala bnde mak nenek...btol jg kata hubby tu..tp apakan daya..mmg xleh nk stop dr memikirkan nya...mujur ader ank dara sorg ni penghibur hati di kala duka...



tgk senyuman husna uols..trus sembuh dr kesakitan...mukjizat sungguh kurnianMu Illahi...

dh bape mlm lieza akn terlena awl..baring ats katil..golek kanan kiri bersama husna...xlama lps tuh trus tdo...

yg lg klakar tu uols..kdg2 lieza akn terlena dulu dr husna...hahaha lawak2..mujur ader papa yg masih bjaga memerhatikan husna...

ckp pasal papa lg kesian..papa dh mngadu dgn mama...papa dh kekurangan n ketandusan kasih sayang..ea la dh mama asik tdo awl jer...xde maknernyer mama nk manja2 kan papa mcm selalu...

maaf ea papa...mlm ni confirm mama segarkan mata utk papa yg tersayang..husna mlm ni harus tdo awl k..ehehehehe

Thursday, May 6, 2010

~ ibu bapa bukan liabiliti ~

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...


Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

"
Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."



Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi
!



Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...
Klu baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje...



~ imanina cute giveaway ~



kali ni mama husna nk enjoy2 sambil join give away ni...act mama husna dh ditag oleh mama aqif iaitu my ex-lecturer mase study dulu..la ni dh jd kwn dh...cz masing dh ader ank..ehehehe

so utk xmenghampakan mama aqif..lieza akn masuk ini give away...=))

give away ni dianjurkan oleh mama imanina yg cute...tu yg dlm gambar tuh...ehehehe..if uols berminat uols boleh trus ke blog penganjur k....MAKE UP MY PASSION

hadiah yg ditawarkan perfume original uols...cpt2 jom kita memeriahkan give away ni...antara pra syarat contest ni lieza kne bg gmbar satu family...n paling penting lieza kne tag 5 org kwn2 lieza...haaa..antara yg bertuah..jeng3...

1. lily lotus

2. kak yat

3. kak shiela

4. eryqazz

5. ct

jd..inilah gambar my family yg lieza pertaruhkan...taraaaa...=))



~ tatih sayang tatih....~

lg bape hr ank mama dh genap sebelas bulan kan...ank mama pon dh makin beso n semakin bijak pandai...buah hati mama papa atok nenek mak cu ni selalu menggembirakan hati kami sekeluarga...stp celoteh husna, gelak tawanya selalu mnjadi penghibur n bisa melepaskan tension semua org..pendek kata ank mama ni mukjizat di rumah kami..yg sakit bisa sembuh...yg marah bisa sejuk hatinya...ehehehehe



pipi husna yg gebu tuh selalu menjdi mangsa cubitan jejaka2 mahupon kawan2 perempuan yg selalu bermain dgn husna...mama pon kdg2 hilang arh n terpaksa mnggeget pipi gebu husna dek kerana terlalu gewammmm...husna la penwar duka mama papa...mujur Allah mngurniakn husna sbg gula gula n aiskrim hati mama papa...



skg husna mmg tgh giat belajar tatih...saban ptg husna mesti resah gelisah andai xdibwa berjalan2 di halaman rumah...tgkla betapa semangatnya husna..mcm nk berpiknik pula..siap topi bagai...alhmdulillah ternyata ank mama ni kuat semangat..sgt suka bertatih...wlupon kdg2 mama nya yg pancit utk trus mbawa husna btatih kerana pinggang xthn lama utk tunduk mentatih husna...penangan epidural itu sudah pasti...wawawa =(



sedang asyik bertatih...uncle angkat husna iaitu uncle habib from nigeria, rite know study at uia..mnyewa di kws kejiranan kami dtg memberi husna wang saku...gitulah uncle habib sayang btol dgn husna...saban hari klu xmenatap wajah husna xlengkapla hdup uncle habib tu kan sayang...husna pon dh menjadi buah hati intan payung uncle habib...

wlupon di kala ini tgh panas dgn segelintir warga kulit hitam yg byk wat kekecohan dgn melakukan berbagai2 jenayah di negara kita..n kdg2 timbul jg rasa jelek terhdp mereka...tp syukur alhmdulillah krn warga nigeria yg menetap di kaw kejiranan kami amt baik2 belaka n berbudi bahasa...malah sikap tawadduk mereka yg seawal sebelum subuh lg dh berjalan kaki ke masjid utk menunaikan solat subuh amt2 menakjubkan lieza. xkira la bangsa apa...pasti ader yg baik n yg buruk..mudah2 an yg baik2 sj yg selalu ada di sini agar dpt mnjadi contoh buat warga muda di kaw kejiranan lieza...



hmm..mama berceloteh panjang pula pasal uncle habib ea husna...tgklah wajah2 gembira ank mama bila dpt pegang duit...muka happy xhenggat...husna2...mama sayang husna sgt2...=))



last but not least...wajah husna yg semakin membesar buat tatapan uncle2 n auntie2 husna di luar sana...husna melasak xhenggat smpai topi pon nk tjatuh sudah....skg husna mmg suka wat muka yg lawak2 utk trus memeriahkan rumahtangga nor haliza & nazar rul ariffin...kehadiran mu selalu mama papa syukuri sayang....saidatul husna jdlah ank yg membahagiakan dr kamu kecil hingga dewasa n buat selama2 nya sayang...

p/s:bln depan husna genap setahun...mama n family tgh merancang utk meraikan hari kelahiran husna..tgu jemputan dr kami yaaaa..=))

~ lelaki atau perempuan kah??? ~

Artikel di bawah sekadar buat renungan kita bersama...lieza terpanggil utk berkongsi emel ini agar dpt mnjadi pedoman n iktibar buat kita semua di masa mndtg...

Soalan asal dari Rakan Soal Jawab Agama & Artikel Dakwah (Jabatan terpaksa di Rahsiakan)



Salam Ustaz sham,

Saya ada beberapa kemusyikilan berkenaan pengurusan jenazah …dah lama nak tanya tp berkesempatan.

Benda ni terjadi dalam lingkungan keluarga terdekat saya, saya mempunyai seorang abang yang berpewatakan agak lembut…slps dia berumur 22 tahun, beliau telah merantau ke KL..sbb nak cari kerja & berdikari......kerja apa..semua ahli keluarga x tau…dipendekkan cerita..selepas 6 tahun di KL..beliau telah jatuh sakit & terpaksa di bawa pulang ke kampong untuk berubat

Perbagai cara telah keluarga kami usahakan samada dengan cara moden mahu pun tradisional...tapi kuasa tuhan mengatasi segala-galanya..beliau telah meninggal dunia semasa proses rawatan masih berjalan…////

Yang menjadi masalah pada waktu itu ialah...keadaan abang saya yang telah bertukar bentuk fizikal (maksud saya berambut panjang, cukur bulu kening, dah ada buah dada & alat kelamin wanita), semua itu dilakukan secara pembedahan, semua ahli keluarga x mnterkejut bilamana melihatkan keadaannya bila di bawa balik ke kampong. Yang membuatkan kami semua bersedih ialah bilamana Imam yang dipanggil untuk menguruskan jenazah beliau bertegas tidak mahu menguruskan jenazah sepupu saya dengan alasan si mati telah mengubah ciptaan Allah & kemungkinan telah melakukan pelbagai maksiat semasa hidupnya.

Disebabkan itu, telah berlaku pertengkaran & hampir mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga kami dgn. Imam tersebut hinggakan kami terpaksa memanggil seorang Ustaz dari kampung sebelah untuk membantu menguruskan jenazah dari awal hinggalah selesai... Apa yang saya inginkan kepastian dari ustaz..adakah betul cara Imam tersebut atau adakah sememangnya jenazah abang saya sememangnya layak diperlakukan sebegitu??? Harap ustaz dapat jelaskan…..maaf sebab soalan saya agak panjang..

Mohon agar nama & jabatan saya dirahsiakan demi maruah keluarga saya….kalau boleh ustaz delete terus nama saya dari inbox ustaz.

Terima kasih.


Jawapan :

Salam pada yang bertanya.

Bila menerima email ini 10 hari yang lalu, hati saya terdetik-detik adakah ini jenazah yang pernah saya uruskan dahulu. Tapi bila membaca keseluruhan ayat barulah saya tahu ianya adalah orang lain disebabkan cara kematian yang berbeza & negerinya pun berbeza. Sebelum saya hurai & ceritakan dgn panjang lebar, kita tengok dulu apa pandangan Islam dalam Hukum menukar jantina. Hukum menukar jantina adalah HARAM dan berdosa kecuali dia dilahirkan dengan 2 alat kelamin atau alat kelamin yang tidak jelas (Khunsa). Dalam kes ini, pembedahan boleh dilakukan dengan nasihat doktor yang pakar berdasarkan mana satu jantina yang lebih dominan (kecenderungan) seksnya.

Sekiranya dia lahir secara normal & mempunyai alat jantina yang jelas, HARAM menukarnya sesuka hati kerana Allah yang maha mengetahui telah memciptanya dengan sempurna. Sekiranya berlaku juga pembedahan, maka setelah kematiannya, dia akan diselenggarakan mengikut pendaftarannya di dalam kad pengenalan atau surat beranak. Sekiranya termaktub lelaki, walau pun jantinanya telah di tukar maka ia akan kembali kepada hukum asalnya sebagai seorang lelaki. Abu Daud meriwayatkan kata-kata Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah saw melaknat kaum lelaki yang memakai apa yang dipakai oleh kaum wanita & juga kaum wanita yang memakai apa yang dipakai oleh oleh lelaki.

Sebak & sedih juga bilamana saya membaca soalan yang dikemukakan ini kerana mengembalikan nostalgia lama saya (hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman), maafkan saya sebab agak lama juga baru saya reply email saudara ni..masa x berapa mengizinkan saya. Ianya hampir sama dengan pengalaman saya sebagai seorang Mantan Pengurus Jenazah, pelbagai jenis/keadaan jenazah yang telah saya uruskan sepanjang pembelajaran saya samada di Kelantan atau di kawasan qariah saya dulu (Keramat & Setiawangsa). Ada yang meninggal sebab sakit biasa, kemalangan jalan raya, mati lemas & mati mengejut, x kira bayi, kanak-kanak, remaja & orang dewasa. Jutaan Terima kasih pada guru saya iaitu Ustaz Haji Ibrahim Mahmood (kelantan) & Ustaz Haji Abu Bakar Aziz (KL) atas tunjuk ajar,panduan & ilmu yang dicurahkan pada saya mengenai selok belok hal ehwal pengurusan jenazah dari awal hingga akhir, itu dululah…skrg x ada lagi sebab faktor masa & tempat tinggal. Lagi pun dah ada pelapis2 dari kalangan generasi baru yang telah saya tinggalkan.

Mengenai jenazah abang anda, saya juga pernah merasai pengalaman menguruskan jenazah sedemikian sewaktu bercuti raya di kelantan hampir 9 tahun yang lepas…..80% cerita diatas adalah sama dengan masalah yang diajukan cuma yang berbeza ialah simati meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa nak balik beraya & berkebetulan keluarga saya mengenali keluarga si mati. Saya telah dipanggil oleh keluarga tersebut (memang saya x kenal pun) untuk membantu Imam Tua yang bertanggungjawab dalam pengurusan jenazah2 di kampung tersebut. Masalahnya memang sama dengan masalah di atas, Imam tersebut juga berperangai sama dengan Imam yang spt saudara sebutkan di atas, itu adalah pertama kali beliau ditemukan dgn jenazah yang macam tu (bahasa kasarnya Pondan lah) & lps tu keluarlah pelbagai bebelan & ngomelan dari mulutnya yang mengaibk2an keadaan jenazah, saya x nafikan pengalamannya bertugas sebagai seorang Imam Surau tetapi yang menyedihkan saya ialah tentang kecetekkan ilmu & kesombongan beliau, mungkin bacaan Al Quran beliau agak fasih & lancar & berpewatakan agak alim dan disebabkan itu jugalah beliau dilantik oleh penduduk kampung sebagai Imam di kampung tersebut.

Tercabar jugalah kesabaran saya sebagai orang muda tetapi mengenangkan hari tu adalah petang hari raya pertama (E’dul Fitri), saya cuba jugak untuk tidak mengeluarkan Peluru Berpandu saya pada beliau, betul lah kata orang, kalau Ego seseorang itu telah mengatasi Ilmunya..mmg terjadi jgk...saya cuba terangkan secara baik & halus pada Imam tersebut mengenai cara2 & kaedah2 & hukum Fiqah dalam mengendalikan jenazah sebegini seperti yang saya ikuti di dalam Kursus2 & seminar pratikal yang saya hadiri serta sedikit pengalaman yang ada....sahabat2 tahu apa yang terjadi...beliau terus keluar dari rumah si mati sambil menyumpah & mengatakan yang saya cuba nak mengajar dia cara2 macammana nak urus jenazah...saya memang hormati jawatan beliau & pengaruh beliau di kampung itu. TETAPI saya x boleh nak terima & x bersetuju kalau seorang Pengurus Jenazah (Imam) yang tidak Amanah dalam menjalankan tugasnya iaitu MENGAIBKAN KEADAAN JENAZAH & bercerita pada orang sekelilingnya., beliau telah lari dari ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang Pengendali Jenazah. Dahlah jenazah tu boleh dikatakan hancur dari dari paras peha ke bawah & luka yang agak banyak juga di seluruh badannya & kita masih lagi nak aibkannya. Dosa yang dilakukan semasa hidupnya...biarlah Allah swt sahaja yang tentukannya TETAPI kita yang hidup ni, jalankanlah tanggung jawab kita dalam menunaikan fardhu kifayah...fikirkan lah keadaan keluarganya dalam menghadapi tohmahan masyarakat sekeliling. Kalau ianya terjadi pada keluarga kita??????? Memang saya sedih & menangis mengenangkan perangai & kelakuan Imam itu..x boleh nak terima pendapat & Ilmu dari orang yang lebih muda dari beliau.

Akhir sekali terpaksa lah saya menguruskan jenazah itu dengan dibantu oleh ayah & adik2 lelaki si mati (memandi & mengkafankannya), walau pun niat asal hanya datang untuk membantu, sepanjang masa saya hanya membaca selawat syifaa yang di ajar oleh ustaz Abu Bakar & x putus2 berdoa agar segala urusan saya dipermudahkan. Setelah selesai saya terpaksa bergegas pulang ke KB tanpa sempat menyembahyangkannya kerana ada urusan keluarga pada malam tersebut – biasalah raya..masa tu lah nak jumpa dgn saudara2 mara yang pulang ke kampung halaman, itu pun selepas ada saudara si mati yang sanggup untuk menjadi Imam solat jenazah & menguruskannya sampai ke kubur.

Islam ni Agama yang mementingkan hubungan persaudaraan sesama Islam baik dalam keadaan susah atau senang. Sikap yang ditunjukkan oleh Imam Tua itu amat dikesali kerana akan mengundang pelbagai fitnah oleh masyarakat sekeliling terhadap keluarga si mati…sebab itu pembelajaran Ilmu sgt penting…jgn hanya tahu setakat urus jenazah, pimpin tahlil, imam solat & nikahkan orang saja…banyak lagi yang kita kena pelajari….Ilmu Allah ni sangat luas & banyak utk dipelajari. Semoga Allah mengampunkan dosa2 simati.

Itulah secebis pengalaman saya untuk sama2 dikongsi dengan sahabat semua..semoga ada manafaat untuk kita semua.

Wallahu Ta’ala A’lam.

Wednesday, May 5, 2010

~ sesi tunggang langgang ~

biler rasa pening kepala...biler badan sudah penat...beginilah memek muka...ahahahaha...ni sjer bposing dgn en.suami after 3 hari mngerah tenaga di rumah pengantin..masa ni mmg dh dok tbayangkan tilam empuk di rumah jer..lgpon hati sudah memberontak merindukan bam bam gendut husna yg dh lama xdigomol oleh mama papa....adik buchukkkkk..mama papa rindu adikk...uhuhuhu



nk pasang pelamin bkn la main ssh...berjam2 lamanya...dh ssh..pnt lg...tp xpe..tu sume kan dugaan..lgpon dh mmg adt stp kje mne de yg sng...yg penting usaha n kerjasama..mujur la en.suami amt memahami n byk membantu lieza dlm mnyiapkan wedding job kali ini...wlupon kadg2 kami b2 gado2 manja gitew..maklomla biler bdn masing2 dh pnt..jap jer lahar gunung berapi tu leh meletus...

papa..mama minta maaf k andai papa terabai wat seketika n maafkan di atas stp kesalahan yg mama lakukan..mama tahu syurga di bawah tapak kaki suami...mama minta ampun ea papa...hensap2...=( i love u so much taw papa...(ayat bodek pujuk rayu...ehehehe..papa mesti cair kan...=))



ni la hasil kerja kami berdua selepas membuka semua pelamin yg nan indah itu..ea lieza tahu skg dh xindah lg...ehehehe...ooo ea sebelum tlupa lieza jg nk ucapkan trm ksh byk2 kepada driver lori lieza jg merangkap asst.lieza iaitu abg ding.abg ding adlh slh seorg team nazlieza yg paling rajin, berjaya n bersungguh2 dlm mbantu lieza mnyiapkan pelamin impian pasangan bahagia kita en.faizal & pn.nonoi...(sedang asyik berhoneymoon di kala ini...nk join leh...wakakaakka)



bju papa dh basah lencun dek hjn yg tetiba turun...



papa penat smpai skt pinggang...alololo..cian papa...



biler dh buka mcm ni...lori dtg kne masukkan dlm lori lg..mse ni lieza just tlg angkat mne brg yg ringan2 udah...maklomla lieza kn ceaser mse lahirkan husna dlu..ea tuan2 n puan2...husna lahir keluar ikut tingkap..bkn ikut pintu ea...hahahaha...

biler brg2 dh smpai umh..kne mngemas brg2 kt umh lg..kne cuci apa yg patut lg...spe kata kje wedding planner ni sng..meh tunjuk muka sket...wawawa...teremo pulak mama husna ea...apa2 pon...lieza mmg minat dgn kje2 ni..tu yg ttp gigih bkje wlupon pnt sgt..yg penting kepuasan pelanggan yg pling diutamakan...

alhamdulillah...syukur lieza n team ke hadrat Illahi...krn dgn limpah kurniaNya...wedding job pd kali ini amt2 la bjaya...alhamdulillah sekali lg...

p/s:TQVM pd semua yg terlibat terutama mu husband, my baby, mak & bapak, lily, abg ding, JMR, sedara mara, jiran tetangga n semua yg selalu mnyokong lieza...Love u all..=))

~ sebelum & selepas ~

haaa...ni semua nk share dgn uols...sebelum n selepas make up pengantin...make up ni bkn lieza yg wat taw...tp my kakak sedara yg handle...akk sedara lieza tuh mmg dh lama involve dlm bidang ni..ader la dlm 10 thn..kire automatik dh terlantik jd my sifu la...hehehehe

so sje nk kongsi2 tips kecantikan dgn uols...if pengantin mngalami kulit kering..pastikan sebelum kita make up tu kulit muka harus diusap dgn ketulan ais...ini bg melembabkan n mencantikkan lg struktur kulit ketika dimekap nti...

muka nonoi lngsung xde masalah utk di make up...sgt sng n nonoi pon suka make up yg simple2...uols tahu..punyer la simple smpaikan subang pon dye berontak xmahu pkai.,..adoyai..layankan sjer la...



sebelum make up....



selepas make up...

see...nmpak kn perubahan dr cntik mnjadi semakin cantik...ehehehe..ni bkn bodek2 ea nonoi..tp mmg hakikat...stp wanita jika dioles hatta dgn sedikit make up pon pasti akn berubah mnjadi lebih menawan dr kebiasaan...

jd haruslah kita rajin2 kan dri utk berdandan demi suami...ehhhh...tetiba...eheheheh =p