Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 11, 2009

~sepetang bersama kuih keria~

petang2 cmni bestnyer klu dpt pekena kuih keria dgn air horlicks kan...nyummy2...harus gigih cari kuih keria hbz work nti...hehehehe...



rajin nk buat kuih keria sndri...jom!!! cube resepi ini...=)


Bahan-Bahan:
-600 gm keledek
-150 gm tepung gandum-3/4 cawan gula putih
-Minyak
-Garam


Cara Memasak:
Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Ketepikan. Keledek tadi dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat. Kemudian gaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Ambil 1 camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng hingga kekuningan.Setelah semua selesai, ketepikan. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering. Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.

1 comment:

ceritacherita said...

oh sedapnya kuih keria, kalau time bulan puasa hari2 mesti nak kena ada kuih keria. Time2 tak puasa ni susah pulak nak cari. nak buat sendiri oh malas. hehehehe