Inilah rutin hidup seorang guru biasa, walaupun nampak senang tetapi rasanya lieza sendiri pun akan angkat tangan untuk menerima sebeban malah berbeban-beban kerja yang bertimbun. Lieza yang sememangnya tidak berminat untuk menjadi guru memang akan mengaku kalah dengan situasi yang kita tidak minati. Tetapi Lieza anat menyanjungi jasa & pengorbanan seorang guru dalam mendidik ana-anak bangsa kita. Semoga semua guru di Malaysia khasnya akan terus bersabar & berdedikasi dalam mendidik anak-anak kita.
Rutin hidup seorang guru biasa...
1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.
p / s : SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..
Sunday, October 31, 2010
Saturday, October 30, 2010
Jangan Remehkan Perkataan "Jangan"
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.." (Surah Al-Ahzab:71)
Perkataan jangan kadang-kadang selalu menjadi magnet untuk kita selalu untuk meanggarnya. Ketahuilah setiap perkataan jangan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi mengapa ia dilarang. Semoga kita akan menjauhi semua larangan ini supaya Allah sentiasa ada membantu bersama kita di kala susah & senang.
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
p / s : ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Friday, October 29, 2010
Perkara - Perkara Yang Perlu Dijadikan Amalan
Kali ini lieza nak berkongsi ilmu mengenai perkara - perkara yang perlu kita jadikan amalan dalam menjalani hidup seharian. Ini semua untuk kebaikan kita bersama...
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
p / s : jika kita amalkan selalu insya Allah kita pasti akan beroleh keberkatan Nya

Thursday, October 28, 2010
Cutest Baby Contest Bersama Sinar Raudah
Salam semua...
Buat julung-julung kalinya Sinar Raudah menganjurkan contest....' CUTEST BABY CONTEST ' khas buat ibu2 di luar sane....Jommmm!! ramai2 turut serta...
Syarat-syarat penyertaan :
1 - Terbuka kepada semua blogger tapi yang berada di malaysia saje ye..kalau berada di luar sane maaf banyak2..x dapek den nak nolongnya huhuhu...
2 - Buat satu entry bertajuk " CUTEST BABY CONTEST " bersama Sinar Raudah... tajuk lain tidak di terima, harap maklum!
3 - Letakkan banner di atas pada entry korang..wajib tau! di ulang sekali lagi wajib ye!!
4 - Add blog Sinar Raudah di dalam bloglist korang dan wajib menjadi follower Sinar Raudah....
5 - Upload sekeping gambar si manja , kalau dapat yang candid lagi bagus dan gambar tidak boleh di edit dan bukan gambar studio.
6 - Sekiranya yang tiada anak dan ingin turut serta pun boleh, upload la gambar anak sedara ke, anak rakan sepejabat ke, anak jiran ke, janji haruslah minta kebenaran..
7 - Boleh hantar banyak kali untuk seorang blogger tapi make sure bukan gambar si manja yang same dan sekeping gambar untuk satu entry..
8 - Si manja hendaklah berusia 1 hari - 3 tahun
9 - Di bawah gambar tersebut hendaklah sertakan NAMA SI MANJA , UMUR
SI MANJA dan NAMA IBU SI MANJA..kalau mengunakan gambar anak sedara, anak jiran , anak rakan sepejabat just letakan saje name korang n buat dalam kurungan anak sape..
10 - Pada entry tersebut jangan lupa mention sekali blog Sinar Raudah beserta link back sekali k hehehe...Bile dah comfirm complete semua syarat di atas , sila tinggalkan link korang di ruangan komen entry nie..chat box tidak di layan ye..harap maklum.
Senangkan syarat2nya..ala macam biasa gak yang korang join contest tue...2 orang pemenang akan di pilih.. seorang dari kategori ' BOBOY ' dan seorang dari kategori ' GUGURL ' ... Hadiah adalah berupa barangan si manja jenama ' BABY KIKO ' setiap seorang...
Sinar Raudah akan lantik 2 orang juri profesional dari BABY KIKO shop untuk mengadili contest ini..
Tarih tutup penyertaan pada 31 october 2010..tepat pada pukul 11.59 pm...lewat seminit tidak di kira dan pemenang akan di umumkan seminggu selepas tarikh tutup...
Dan mama husna mempertaruhkan gambar ini sebagai taruhan...jeng...jeng...jeng...
NAMA : SAIDATUL HUSNA BINTI NAZAR RUL ARIFFIN
UMUR : 1 TAHUN 4 BULAN
NAMA IBU : NOR HALIZA BINTI SAPARI @ KASEH NAZLIEZA
p / s : menang or tak mama tak kisah yang penting husna selalu yang terbaik di hati mama papa...lebiu yayang...
Perkara-Perkara Yang Membuatkan Kita Hilang Ingatan & Tumpul Minda
Di sini lieza nak berkongsi dengan uols semua mengenai perkara-perkara yang membuatkan kita hilang ingatan & tumpul minda. Mana yang baik kita amalkan & mana yang tidak elok itu amat bagus kalau kita elakkan...
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
p / s : mula-mula nak berubah kepada kebaikan memang agak payah sedikit tetapi sikit-sikit beramal, lama-lama jadi bukit =)

Kanopi Cantik & Murah Untuk Disewa
Inginkan perkhidmatan kanopi yang cantik & murah...bolehlah hubungi lieza untuk pertanyaan & tempahan ea...
Untuk masa sekarang ni uols bolehlah cuci-cuci mata dulu...mana tahu nanti ada yang berkenan..ehehehehe...
wedding tema pink & putih...cuwitttnyer...
Event di tepi kolam....mesti ada yang mengidam ni kan...ehehehe...
Private event di tepi kolam...sesudah event boleh terus terjun ke kolam...
Event badan koporat...
Set maintable meja makan pengantin...
Wedding tema in pink + white + black...nice juga kan...
Kanopi curtain...
Scallop kanopi digantikan dengan curtain...
Cantik...macam curtain kat rumah kan...
Setting meja & kerusi di dewan...
View wedding di dalam dewan...
Deco full setting...
Private event...
Ada gaya-gaya party mat saleh tak...? ehehehehe...
Deco bunga di bawah kanopi...
Kanopi transparent...
Wedding English style....
Kanopi transparent yang sangat cantik digunakan di waktu malam dengan dilengkapi keindahan cahaya fairy light & cahaya bulan purnama...=))
p / s : masa wedding lieza lom tahu pon lagi ader transparent kanopi cenggini..kalau tidak harus galmour kan...ahahahaha

Wednesday, October 27, 2010
Bunga Cinta Lestari Masih Cantik Walaupun Selepas Bersalin
Tuesday, October 26, 2010
Husna Menghadiri Birthday Party Di Rumah Jiran
Lihatlah zaman dah berubah...Husna yang sekecil 1 tahun 4 bulan pon dah terima birthday invitation taw uols..Tapi dek kerana Husna yang masih di bawah umur, jadi mahu tak mahu ( sebenarnya mahu =)) mama la yang kena menemani husna ke majlis hari jadi tersebut...
Inilah kelebihan Husna yang mempunyai mama yang pasti menjadi sukarelawan untuk memotong kek-kek hari jadi seluruh umat di kampung Lieza. Senang cerita kalau ada birthday party mesti ada muka Lieza selaku pemotong kek..ehehehe...
Sila abaikan baju & muka Lieza yang tak semenggah ini ok uols...Almaklomla birthday party di sebelah rumah harus kemalasan untuk bergaya sakan...=p ALASAN!
" Selamat Hari Jadi..."...." Allah Selamatkan Kamu...."..." Happy Birthday To You..."
Haaaa...amik ko, samapai 3 lagu semua nyanyi serentak...bukan lagu jer tiga...kek pon ada tiga taw uols...
Husna with her makcu...Husna bawa hadiah yang comel...=)) Mama la yang hias...siapa lg...ngeh
Husna with 2 pupu...Abg kahar yang suka menyakat Husna but dia juga sayang Husna lebih...Pantang nampak Husna mesti dia dukung punya...
Yeayyyy!!!! Seperti kebiasaan....I like beloooooon!!!!
p / s : Menggigit & mencakar-cakar belon adalah aksi kegemaran Husna...yeehaaaaa!!!

Rumahtangga Raja Azura Tidak Dapat Diselamatkan Lagi
Rumah tangga Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Raja Azura telah sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman pada 28 September lalu. Kedua-duanya telah cuba menjalani kaunseling tetapi tetap gagal untuk menyelamatkan dan mempertahankan rumah tangga mereka.
Amat kagum dengan ketabahan Kak Engku yang tetap bertugas seperti biasa di konti Sinar Pagi walaupun baru bercerai. Sungguh cekal hati wanita ini dan semoga di masa hadapan juga terus tabah dengan dugaan dan cabaran ini.
Raja Azura dan suami ada 3 cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. Walaupun telah bercerai, diharapkan agar kasih sayang mereka berdua terhadap anak-anak tetap tidak akan berbelah bahagi. Jangan biarkan anak-anak yang menjadi mangsa.
Takziah diucapkan kepada Raja Azura atas penceraian ini.
p / s : semoga Kak Engku tabah menghadapi dugaan ini, pasti tersembunyi hikmah yang besar buat kak Engku
Monday, October 25, 2010
Saya Rindu Mama & Papa Saya...
Majlis Perkahwinan Datuk Sani & Fatimah Dalilah
Datuk Sani & Fatimah Dalilah juga memeriahkan tarikh cantik dengan memilihnya sebagai majlis pernikahan. Majlis pernikahan Datuk Sani dan Fatimah Dalilah telah diadakan di Masjid Kristal, Terengganu dengan wang hantaran sebanyak RM100,000.
Pengantin perempuan turut menerima sebuah kereta mewah (macam dalam gambar) yang berharga lebih kurang RM400,000. Memang bertuah badan si pengantin perempuan dapat suami yang berkemampuan.
p / s : Bila la dapat merasa kereta macam ni..eheheheeh..
Sunday, October 24, 2010
Majlis Perkahwinan Aqasha & Noor Baizura
Nampaknya tarikh cantik 10.10.2010 bukan sahaja menjadi pilihan buat Sheikh Muszaphar dan Dr Halina serta Bienda & suami tetapi juga untuk Aqasha dan Noor Baizura.
Mereka berdua nampak sama cantik dan sama padan dalam baju pengantin berwarna kuning. Jarang orang memilih warna kuning sebagai warna pilihan untuk majlis pernikahan tetapi apabila dilakukan oleh Aqasha ternyata nampak terlalu cantik & lain dari yang lain. Betul-betul raja sehari...
Wang hantaran adalah sebanyak RM20,000. Majlis pernikahan dan persandingan telah dilakukan di Lake Fields dengan tema dalam taman (garden wedding). Mungkin perkahwinan Aqasha dan Noor Baizura tak segah perkahwinan angkasawan negara kita tapi ia tetap meriah dan bermakna buat tuan punya badan dan keluarga.
p / s : tak sabar nak menjayakan wedding bulan 12 ni yang memilih kuning, hitam & putih sebagai warna tema..
Saturday, October 23, 2010
Majlis Perkahwinan Datuk Sheikh Muszaphar & Datin Dr.Halina
Walaupun dah agak terlewat untuk lieza share gambar-gambar yang menarik lagi tertarik ini...Tapi lieza tetap nak berkongsi dengan uols juga. Sangat kagum dengan percintaan mereka yang kekal abadi...Semoga rumahtangga mereka berdua juga akan kekal bahagia hingga ke syurga...AMIN
Selamat pengantin baru buat Datuk Sheikh Muszaphar & Datin Dr.Halina....Cepat-cepatlah menimang anak ea...ehehehehe...
Selamat pengantin baru buat Datuk Sheikh Muszaphar & Datin Dr.Halina....Cepat-cepatlah menimang anak ea...ehehehehe...
Friday, October 22, 2010
Kes Bayi Meninggal Di Rumah Pengasuh Semakin Meningkat
KISAH BENAR
“Anak saya membuka mata dan tersenyum apabila saya mengejutkannya dari tidur, malah kelihatan sihat ketika saya menghantarnya ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja,” kata Nor Zulaihan Mustapa, 25, ibu kepada Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz, lima bulan yang meninggal dunia dipercayai terjatuh ketika dijaga pengasuh di pangsapuri Presint 14 di sini, Selasa lalu.
MAUT...Nor Zulaihan menunjukkan gambar anaknya yang meninggal dunia dipercayai terjatuh di rumah pengasuh. Anak sulung pasangan, Nor Zulaihan dan Faizal Hafiz Abdullah, 24, yang masing-masing bekerja dijaga pengasuh sejak lebih tiga bulan lalu.
Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri. Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu. Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit.
“Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej.
“Bagaimanapun, saya menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan anak saya dan dimaklumkan pengasuh anak saya baik dan aktif serta suka meniarap,” katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat Hospital Putrajaya di sini, semalam. Sambil menitiskan air mata, Nor Zulaihan berkata, dia reda dan menerima pemergian anak sulungnya itu.
Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah. Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka.
“Ketika suami mengambil anak, Firdaus sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital.
“Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik... selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi dia masih tidak sedarkan diri,” katanya. Nor Zulaihan berkata, arwah kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut.
Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit. “Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya. Katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah. “Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah. “Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.
p / s : berhati-hatilah dalam memilih pengasuh demi kebaikan anak2 yang kita sayangi.

Thursday, October 21, 2010
Pesanan Buat Suami Tersayang =))
Papa oh papa...Papa sayangkan mama kan...Papa tak boleh hidup tanpa mama kan...=)) jadi papa mesti baca pesanan hangat di bawah ini taw...Sekadar peringatan kita bersama...ngeh3 (>.<)
Suami-suami dan bakal suami kawan-kawan lieza kat luar sana pun mesti baca dan ambil manfaat dari pesanan ini taw...
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Papa oh papa...mujur papa tak duduk melepak macam maharaja kan...papa cuma duduk macam bos besar jer...ehehehehe...
Itu bukan menjadi masalah besar bagi mama, bila tengok papa dah mula duduk bos2 yang untung besar...mama hanya perlu memanggil papa dengan penuh manja dan rayuan-rayuan yang penuh dengan kasih sayang...confirm papa datang terus membantu mama di dapur punya kan...ehehehehe...uols pon ken amalkan rayuan penuh kasih sayang lieza ni taw...100% berkesan!!! Mana la ada suami yang tergamak membiarkan isterinya terkontang kanting menguruskan rumahtangga sendiri...
Papa oh papa...semoga masjid yang kita bina ini akan kekal bahagia hingga ke syurga...amin
p / s : I love u so strong papa =))
Anak Lelaki Ahmad Idham
Tahniah diucapkan kepada pengarah Ahmad Idham yang mendapat seorang anak lelaki. Nama anak Ahmad Idham ialah Ahmad Khalil.
Kelahiran semuanya berlaku secara normal dan berat baby comel ini semasa lahir ialah 3.5kg. Hmmm...agak besar jugak kan uols...Bertambah lagi umat manusia di muka bumi ini...ngehhhh =)
p / s : lately lieza selalu tak sehat pening2 kepala...adakah????
Wednesday, October 20, 2010
Saya Suka Belooooon
Sunday, October 17, 2010
Pelamin Cantik & Murah
Nazlieza Canopy, Catering & wedding Planner mempunyai koleksi pelamin yang terbaru yang murah lagi cantik...boleh dihias seperti gambar-gambar di bawah...
Jika berminat dengan service dari team Nazlieza boleh contact lieza k...tq...
BY ZAIFIE ZAINAL CREATION
BY ZAIFIE ZAINAL CREATION
BY ZAIFIE ZAINAL CREATION
BY ZAIFIE ZAINAL CREATION
BY ZAIFIE ZAINAL CREATION
BY ZAIFIE ZAINAL CREATION
BY ZAIFIE ZAINAL CREATION
BY ZAIFIE ZAINAL CREATION
p/s : jangan lepaskan peluang untuk memiliki pelamin idaman anda dengan harga yang termurah =))

Subscribe to:
Posts (Atom)