Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, October 30, 2010

Jangan Remehkan Perkataan "Jangan"

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.." (Surah Al-Ahzab:71)

Perkataan jangan kadang-kadang selalu menjadi magnet untuk kita selalu untuk meanggarnya. Ketahuilah setiap perkataan jangan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi mengapa ia dilarang. Semoga kita akan menjauhi semua larangan ini supaya Allah sentiasa ada membantu bersama kita di kala susah & senang.

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

p / s : ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

12 comments:

JMR said...

follow the flow..mesti ada sebab knapa Islam melarang...:-)

ftrhd said...

oh now baru sedar hikmah di sebalik semua larangan tu.. thanks for sharing... :)

Ena said...

gd sharing.. ;D

Mama Farris said...

salam..

betul.3X

stuju..

darkbatman said...

jgn mls2..hee

ashra said...

thanks sharing the info..sgt memberi peringatan.. =)

Kaseh NazLieza said...

to bro jmr:
betol..bila kita hdup dlm peraturan pasti hdup lebih baik & teratur...

Kaseh NazLieza said...

to fitrihadi:
alhmdulillah..yg baik harus kita kongsi bersama..

Kaseh NazLieza said...

to kak ena:
yg baik wajib kita kongsikan bersama...=))

Kaseh NazLieza said...

to mama farra & faris:
wah..akk dh jd mcm pom2 gurl lak..kalah farra...hehehe

Kaseh NazLieza said...

to darkbatman:
harussss...JANGAN malas2...eheheheh

Kaseh NazLieza said...

to ashra:
sambil mengingati diri sendiri...