Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 26, 2010

Rumahtangga Raja Azura Tidak Dapat Diselamatkan Lagi



Rumah tangga Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Raja Azura telah sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman pada 28 September lalu. Kedua-duanya telah cuba menjalani kaunseling tetapi tetap gagal untuk menyelamatkan dan mempertahankan rumah tangga mereka.

Amat kagum dengan ketabahan Kak Engku yang tetap bertugas seperti biasa di konti Sinar Pagi walaupun baru bercerai. Sungguh cekal hati wanita ini dan semoga di masa hadapan juga terus tabah dengan dugaan dan cabaran ini.

Raja Azura dan suami ada 3 cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. Walaupun telah bercerai, diharapkan agar kasih sayang mereka berdua terhadap anak-anak tetap tidak akan berbelah bahagi. Jangan biarkan anak-anak yang menjadi mangsa.

Takziah diucapkan kepada Raja Azura atas penceraian ini.

p / s : semoga Kak Engku tabah menghadapi dugaan ini, pasti tersembunyi hikmah yang besar buat kak Engku

No comments: