Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, April 26, 2010

~ kelebihan buah kiwi ~



first time lieza rse buah kiwi ni mmg la msm yg amat..smpai rse tbantut nk teruskan pemakanan...tp bila dh tahu rahsia di sebalik khasiat buah kiwi ni...confirm lps ni lieza sure akn mkn buah ni smpai habis..org kata yg baik elok kita kongsi kan..meh lieza kongsi sesuatu yg bakal mengubah persepsi anda terhadap buah hijau ini..

Buah kiwi baik dimakan untuk menjaga kesihatan gusi dan gigi. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah kiwi membantu mengurangkan karang gigi. Amalan memakannya pada setiap hari boleh mengatasi masalah gusi berdarah serta menguatkan gigi.

Buah kiwi amat lazat dimakan ketika segar atau dibuat jus dan diminum pada waktu pagi untuk meningkatkan kawalan dos asid absorbic. Ia boleh dibuat salad buah-buahan bersama-sama anggur, oren dan epal sesuai untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

ni paling best...ia tidak mengandungi.. lemak atau natrium. Kandungan kalorinya lebih rendah daripada yang terdapat pada buah tangerin, sejenis buah limau dan membekalkan vitamin C sebanyak 120 peratus daripada keperluan harian.

Buah kiwi yang berbulu halus di bahagian kulit, berisi lembut berwarna hijau muda dan berbiji hitam juga membekalkan serat empat kali lebih tinggi daripada yang terdapat pada limau gedang (grapefruit) dan berkesan untuk mengawal selera makan serta melancarkan proses pembuangan air besar dan kecil.

Bagi mereka yang mengalami masalah kardiovaskular atau jantung, buah kiwi merupakan pencuci mulut paling sesuai untuk diamalkan sewaktu sarapan atau selepas makan tengah hari atau malam.

Secawan buah kiwi juga boleh membekalkan magnesium, kalium dan serat secukupnya untuk menurunkan paras kolesterol, memulihkan tekanan darah serta menguatkan saluran darah. Kandungan magnesium dalam buah kiwi juga penting untuk pembinaan dan pertumbuhan tubuh badan.

Ini merupakan tips kesihatan yang sangat baik untuk diamalkan. Diharapkan uols sentiasa mengamalkan cara pemakanan yang baik iaitu dengan memakan banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Jika susah sangat nak cari buah kiwi, makan ajelah buah-buahan tempatan yang tak kurang khasiat dan rasanya. Yang penting buah-buahan yang hendak dimakan mestilah dibasuh sebersih-bersihnya sebab kebanyakan
buah-buahan yang berada dipasaran sekarang sudah disemburkan dengan bahan kimia (racun serangga perosak).

so...enjoy ur fruits....=)

4 comments:

annfrendly said...

suke makan buah kiwi...
sedap.. banyak khasiatnya rupanya..
tak pernah taw... taw makan aje.. hehehhee...

buah kiwi yang dah dikeringkan pun sedap kan... nyum2...

Kaseh NazLieza said...

wahh..bgusla anne suka mkn buah kiwi..mmg byk khasiatnyer kan..mcm akk suka mnum air kiwi...nyummy..=)

smiley said...

peergh kak....skg dah rajin akk buat kek plak ek...rajin akk nih...bestnye kalo dpt jd jiran akk...hehe....blh ngendeng sikit kalo akk masak :P

sorry kak sofia lama tak kunjung sini...sofia bz giler kak...nih baru ade mase...hehe

regards,
Triplesmiley

Kaseh NazLieza said...

hahaha..akk kan fulltime housewife skg...haruslah rajin2 selalu..ehehe