Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, October 1, 2014

MAKANAN YANG TIDAK SESUAI SEPANJANG PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum...Hari ni liza nk share tips mengenai penyusuan bayi pulak..Sebab lately ni kan liza sedang gigih menyusukan baby Jannah yang baru berumur 56 hari tu. Jadi liza selalu la google2 membaca ilmu2 mengenai penyusuan. Semoga perkongsian liza ini memberi manfaat buat semua ea.

Sebelum tu...jom layan gambar my bam bam baby dulu. Saidatul Jannah in the house !!!



1. Makanan Laut Yang Tinggi Merkuri

Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.

2. Buah-Buahan Sitrus

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.

3. Alahan Makanan

Berjaga-jaga dengan tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).

4. Alkohol 

Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan mengalami penyejatan.

5. Kafein

Untuk penggemar kafein, kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.

Monday, September 29, 2014

RESEPI BERGEDEL KENTANG

Assalamualaikum & salam sihat buat semua rakan2..

Apa khabar pagi ini? Semoga sentiasa sihat dan cantik (",)

Seperti yang dijanjikan kali ni liza nk berkongsi resepi bergedel kentang. Bergedel ni sgt mempunyai nilai sentimental pada liza. Sebab dulu my parents menjalankan perniagaan menjual bergedel. Kira liza membesar dan bersekolah hasil dari perniagaan bergedel. Tapi sejak my parent berpindah ke rumah baru yang lebih selesa ini, perniagaan menjual bergedel tidak beroperasi lagi. Kini semua itu tinggal kenangan.

Walaupon liza adalah bekas anak tokey bergedel, tapi liza xpernah memasak bergedel sendiri. Kalau makan pon hasil air tangan my parents. Jadi bersempena memasak mihun sup tempoh hari, liza pon cuba2 la untuk membuat bergedel utk pertama kali. Alhamdulillah cubaan pertama mmg mjadi n sedap uols..Tp confirm mmg xdpt mngatasi kelazatan bergedel my parents. Walaupon bahan2 semua sama ttp xdpt menandingi kelazatan bergedel mereka.

Paling best kali ni walaupon liza mencuba buat bergedel buat pertama kalinya. Tetapi liza xperlukan mr.google utk mdptkn resepi. Semuanya masih segar dlm ingatan tatkala saban hari melihat my parents membuatnya satu ketika dahulu.

Ok cukup2 cerita mengimbau kenangan. Now liza nak share resepi bergedel kentang family liza k.

BERGEDEL KENTANG



Bahan - bahan :

- 6 biji kentang saiz sederhana (digoreng & ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 1/4 biji buah pala (ditumbuk halus)
- 1/2 sudu makan lada putih (ditumbuk halus)
- ayam / daging (direbus kemudian dipotong dadu)
- sedikit bawang goreng
- sedikit daun sup (dipotong halus)
- sedikit daun bawang (dipotong halus)
- 1 biji telur
- 1/2 sudu makan tepung ubi
- sedikit minyak
- garam & gula (secukup rasa)

Cara memasak :
- goreng kentang dan kemudian ditumbuk.
- bawang putih, buah pala & lada putih ditumbuk halus.
- rebus dan potong dadu ayam / daging
- kemudian campurkan kentang, bawang putih, buah pala, lada putih, ayam / daging, bawang goreng, daun sup & daun bawang. gaul hingga sebati.
- selepas itu adunan tersebut boleh diperasakan dengan garam dan gula. kemudian bentukkan mengikut saiz kegemaran masing-masing.
- apabila siap membentukkan semua adunan tadi, celup bergedel ke dalam campuran telur & tepung ubi.
- celup satu persatu dan goreng ke dalam minyak yang panas.
- goreng seketika sehingga balutan telur di luar masak dan garing.
- sedia untuk dimakan.

Bergedel ini sedap dimakan begitu sahaja. Atau boleh juga di makan dengan cicahan sos atau dimakan bersama sup dan soto.

Selamat mencuba (",)

Friday, September 26, 2014

PETUA MAKANAN SEMASA BERPANTANG

Asslamualaikum & Salam Bahagia sayang-sayang semua..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Petua Makanan Semasa Berpantang

a. Ada sesetengah makanan yang tidak boleh diamalkan oleh ibu semasa dalam pantang. Adalah dinasihatkan supaya mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu, ayam dan telur.

b. Telur mentah atau kurang masak seperti telur separuh masak mesti dielakkan kerana ia mungkin mengandungi bakteria salmonela. Daging pula perlu dipastikan betul-betul masak dan tiada bahagian yang berwarna merah jambu atau merah. Pastikan airnya jernih, terutama apabila dipanggang atau menjadi sebahagian daripada makanan yang sedia dihidangkan manakala ketika berada di restoran, pesan supaya daging dimasak sepenuhnya dan elakkan ikan dan daging mentah seperti sushi dan ‘yee sang’.

c. Anda digalakkan memakan ikan segar seperti ikan haruan untuk menyembuhkan bahagian dalaman badan. Sesetengah ikan seperti ikan kembung dan lain-lain makanan laut seperti kerang atau udang mesti dielakkan kerana ia boleh menyebabkan alahan dan kegatalan.

d. Jika anda merawat diri tetapi tidak berpantang semasa makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah memakan makanan yang kering untuk mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok untuk dimakan. Menurut pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.

e. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.Tetapi sejauh mana kebenaran hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Namun perkara yang jelas ialah mengamalkan pantang semasa makan selepas bersalin akan membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

f. Banyak juga hidangan yang boleh dijadikan menu untuk ibu-ibu bersalin. Antaranya dengan cara pemasakan yang berbeza, misalnya dipanggang, direbus atau dikukus.

g. Semasa tempoh berpantang, ibu-ibu digalakkan meminum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual ubatan tradisional. Dengan mengamalkan air akar kayu dan jamu dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

Cara minum air akar kayu dan jamu ialah tekan ibu jari kaki kanan dengan ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk mengampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat sebanyak 3 kali, tarik nafas dan kempiskan perut agar perut tidak buncit. Minum secara senafas agar tidak terasa mua.


Salam sayang & selamat beramal (",)

Thursday, September 25, 2014

RESEPI MIHUN SUP

Assalamualaikum & salam sejahtera sayang-sayang semua...

Liza doakan semoga semua rakan2 liza di alam maya ini sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan. Jadi bila hati dah bahagia..jomla kita masuk ke dapur memasak untuk suami dan ank-anak tersayang.

Jadi pada kali ni liza nak berkongsi resepi yang menyihatkan lagi. Mihun sup...bukan sahaja makanan yang sihat malah amat sedap jika dimakan bersama keluarga tersayang.

Jom check apa yang ada di dalam resepi liza yang simple ini.





RESEPI MIHUN SUP

Bahan - bahan :

- 5 ulas bawang kecil
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas halia
- 1/2 sudu makan lada sulah (sudah dikisar)
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil (saya guna dada ayam sbb kurang lemak)
- sayur pelbagai pilihan samada sawi, tauge & lobak merah (dicelur seketika)
- sedikit daun sup
- sedikit bawang goreng
- sebungkus mihun (rebus seketika)
- air secukupnya
- sedikit minyak (utk menumis)
- garam & gula (secukup rasa)

Cara memasak :
1. kisar bawang putih, bawang merah dan halia sehingga halus.
2. kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.
3. masukkan ayam yang telah dipotong kecil.
4. setelah itu masukkan air utk merebus ayam dan dijadikan sebagai kuah.
5. selepas air mendidih dan ayam telah pun masak, masukkan lada sulah, daun sup & bawang goreng.
6. hidangkan mihun dan sayur di dalam mangkuk dan tuang kuah beserta ayam.
7. sedia untuk dimakan.

Mihun sup ni amat sedap jika dimakan bersama bergedel dan sambal kicap...haaa untuk resepi bergedel dan sambal kicap sila tunggu di next entry ea...stay tune..hehe..

Tuesday, September 23, 2014

PANTANG LARANG SEMASA DALAM PANTANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua..
Alhamdulillah hari ni genap 46 hari liza berpantang. Jadi suka liza nk berkongsi pengalaman liza semasa berpantang. Kali ni liza kongsi pantang larang semasa berpantang ea.


Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah

 
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.


Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.


Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.


Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.


Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.


Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.


Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.


Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.


Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.


Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.


Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.


Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.


Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.


Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.


Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. 


Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.


Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.


Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.


Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.


Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.


Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.


Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.


Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.


Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.


Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
Selamat berpantang buat ibu-ibu sedunia...

Thursday, September 18, 2014

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Assalamualaikum & Salam Sihat !!!

Apa kabar kawan2 semua. Liza doakan semoga semuanya baik2 sjer. Hari ni uols masak apa?? Haaa..mesti resepi yang sedap2 kan. Sedap2 jugak..tp yg penting mknn yg kita mkn tu haruslah seimbang & kurang berlemak ea. Maklomla zaman skg ni mudah sgt kita dgr muda2 dh ada penyakit yg merbahaya seperti kencing manis & sakit jantung. tu sume disebabkan apa..tentulah berpunca dari pemakanan.

So hari ni liza happy sgt nk share resepi yang sedap lagi menyihatkan. Nama menu je ayam goreng kunyit...tp liza mmg gunakan less minyak. Inilah nikmat makan di rumah. Segala jenis ramuan kita boleh kawal. Kebersihan pon dh tentu2 kita jaga kan. 

Ok jom layan resepi liza yang cukup mudah (",)


 



RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan - bahan :
- semangkuk dada ayam (dipotong dadu)
- sedikit minyak masak (utk menumis & menggoreng ayam )
- 1 biji bawang holand (bawang biasa pon boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji cili hijau
- 1 biji cili merah
- 5 biji cili padi (jika nk pedas)
- lobak merah
- kacang panjang
- bunga kubis
- tomato
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kecil lada putih (dikisar)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (liza letak sedikit shj sbb suami xberapa suka kunyit)
- garam & gula (secukup rasa)
- sedikit air (utk melayukan sayur)

Cara - cara :
- potong, cuci & perap ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian dengan menggunakan sedikit minyak goreng ayam setengah masak.
- apabila ayam masak, masukkan bawang putih yang dicincang halus & bawang holand yang sudah dipotong mayang.
- apabila bawang sudah naik bau, masukkan sos tiram & sedikit air.
- masukkan lobak merah, kacang panjang & kubis bunga dan tunggu sehingga sayur setengah masak. (utk kekalkan khasiat sayur)
- kemudian masukkan tomato, cili beserta lada putih. masak untuk seketika dan kemudian sudah boleh dihidang dan dimakan.

Taraaaa..dah siap..mmg sgt mudah kan resepi ni. Paling best sebab ia sgt sedap dimakan dgn nasi putih panas2 beserta kicap. hihi..

Selamat Mencuba Sayang2 Semua (",)

Tuesday, September 16, 2014

PETUA MENGHILANGKAN PIJAR TANGAN AKIBAT CILI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Uols...

Apa plan uols hari ni...Masak dan makan di rumah atau makan di luar? Tak kisah la yang mana pon...kalau dapat makan bersama family tersayang pon dah cukup bahagia rasanya kan.

Bagi mommy2 yang berpeluh2 memasak di dapur tu jgn la sedih2...In Shaa Allah jika anda happy dan berniat ikhlas memasak untuk keluarga tersayang. Ganjaran pahala yang melimpah ruah pasti milik anda. So jangan ngeluh2 penat k sayang2 semua. Ngadu2 manja dengan suami xpe.

So kali ni liza nak share petua orang dulu2. Liza adalah salah seorang mommy yang selalu mengalami situasi ini. Tangan memang akan mudah pijar apabila liza memegang ataupon memotong cili. Jadi liza pasti mommy2 kat luar sana pon mesti ada yang mengalami nasib seperti liza kan. Sekarang tak perlu risau lagi. Bila tangan mommy2 pijar..bolehla mencuba salah satu petua di bawah ini ea.

Pijar cili yang panas menyengat !!! Mungkin ada yang tak faham perkataan pijar itu apa.  Pijar itu adalah rasa panas bila kita memegang cili samada sewaktu kita memotong atau pun membasuh cili kering ataupun cili hidup.
  






Amalan yang selalu liza buat adalah  menyapu minyak masak ke tangan yang pijar. Sambil - sambil tu selawat dan niat agar dihilangkan rasa pijar tersebut.

 

Ada juga tips lain yang pernah liza baca, antaranya:
1. Apabila kita terasa pijar tangan,  genggamkan gula sambil menggosok di bahagian tangan yang panas itu.

 

2. Ada juga yang menyarankan meramas-ramas beras untuk menghilangkan rasa pijar.

 

3. Boleh juga menggosok dengan garam halus, caranya sama seperti dengan gula ataupun tangan boleh direndam ke dalam air garam.

 

Bolehla mommy2 semua mencuba salah satu mengikut kesesuaian. Tiada jaminan berhasil kerana yang menyembuhkan setiap perkara hanyalah Allah SWT, kita hanya berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

Selamat Berikhtiar (",)

Monday, September 15, 2014

RESEPI AYAM MASAK KICAP

Assalamualaikum & Salam Kasih Sayang...

Hari ini liza nak berkongsi resepi menu kegemaran my kanda. hehe..Sebenarnya ayam masak kicap adalah salah satu lauk kegemaran suami liza. Seminggu masak 3 kali dok ngulang pon no problem katanya.

Resepi ni sangat mudah. Sesuai untuk rakan2 yang multitasking macam liza. Maksudnya tengah masak ayam msk kicap ni pon liza boleh sambil2 susukan baby lagi uols..Siap baby Jannah boleh burrppp 3 kali kenyang. hahaha...x percaya? haaaa cuba lah sendiri (",)




RESEPI AYAM MASAK KICAP

Bahan - bahan :
- 1 ekor ayam
- 4 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- segenggam cili kering (direbus dahulu)
- seulas halia (sebesar ibu jari)
- seulas lengkuas (sebesar ibu jari)
- 2 batang serai
- 1/2 sudu belacan
- 1/2 cawan kicap
- bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih (3pcs setiap jenis)
- 3 biji kentang
- 1/2 cawan air
- garam & gula secukup rasa

Cara - cara :
- Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, halia, lengkuas, serai & belacan.
- Masak bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih.
- Masukkan 1/2 cawan air, 1/2 cawan kicap, ayam dan kentang, dengan api sederhana biarkan empuk dalam masa 20minit.
- Kemudian masukkan sedikit minyak, garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.

Betol x liza kata resepi ni sangat mudah. Sebab x perlu goreng ayam dan kentang. Semuanya kita masak dalam rempah. Hasilnya nanti ayam dan kentang uols akan rasa lembab dan x kering. Suami liza mmg xsuka ayam yang dimasak kering. Tu sebab liza suka masak ayam kicap dengan stail macam ni.

Selamat Mencuba & Semoga Berjaya (",)

Sunday, September 14, 2014

RESEPI MUSHROOM SOUP

Assalamualaikum & Salam Ceria buat sahabat di alam maya...

Apa kabar uols hari ni..Hope sihat2 selalu hendaknya. Hari ni liza nak share resepi yang lama liza nak cuba. Tapi sebab asyik bz je xpernah nya tercapai hasrat itu. But now Alhamdulillah...dah hujung2 tempoh berpantang ni akhirnya hasrat nak buat menu ni terlaksana juga.

Actually mushroom soup ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Terutamanya Husna suka sangat makan soup ni bila kami makan di luar. Jadi disebabkan dah lama tak bawa Husna jalan2 so mama buatkan Husna soup ni kat rumah je la ea sayang.

Sebenarnya kejadian ni berlaku tengah malam. Maafkan saya ibu breast feeding yang sentiasa lapar ni ea. Tak pasal2 terbuat mushroom soup tetengah malam buta. So tak yah nak cakap banyak sangat jom layan gambar dan resepi je. Terima kasih kepada insan yang berkongsi resepi. Muaaahhhh lebiu la...sebab resepi ni mmg mengaumkan !!!
 
MUSHROOM SOUP
resepi: Minami@myR
sumber: http://qaseyhoney.blogspot.com/

Bahan-Bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air - boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa jika perlu
1 cawan tepung gandum ~ dibancuh dengan secawan air
Sedikit lada hitam

Cara Penyediaannya
Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam.
Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
Sedia untuk di hidangkan begitu sahaja atau bersama roti.
Selamat mencuba (",) 

Friday, September 12, 2014

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hye kawan-kawan..kalau sebelum ni liza ada berkongsi resepi kuih yang Husna gemari sekarang liza nak kongsi resepi yang suami liza suka pulak.

Sama jugak resepi ni liza cuba pada ramadhan yang lalu. Pertama kali jugak membuatnya dan Alhamdulillah syukur menjadi lagi dan banyak lagi..hahaha sampai 4 rumah jiran suami liza hantar untuk berkongsi rezeki semasa berbuka.

Dalam pada sarat mengusung perut mengandung berjaya jugak liza hasilkan kuih badak berendam untuk suami yang tersayang. Lets check it out...Taraaaaaa....!!!!




Badak Berendam

Sumber : Azie Kitchen
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.

Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. 
Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.
Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.

Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. 
Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat.
Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat. 

Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan. 
Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah. 
Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba (",)