Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, September 12, 2014

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hye kawan-kawan..kalau sebelum ni liza ada berkongsi resepi kuih yang Husna gemari sekarang liza nak kongsi resepi yang suami liza suka pulak.

Sama jugak resepi ni liza cuba pada ramadhan yang lalu. Pertama kali jugak membuatnya dan Alhamdulillah syukur menjadi lagi dan banyak lagi..hahaha sampai 4 rumah jiran suami liza hantar untuk berkongsi rezeki semasa berbuka.

Dalam pada sarat mengusung perut mengandung berjaya jugak liza hasilkan kuih badak berendam untuk suami yang tersayang. Lets check it out...Taraaaaaa....!!!!




Badak Berendam

Sumber : Azie Kitchen
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.

Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. 
Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.
Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.

Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. 
Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat.
Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat. 

Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan. 
Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah. 
Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba (",)


No comments: