Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, December 13, 2010

Filem Ngangkung Hampir Mencecah Kutipan Rm10 Juta



Menurut sumber yang boleh dipercayai, David Teo telah memaklumkan filem Ngangkung hampir mencecah kutipan RM10 juta. Kalau betullah kutipan filem Ngangkung RM10 juta, ini adalah satu sejarah baru dalam dunia perfileman Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada David Teo dan mereka yang terlibat dalam pembuatan filem ini. Semoga penerbit-penerbit baru dapat mencontohi usaha dan semangat David Teo.

Dulu Adnan Sempit telah pecah panggung, kini filem ngangkung pula...Tak tahu pula selepas ini filem apa lagi yang bakal memecahkan panggung untuk David Teo. Rezeki dia lol...

p / s : walaupun tanpa lawak lucah murahan pun filem David Teo boleh pecah panggung...harap lepas ini takkan ada lagi insan yang mencari pendekatan mudah dengan menawarkan skrip2 lucah untuk menggamit penonton. Mesti ingat penonton sekarang dah pandai untuk memilih filem yang berkualiti.

4 comments:

Kak Amy said...

As'salam..

arghhh!!! teringin nak tengok cite nie tapi malangnya kat sini x ada panggung wayang hu3...

JMR said...

hantu kak limah balik rumah mampu mencabar ngankung nih...

Kaseh NazLieza said...

to kak amy:
waalaikumsalam...mehla dtg ke kl..blambak2 kt cini cinema kak..ehehehe

Kaseh NazLieza said...

to jmr:
hantu kak limah super duper lawak kot...ehehehe