Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, September 26, 2014

PETUA MAKANAN SEMASA BERPANTANG

Asslamualaikum & Salam Bahagia sayang-sayang semua..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Petua Makanan Semasa Berpantang

a. Ada sesetengah makanan yang tidak boleh diamalkan oleh ibu semasa dalam pantang. Adalah dinasihatkan supaya mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu, ayam dan telur.

b. Telur mentah atau kurang masak seperti telur separuh masak mesti dielakkan kerana ia mungkin mengandungi bakteria salmonela. Daging pula perlu dipastikan betul-betul masak dan tiada bahagian yang berwarna merah jambu atau merah. Pastikan airnya jernih, terutama apabila dipanggang atau menjadi sebahagian daripada makanan yang sedia dihidangkan manakala ketika berada di restoran, pesan supaya daging dimasak sepenuhnya dan elakkan ikan dan daging mentah seperti sushi dan ‘yee sang’.

c. Anda digalakkan memakan ikan segar seperti ikan haruan untuk menyembuhkan bahagian dalaman badan. Sesetengah ikan seperti ikan kembung dan lain-lain makanan laut seperti kerang atau udang mesti dielakkan kerana ia boleh menyebabkan alahan dan kegatalan.

d. Jika anda merawat diri tetapi tidak berpantang semasa makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah memakan makanan yang kering untuk mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok untuk dimakan. Menurut pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.

e. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.Tetapi sejauh mana kebenaran hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Namun perkara yang jelas ialah mengamalkan pantang semasa makan selepas bersalin akan membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

f. Banyak juga hidangan yang boleh dijadikan menu untuk ibu-ibu bersalin. Antaranya dengan cara pemasakan yang berbeza, misalnya dipanggang, direbus atau dikukus.

g. Semasa tempoh berpantang, ibu-ibu digalakkan meminum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual ubatan tradisional. Dengan mengamalkan air akar kayu dan jamu dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

Cara minum air akar kayu dan jamu ialah tekan ibu jari kaki kanan dengan ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk mengampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat sebanyak 3 kali, tarik nafas dan kempiskan perut agar perut tidak buncit. Minum secara senafas agar tidak terasa mua.


Salam sayang & selamat beramal (",)

No comments: