Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 7, 2010

~cinta 2 darjat~

"saya sedar siapa saya..!!bentak Ahmad kepada pujaan hatinya Niza.
"awak,maaf saya tak dapat nak memberi kasih sayang saya kepada awak,lihat jekla diri awak tu....,"Niza tak menghabiskan katanya.Matanya melirik badan Ahmad dari atas kebawah sambil menggeleng-geleng kepalanya ala-ala Juhi Chawla bile nyanyi ngan Shah Rukh Khan.Kemudian die tergelak.

Ahmad yang merasa dirinya terhina membalas dengan berkata"saya tau awak malu dengan saya,saya dah la pakai baju lusuh,tade motor gi jalan-jalan pown naik beskal jerk,lainla awak tu kaya....,"Balas Ahmad kepada Niza.Die sedar die dan Niza ibarat langit dengan bumi,Niza anak Dato' Mansor,seorang usahawan petai dalam tin yang berjaya,sedangkan dia,anak penoreh getah.

"awak cakap je la awak nak anak orang kaye kan?ye la kita putus jerk la!!kata Ahmad sambil menunggang basikal yang sebelum ini disandarkannya diperdu pisang.

Ahmad mengesat airmata ketika meninggalkan Niza,Niza memandang Ahmad sambil gelak-gelak dengan angkuhnya...ketika Ahmad semakin jauh dan mahu membelok selekoh untuk kerumahnya,Niza kemudian menjerit,"Ahmad!!nanti kita main sama-sama janganla merajuk!!

"ish,Ahmad ni belum sunat lagi dah nak kawen ngan kite,"kata Niza budak darjah 4 SK Sri Tanjung dalam hatinya sambil tergelak-gelak ala2 cipan mengalami kesukaran untuk melahirkan anak kembar.

THE END....

T______________________________T



No comments: