Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 26, 2010

~fadilat berzikir~

Asma’ Al – Husna

Asma 1 ( Allah ).
1. Sesiapa yang membacanya sebanyak 5,000 kali setiap malam, selama satu bulan, in sya Allah segala yang dihajatkannya akan tercapai.
2. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 5,000 kali setiap hari, in sya Allah akan datang kepadanya rezeki dari segala penjuru.
3. Barang siapa yang membacanya sebanyak 66 kali setiap selesai menunaikan solat fardu, selama 66 hari, in sya Allah namanya akan harum dan memperolehi kebaikan yang banyak. Bahkan lebih baik lagi jika diamalkan sepanjang masa.
4. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali sebelum menunaikan solat Jumaat dalam keadaan suci, in sya Allah akan dimudahkan baginya segala yang dituntut dan di perjuangkannya.
5. Brang siapa yang mengucapkannya sebanyak 200 kali setiap selesai solat Jumaat , in sya Allah semua urusannya akan dimudahkan.

Asma’ 2 ( Al – Rahman ) – Yang Maha Pengasih.
1. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali setiap selesai menunaikan solat fardhu, in sya Allah ingatannya akan kuat, dan segala sifat pelupa akan lenyap dari dirinya.
2. Apabila anak-anak malas belajar, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 5 kali dan tiupkan ke dalam air, kemudian diminumkan kepada mereka, in sya Allah anak-anak itu akan rajin belajar.
3. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 40 kali ke dalam teliga orang yang berpenyakit sawan dengan satu nafas, in sya Allah penyakitnya akan reda, jika dia orang yang beriman.
4. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 298 kali setiap selesai solat shubuh, in sya Allah dia akan memperolehi rahmat-nya.

Asma’ 3 ( Al-Rahim ) – Yang Maha Penyayang.
1. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali setiap hari, in sya Allah akan dilembutkan hatinya oleh Allah Taala dan akan wujud di dalam hatinya perasaan kasih sayang di antara sesama makhluk.
2. Barangsiapa yang mengucapkannya setiap selesai solat shubuh, in sya Allah dia akan disayangi dan disukaioleh semua orang.

Asma’ 4 ( Al-Malik ) – Yang Maha merajai.
1. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 121 kali selepas terbit fajar atau setelah tergelincir matahari setiap hari, In Sya Allah akan dibukakan untuknya pintu kekayaan oleh Allah Taala.
2. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali setiap selesai solat shubuh, in sya Allah bantuan-Nya akan datang dan musuh tidak akan dapat mendatangkan bencana kepadanya.

Asma’ 5 ( Al-Qudduus ) – Yang Maha Suci.
1. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali ketika tergelincir mata hari setiap hari, in sya Allah akan bersih jiwanya dari sifat-sifat madzmumah, seperti sombong, tamak, hasad dengki. iri hati, riya’ dan seumpamanya.
2. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali pada sebarang waktu setiap hari, in sya Allah dia akan bebas daripada perasaan bimbang dan ragu.
3. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 1000 kaliin sya Allah dia akan diselamatkan daripada segala malapetaka.
4. Barang siapa yang mengucapkannya 1000 kali setiap hari, in sya Allah semua impiannya akan tercapai.

Asma’ 6 ( Al-Salaam ) – Yang Maha Menyelamatkan.
1. Barang siapa yang membacanya sebanyak 160 kali di samping orang yang sedang sakit, in sya Allah penyakitnya akan sembuh, selagi belum datang ajalnya, sekurang-kurangnya penyakitnya akan berkurangan daripada biasa.

Asma’ 7 ( Al-Mu’min ) – Yang Maha Memelihara Keamanan.
1. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 136 kali, in sya Allah akan amanlah harta dan dirinya daripada sesuatu yang menakutkan.
2. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 136 kali setiap hari, in sya Allah Nur Islam akan memancar di wajahnya, dan syaitan tidak akan berani menghampiri kepadanya.

Asma’ 8 ( Al-Muhaimin ) – Yang Maha Memelihara.
1. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali selepas melakukan solat dua rakaat, terutama solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, in sya Allah akan dibersihkan dirinya zahir dan batin, dan hatinya akan sentiasa bercahaya.
2. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 145 kali selepas solat ‘isyak, in sya Allah akan kuat ingatannya.
3. barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 40 kali setiap hari, in sya Allah dia akan merasa aman dan tenteram.
4. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 101 kali setiap hari, in sya Allah segala keinginannya akan tercapai. Jika diamalkan sepanjang waktu, in sya Allah orang yang mengamalkannya itu akan mengetahui perkara ghaib.

2 comments:

smiley said...

infor sangat bergune nih..thx for sharing ea kak

regards,
Triplesmiley

Kaseh NazLieza said...

ur welcome dye...selamat beramal..