Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, September 17, 2010

Majlis Hari Raya Di Oficce 2 Tahun Yang Lalu

Dua tahun dah berlalu..tetapi masih segar dalam ingatan...sudah menjadi kelaziman...after raya setiap office mesti mengadakan jamuan hari raya...masa ni lieza berkhidmat di IIUM Endowment Fund...satu badan yang menguruskan Tabung Amanah untuk pelajar2 di UIA...

Hari Raya pada tahun tersebut adalah hari raya yang penuh dengan anugerah kerana itu adalah hari raya yang pertama lieza raikan bersama suami tercinta dan juga bersama benih cinta kami yang baru berumur sebulan..husna masih lagi di dalam perut ketika ini taw uols...ehehehehe...

Lihatlah wajah bakal ibu yang sangat berseri2 ini..lalalalala...



lieza baru preggy sebulan masa ni..so bolehlah pkai kebaya lagi...jangan jealous taw uols..wawawa



time ni seronok sangat cz kitaorg satu ofis semua mengamalkan potluck...di mana seorang staff akn bawa 2 or 3 jenis makanan..jadi bila semua makanan tu dah dikumpulkan..jadi banyak la uols...



masa ni lieza dengan bad the best and greates frenz sedang menyediakan salad untuk laksa...semua buat sendiri taw uols...tervangga sekejap neh..ehehehe



see...lieza tengah potong nasi himpit pon tapi masih boleh lagi berposing taw uols...tapi lieza very the kesian dengan kak ct...terkejar2 dye cz nak inter frame dalam ini gambar...wakakakaa...



setelah penat menyediakan juadah...sempat lagi mak buyung ni main gedik2 snap gambar...bajet anak dara lagi ker lieza oooii...adesss..=p



ni pula lieza bergambar dengan student2 UIA yang selalu menempel di ofis kami..wakakaka...tak de la mereka ini adalah student yang sangat rajin cz selalu membantu kerja2 ofis yang memerlukan sokongan dan perkhidmatan mereka...

adik-adik yang ku sayang...korang semua kat mane..kak lieza dah rindu & kanget bangat dengan korang2...anak akk pon dh pandai berjalan taw...tp korang still tak dapat jumpa anak akk lg kan..rindu korang selalu...sob...sob...sob...=(



kenangan oh kenangan...setiap kenangan pasti akan meninggalkan kesan yang amat mendalam buat lieza..takpela...walaupun ia dah lama berlalu...biarlah ia menjadi kenangan terindah dalam hidup lieza...

p/s : rindu pulak moment2 mengandung dulu..nak mengandung lagi boleh x..ehehehe

Bahtera Nabi Nuh Di Temui



Murat Guven adalah pegawai dari Turki sedang menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

Penemuan ini katanya bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi ianya diyakini 99.9 peratus adalah bahtera itu menurut laporan seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

p/s : mana yang baik kita jadikan tauladan ea uols...

Thursday, September 16, 2010

Gambar Anak Lelaki Serina Redzuan Tristan Tareef Yang Sangat Comel



Setinggi tahniah diucapkan kepada Serina & suami yang kini bergelar ibu kepada seorang bayi lelaki yang diberi nama Tristan Tareef O’luanaigh. Makna nama anak Serina Chef Wan ialah “lain daripada yang lain”. Tersangat lah indah makna nama itu...

Chef Wan yang turut berada di sisi Serina semasa kelahiran cucunya itu telah pun selamat melaungkan azan ketika itu. Berat Tristan Tareef O’luanaigh semasa dilahirkan ialah 2.85 kilogram.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Serina, suami dan Chef Wan. Semoga semakin meriah keluarga Chef Wan dengan kehadiran cucu sulung ini. Kami doakan agar semuanya baik-baik belaka selepas ini untuk Tristan Tareef O’luanaigh. Semoga menjadi anak yg soleh berbakti kepada orang tua di dunia & akhirat juga...Amin

p/s : terus teringin nak anak lelaki pulak..wakakakaakka

16 September 1963 Di Istiharkan Hari ! Malaysia

Terima kasih kepada perdana menteri kita Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak kerana mengistiharkan pada setiap 16 September akan menjadi cuti tahunan demi meraikan hari penubuhan Malaysia...Lieza suka sangat dengan pendekatan yang dilakukan ini..bukan kerana sebab cuti uols..tetapi sebab dengan ini sure anak2 bangsa kita akan lebih peka & ingat pada tarikh 16 September 1963 adalah tarikh penting...tarikh penubuhan Malaysia...Mari kita belajar sejarah untuk hari ini ea anak2...=))



Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party-PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.

Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.

Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama British-Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia. Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.

Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka.

p/s : hari ini bertambah lagi ilmu sejarah kita kn anak2...ehehehe

Wednesday, September 15, 2010

Mid Valley Mega Mall Tempat Reunion Kami

sangat seronok hati bila terjumpa lagi dengan gambar2 lama...masa ni awal tahun 2008...dh 2 tahun berlalu...

masa ni jg semua masih anak dara lagi...tapi keadaan sekarang semua dah berlainan...majoriti semua dh kahwin...kalau belum berkahwin pun pasti dah bertunang...

reunion ni adalah bersama dengan kawan2 sekolah rendah & menengah lieza...so happening Mid Valley tu kitaorg gemparkan...mmg seronok uols...kalau uols nak tahu...dulu lieza bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn di kampung pandan...sementara sekolah menengah pula lieza bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman...



deretan anak dara pingitan..ahahahaah



happy2 bersama...



korang semua lieza rindu korang la...



ada yg still dalam negara...ada yang dah berkhidmat di luar negara...jauh korang berhijrah kan...



korang2...bila kita nk gathering macam ni lagi...sure seronok kan cz lepas ni semua mesti dok sibuk dukung anak masing2...wahhh tak sabar la nak tunggu next reunion...

p/s : cepat2 siapa rajin nak atur reunion terbaru kita ni...

Sultan Kelantan Baru Adalah Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra



Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kiri) dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa, Isnin.

Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Baru, Isnin (13 September 2010).

p/s : daulat Tuanku....

Tuesday, September 14, 2010

Serina Redzuan Selamat Melahirkan Anak Lelaki





Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, Isnin lalu...

Menurut bapanya, Chef Wan, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram itu dilahirkan pada 6.13 petang.

hef Wan berkata cucu sulungnya diberi nama Tristen Tareef yang bermaksud 'lain dari yang lain' dalam bahasa Arab.

Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Serina bersyukur kerana proses kelahiran itu adalah mudah.

Menantu Chef Wan, Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu. Dia begitu teruja menimang cucunya dan membacakan azan di telinganya.

Tristen mirip ibu bapanya tetapi matanya sama seperti datuknya. Dia berambut hitam dan kulitnya cantik. Nampaknya Chef Wan begitu gembira & teruja dengan kelahiran cucu sulungnya ini...

Semoga perkahwinan Serina & suami bertambah bahagia dengan kehadiran ank tercinta...Amin...

p/s : teringat2 saat lieza lahirkan husna dulu...penuh dengan kenangan...

Gambar Hari Raya 2010

Syawal yang mulia kian berlalu...namun kehangatan dan kemeriahan masih lagi terasa...lieza betul2 happy tahun ni cz finally dapat juga bergambar sakan dengan suami dan anak kesayangan lieza...

alhmdulillah pada tahun ini kami sekeluarga dapat memanjangkan sillaturrahim keluarga...habis semua saudara mara kami lawati...

dan yang paling best jugak pada tahun ini papa very the sporting cz sanggup meredah panas dan hujan gara2 ingin membawa anak daranya beraya...papa juga bessstt sangat cz suka bergambar tahun ni..kalau tidak...non ado la nak bergambar sakan..maklumla hubby lieza ni tak mesra camera macam lieza...wawawawa...tahu dek hubby lieza ni habisla lieza kena gigit.

tapi tahun ini amat berbeza cz habby lieza memang sporting habis...siap boleh ukir senyuman lagi..kalau tidak amatlah payah mahu melihatnya senyum...anak dara lieza pulak tak tahu la kenapa...sepanjang beraya di rumah saudara mara...sepanjang itulah nak berkepit dengan lieza jer..kalau tidak akan berkumandang la siren uwekkkk3 dari husna...haru...

husna maybe tak berapa selesa dengan orang yang ramai yang amat tetapi tak apalah cz lieza snentiasa ada hubby yang selalu memahami dan membantu lieza...atok n nenek husna pon tak jemu2 memujuk cucu kesayangan seorang ni...

penat dah nak menaip panjang2..jom kita layan gambar hari raya tahun 2010 ea...



husna masih dalam mencari mood untuk berhari raya...



alololo..senyum dah ank dara mama & papa...



dalam usaha kami suami isteri menenangkan anak dara kami yang semakin ligat melasak...



husna behave ea...jom kita bergambar...



tengokla husna terpaksa digrab dengan kuat oleh papa sebab husna sibuk nak turun berlari...



husna dh behave tetapi mata masih lagi menjeling kepada ikan2 di dalam kolam..uhuuuu



mama...nape ramai sangat orang hari ini..husna tak suka la...uhuuuu



tengok husna dah tarik muka cuka!



mama jer over excited nk bergambar tapi anak mama lagi2 over excited nak main kuih raya kat meja...



okla uols..sebenarnyer banyak lagi gambar2 raya...tapi macam tak larat jer nak upload semua...tak pe la...nanti senang2 lieza upload lagi ea uols...muaachh33...

p/s : dah start bekerja tetapi mood raya masih adooo..ahahaha

Norman Hakim & Memey Bertunang



Finally setelah dilanda bermacam2 kontroversi...bertunang juga norman & memey...hope hubungan mereka berkekalan hendaknya...





lieza doakan abby juga akan berbahagia bersama insan-insan yang tersayang...Allah itu kan maha adil..=))

Bersumberkan Utusan Malayasia Aktres Memey Suhaiza Suhaimi selamat ditunangkan dengan pasangannya Norman Hakim, 34, di kediamannya di Felda Tenggaroh Selatan 1, di sini hari ini.

Memey, 22, yang anggun mengenakan busana berwarna putih rekaan Ezuwan Ismail menerima sebentuk cincin pertunangan daripada Norman dalam satu majlis ringkas yang diadakan petang ini.

Majlis menyarungkan cincin dilakukan oleh ibu Norman sendiri, Kamariah Kamal sambil disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu, Memey turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya kasut, beg tangan, baju dan buah-buahan manakala Norman pula menerima tujuh dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung, set wangian untuk lelaki, coklat dan buah-buahan.

Dalam sesi perbincangan selama 30 minit itu, pihak lelaki diwakili oleh bapa saudara Norman, Mejar (B) Ismail Kamat manakala Memey diwakili oleh datuknya, Sarwani Saien.

Bagaimanapun tempoh pertunangan dan wang hantaran belum ditetapkan.

Memey ketika ditemui pemberita melahirkan rasa kesyukuran selepas bergelar tunangan kepada Norman atau nama betulnya, Muhammad Norhakim Zaidon apatah lagi selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam alam percintaan mereka.

Mengikut perancangan awal hanya bercadang untuk merisik tetapi setelah berbincang dengan kedua belah pihak kami bersepakat untuk terus mengikat tali pertunangan

Sementara itu, Norman yang hadir memakai baju kemeja berwarna putih, berseluar jean dan bersongkok berkata, Memey adalah pilihannya dan ia mendapat restu kedua orang tua.

Malah dia turut menyifatkan Memey sebagai wanita yang sabar dan mampu melengkapi hidupnya untuk perjalanan akan datang.

nota cinta : kebahagiaan hakiki di akhirat juga...dunia hanya sementara...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya



alhamdulillah...dengan izin Allah SWT kita dipertemukan lagi dengan syawal yang mulia ini...semoga syawal kali ini akan memberikan kebahagian & rahmat yang melimpah ruah buat kita semua...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari lieza, hubby & husna buat semua rakan2 di luar sana...selamat bergembira bersama insan-insan yang kita cintai....

love note : selamat hari raya papa sayang...ampunkan segala kesalahan yang telah mama lakukan...teruslah berdoa agar mama dapat menjadi isteri mu yang sempurna seperti yang kita impikan..kaseh nazlieza hingga ke syurga...Amin