Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, September 14, 2010

Norman Hakim & Memey Bertunang



Finally setelah dilanda bermacam2 kontroversi...bertunang juga norman & memey...hope hubungan mereka berkekalan hendaknya...





lieza doakan abby juga akan berbahagia bersama insan-insan yang tersayang...Allah itu kan maha adil..=))

Bersumberkan Utusan Malayasia Aktres Memey Suhaiza Suhaimi selamat ditunangkan dengan pasangannya Norman Hakim, 34, di kediamannya di Felda Tenggaroh Selatan 1, di sini hari ini.

Memey, 22, yang anggun mengenakan busana berwarna putih rekaan Ezuwan Ismail menerima sebentuk cincin pertunangan daripada Norman dalam satu majlis ringkas yang diadakan petang ini.

Majlis menyarungkan cincin dilakukan oleh ibu Norman sendiri, Kamariah Kamal sambil disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu, Memey turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya kasut, beg tangan, baju dan buah-buahan manakala Norman pula menerima tujuh dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung, set wangian untuk lelaki, coklat dan buah-buahan.

Dalam sesi perbincangan selama 30 minit itu, pihak lelaki diwakili oleh bapa saudara Norman, Mejar (B) Ismail Kamat manakala Memey diwakili oleh datuknya, Sarwani Saien.

Bagaimanapun tempoh pertunangan dan wang hantaran belum ditetapkan.

Memey ketika ditemui pemberita melahirkan rasa kesyukuran selepas bergelar tunangan kepada Norman atau nama betulnya, Muhammad Norhakim Zaidon apatah lagi selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam alam percintaan mereka.

Mengikut perancangan awal hanya bercadang untuk merisik tetapi setelah berbincang dengan kedua belah pihak kami bersepakat untuk terus mengikat tali pertunangan

Sementara itu, Norman yang hadir memakai baju kemeja berwarna putih, berseluar jean dan bersongkok berkata, Memey adalah pilihannya dan ia mendapat restu kedua orang tua.

Malah dia turut menyifatkan Memey sebagai wanita yang sabar dan mampu melengkapi hidupnya untuk perjalanan akan datang.

nota cinta : kebahagiaan hakiki di akhirat juga...dunia hanya sementara...

2 comments:

Anonymous said...

besh pulak tgk urg pi bertunang..rase sprti mahu bertunang plak..tapi erkk? hambe nk tunang dgn saper? adeh
hahahah..(*_*)

Kaseh NazLieza said...

cpt2 la cari calon..eheheh