Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, September 18, 2010

Ibu Paling Kecil & Cantik Di Britain

Cantik dan comel serta mempunyai jiwa kental yang hebat...Ibu paling kecil di Britain ini begitu membuatkan lieza benar2 kagum...walaupun berbagai2 risiko yang harus dia lalui...tetapi demi hasrat untuk memiliki anak daripada darah daging sendiri membuatkan dia begitu semangat & sanggup mempertaruhkan nyawanya demi anak tersayang...lieza masih lagi kagum ni uols...



Untuk makluman uols seorang bayi yang berumur 14 bulan telah mempunyai ketinggian yang mengatasi ibunya, Amanda Moore di Britain.

Keadaan itu berlaku kerana bayi itu dilahirkan oleh ibu paling kerdil di negara Britain, Amanda Moore yang berusia 25 tahun. Sama umur dengan lieza ni uols...

Bayi itu yang diberi nama Aidan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada Februari tahun lalu.

Penyakit tulang yang dialami oleh Amanda menyebabkan dia setinggi 0.93 meter dan tidak lagi mampu untuk berdiri.

Namun, anaknya itu sudah setinggi 0.76 meter.

Menurut Amanda, Aidan mungkin akan menjadi tinggi seperti bapanya, Steven Fyfe, 20 yang memiliki ketinggian 1.85 meter.

Lahir dalam keadaan 14 tulangnya patah, wanita itu dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana doktor bimbang kerangka tubuh yang kecil tidak mampu menampung kandungannya dan memintanya melakukan pengguguran.

Namun perasaan kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya...Ternyata Amanda mahukan ini...

Menurutnya, Aidan sudah mula belajar bercakap dan sangat suka bergerak. Suatu keajaiban yang meminta kita untuk memuhasabah diri kan uols...

p/s : kagum..lieza benar2 kagum dengan Amanda...

6 comments:

Wawa~* said...

pernah baca jg psl ni dlu... mmg kagum.. :D

Uruchimaru @ kf said...

tiada yg mustahil dlm dunia ini =)

Kaseh NazLieza said...

to wawa:
kagum masih blom hilang neh...

Kaseh NazLieza said...

to uruchimaru:
dgn izin Allah mmg tiada yg mustahil dik..ehehehe

smiley said...

wahhh...hebat tuh...memang comel anak die ekkk...


regards,
Smiley

smiley said...

wahhh...hebat tuh...memang comel anak die ekkk...


regards,
Smiley