Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, September 28, 2010

Anak Bunga Cinta Lestari & Ashraff Sinclair

rasanya masih baru lagi lieza share story dengan uols semua regarding Bunga Cinta Lestari yang sedang sarat mengandung...

haaa..sekarang ni rupanya Bunga dah pun selamat melahirkan anak lelaki...mesti kacak macam papanya kan...

agak2 anak Bunga & Ashraff ni bakal di beri nama apa ea..ada sangkut paut dengan Bunga tak..ehehehehe


p/s:papa..mama teringin anak lelaki juger...

Monday, September 27, 2010

Pesanan Penaja Dari Husna



" mama caye tengah bezee cangat...manyak ebent2 wedding yang tengah belatur..tu cebab la mama cye bezee...harap maap ea...mama caye tak cempat nak update..caye toyong la ea..."

yg di bebel oleh husna =)

Friday, September 24, 2010

Cinta Bunga Lestari Sarat Mengandung


Kalau dah celebrity...time sarat mengandung pun still cantik jelita lagi kan...bagus betol la dyeorg ni bab penampilan diri...
lieza suka sangat tengok Bunga Cinta Lestari mengandung...rasa berseri2 jer muka dye...sure cinta & ashraff xsabar nak tunggu kelahairan babay dyeorg kan...
semoga semuanya selamat & berjalan dengan lancar..buat bunga & ashraff selamat menempuh hidup baru yang lebih mencabar & membahagiakan...
p/s : moment bersama anak kita sewaktu baru lahir adalah moment terindah sepanajang hdup kita...tak percaya??? cubalah...=))

Thursday, September 23, 2010

Corienne Addrienee Selamat Memeluk Agama Islam



Alhamdulillah...bertambah lagi umat Islam di muka bumi ini...Corienne Addrienee telah selamat memeluk agama Islam...

Bagaimanapun sumber nama Islam nya masih belum diketahui...jarang berlaku seorang model cantik sepertina berminat dengan agama suci kita...semoga selepas ini Corienne akan lebih berhati2 dengan pakaiannya...jangan terlalu seksi yaaa...paling penting belajarlah untuk menutup aurat..kerana itu adalah tuntutan agama kita dan banyak keberkatannya...Amin...

p/s : hati berbunga2 biler dapat tahu bertambah umat Islam di muka bumi =))

Wednesday, September 22, 2010

Wajah Suci Selepas Grade

Wajah suci selepas grade...apa sekarang sudah tak suci kah??? kahkahkah...takde la masa ni confirm muka tu muka budak baik yang baru nak belajar dunia dan selok belok pekerjaan...

Alhamdulillah...lieza after grade trus dapat kerja di UIA...rezeki nak membantu ayah menyiapkan rumah agaknya masa tuh...

betol uols..memang suci habis la muka masa ni...tapi kenapa kurang ceria jer wajah tu wahai cik lieza ( masa ni title cik la ea... )

jawapannya haruslah kerana sedang menjalani anjakan paradigma iaitu terpaksa berjauhan dengan kekasih hati...kekasih di johor manakala lieza di kuala lumpur..

tu yang lahirlah muka suci tetapi kurang ceria...hakhakhak....adoila..ader2 jer...jom mengimbau kenangan lama bersama lieza...



masa ni ader event kat my office...ader talk dari prof Saudi Arabia...biasalh anak dara sure punyer dieorg letakkan untuk dijadikan penyambut tetamu...coz muka manis2...hahahaha



tengokla muka lieza giler siyes lawak...muka takot dan cuak pon ader...coz masa ni boss tengah bagi instruction...huhu



haaa..masa ni dah boleh senyum2 sket...tp still senyum malu2 kucing lagi...maklomla...saya kn budak baru belajar...so perangai tuh haruslah behave sket kan...ahahahah

p/s : rindu dengan moment rindu2 an dengan my hubby..masa ni tiap mlm mesti bergayut dengan my hubby yang ketika itu masih kekasih gelap n terang...=p

Norman Hakim Masih Berhutang Duit Hantaran Dengan Abby Abadi



Dengan wujudnya gambar ini di blog lieza agak2 ader hati yang panas tak tatkala melihatnya...ehehehehe...faham2 sendiri sudahla...

Gambar ini suatu ketika dulu amatlah menjadikan mereka idola pasangan bahagia..tetapi siapalah kita ini sebagai manusia untuk menentukan segalanya..kerana kita hanya tahu merancang...yang menentukannya Allah SWT juga...

Setelah bercerai dengan Abby Abadi ingatkan isu Norman hakim akan semakin merundum...tetapi rupanya masih ada saja cerita panas mengenainya...

terbaru Norman Hakim ternyata masih lagi berhutang duit hantaran dengan Abby Abadi...nasihat kepada Norman Hakim..tolonglah lunaskan dulu sebelum mendirikan masjid bersama isteri baru ea bang Norman..uhuuu...

Menurut kata2 kak Abby...

“Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.

“Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula,” tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.

Menurut kak Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, dia terpaksa mendedahkannya di akhbar kerana tiada jalan lain lagi menuntut segala yang menjadi haknya daripada bekas suami, Norman Hakim atau pemilik nama sebenar, Mohamed Nor Hakim Zaidon, 34.

“Saya sudah sampai pada satu tahap tiada cara lagi untuk mendapatkan hak saya semula. Saya juga sudah lama beri ruang kepadanya untuk menyelesaikan apa yang tertunggak selepas dua tahun kami bercerai.

“Sudah ratusan kali saya cakap dengannya tapi dia buat tak tahu saja. Mungkin ada yang mempertikaikan saya macam seronok hendak bercerita keaiban bekas suami tapi saya tak ada cara lain. Dia selalu cakap tak serupa bikin. Dengan saya dia cakap lain tapi dalam akhbar dia kata lain. “Kenapa dia suka meletakkan kesalahan dirinya pada orang lain. Selama ini saya minta dengan baik kenapa dia tidak memberi maklum balas. Kenapa apabila sudah tersiar dalam akhbar baru hendak bagi respons,” katanya.

Tambah Abby dalam nada kecewa, dia agak ralat dengan kenyataan Norman yang disiarkan akhbar ini kelmarin. “Dia sendiri buka pekung di dada. Duit hantaran dan duit kenduri kahwin dua cerita berbeza. Dia juga sebut perbelanjaan anak. Saya tak kata dia tidak beri belanja anak langsung tapi dia bagi bila dia rasa perlu.

“Apabila kami bercerai, yang terputus hubungan suami isteri tapi tanggungjawabnya terhadap anak-anak masih seperti biasa. Saya memang mampu menyara tiga anak tapi sebagai bapa dia tak boleh lepas tangan. “Dari satu segi memang tidak elok bercakap pasal keaiban orang tapi saya kena selalu beri amaran padanya. Saya nampak dia semakin berubah setahun sebelum kami bercerai dan perangainya yang sebenar terus terserlah. “Apa yang saya boleh cakap, apa yang saya dedahkan dalam akhbar ini benar. Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa tetapi dalam telefon, dia cakap dengan saya lain, dia beritahu pada media lain. Saya penat hendak melayan caranya yang kononnya berdiplomasi dan berhemah itu,” katanya.

Semoga kak Abby terus tabah untuk membesarkan anak2 dengan dugaan yang mendatang...

p/s : hairan dengan badan2 penyiaran di malaysia...mengapa artis2 yang masih lagi dalam kes mahkamah dibenarkan sewenang2nyer lakonan mereka ditayangkan...nmpknyer makin naik lemakla pelakon2 tersebut..=(

Tuesday, September 21, 2010

Wajah Berseri Saat Di Lamun Cinta

Benarkah wajah akan berseri2 saat anda di lamun cinta???? hmmmm...mungkin terpulang pada individu itu sendiri...tapi mungkin lieza percaya dengan statement itu..maklomla saat itu kn hati sedang berbunga2 bahagia...sudah tentu wajah sentiasa tersenyum girang apabila terkenangkan wajah yang tersayang...

Anda semua mahu tengok wajah yang berseri2 saat dilamun cinta...???haaa...meh sini lieza share something yang sure uols sume percaya dengan hebatnyer penangan cinta dari seorang kekasih...ceewaaa....

uols nak tengok...??

betol ke nak tengok ni???

okla lieza bagi tengok...

tapi betol ke uols nak tengok...????

ok2...before lieza kena luku dengan uols baik lieza bagi tengok kan....

taraaaa.....=p



see...betol tak lieza cakap..wajah bukan main lagi berseri & bersinar2...kalah la mentari yang menyinar tuh....apa lagi saat ni berjumpa setelah berbulan2 memendam perasaan rindu...walawehhh..ahaks...(gelak guling2 ingat moments berchenta chentun dulu)



senyum pun bukan main melebar ea cik lieza...maklomla saat ni pon kekasih hati yang dok rajin bebenor snap2 gambar...eheheheeh



waktu ni pon dah tak peduli dengan dunia keliling...yang penting ku bahagia dengan si dia yang terchenta...lagi2 kalau pakai baju sama2 design dengan kekasih...mesti bajet waahhh akulah pasangan paling bahagia...wueekkk...ader guwe kesah..ahahahah

adoyai lawak betollah biler iangat2 balik time berchenta chintun dulu...tapi itulah kemanisan zaman anak dara dulu kan uols...pergi mana2 jer mesti dok sms kekasih bagtaw or report pada dye kita nak kemana or bagai...

tapi yang bagusnya sampai sekarang dah jadi suami isteri pon lieza still sms or call minta izin nak ke mana or nak wat apa..maklomlah biler dah kahwen macam ni la lagi wajib untuk minta izin betol kan uols...

uols...untuk melengkapkan entry wajah berseri semasa dilamun cinta ini mestilah harus ader wajah kekasih hati kan...tapi uols janji jangan muntah taw tengok aksi2 terlebeh kitaorang..eheheh..



hubby lieza wat aksi2 noty...adess



zaman nak berkepit jer..aduh...takpe2 sekarang ni nak berkepit 24 jam pun xpe...coz dah halal...ehehehehe



gambar ni la paling tak boleh blah...very the verangan nak jadi peranten...ahahahaha...finally dapat juga kan papa...AMIN



p/s : nape sekarang nih asyik teringat zaman2 manis dulu jer...feeling pengantin baru kot..ahahaha

M.Rajoli Meninggal Dunia Perginya Sebutir Permata


Al Fatihah kepada M Rajoli yang telah disahkan meninggal dunia akibat kanser otak jam 10.45 malam tadi (17 September 2010).


Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu. Semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yangberiman...Amin...

Marilah kita sedekah Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli. Kerana hanya dengan itu saja yang dapat kita berikan padanya...


Lieza memang minat dengan lakonan Allahyarham...beliau selalu dapat membawakan watak yang berbeza2 dengan berkesan...selepas ini masih adakah pelakon pelapis yang sehebat Allahyarham...

p/s : Allahyarham sentiasa dalam kenangan dan tersemat di hati...

Monday, September 20, 2010

Asam Garam Husna DI Hari Raya

husna ooooh husna....nak kata mama dengan papa tak pernah bawa berjalan tak la pulak...tapi kenapa la husna very the meragam masa berhari raya yang lepas...nenek dengan atok cakap maybe husna rimas tengok orang ramai sangat...tu sebab la puteri mama papa ni dok tak senang duduk masa beraya hari tuh...

tapi jangan risau uols...dengan bantuan papa my ever forever hero..masalah husna meragam terus dapat diselesaikan..ehehehe..jom kita intai2 gelagat husna meragam & mengamuk di hari raya...wewewewewehhhh...



time ni husna memang dah mengantuk sangat..jadi dah tentulah kawan baik husna masa ini adalah botol susu @ nenen...wakakakaka...



time ni pulak husna pandai bawa diri sendiri dengan menyelongkar handbag mama untuk mencari botol susunya...finally she succes with her mission...ehehehehe



husna oooh husna...budak2 lain dapat duit raya seronok..tapi husna menangis pulak..nape ni sayang...pening kepala sebab ramai orang sangat ea sayang...



dapat duit raya nangis tetapi biler mama upah dengan gula2 terus senyap...dan2 tu juga husna cakap...

" mama nak..nak...nak..."

ooohoohohohoh..so cute la anak mama papa neh...



tengokla puteri hati mama papa neh...dapat mamam gula2 terus senyap...ginilah keadaan biler anak semakin membesar dan tahu hal ehwal persekitaran...dye tahu jer yang itu bukan rumah mama or papa, then confirm2 bukan rumah atok nenek..trus la dye menangis2...

tapi yang paling best tu uols...biler sampai jer umah atok...terus tersengih2 anak mama neh..adoyai anak2...ni yang rase nak geget2 jer pipi husna neh...

p/s : husna nangis2 juga time beraya tapi tetap dapat duit raya tebal2..ehehehe

Saturday, September 18, 2010

Ibu Paling Kecil & Cantik Di Britain

Cantik dan comel serta mempunyai jiwa kental yang hebat...Ibu paling kecil di Britain ini begitu membuatkan lieza benar2 kagum...walaupun berbagai2 risiko yang harus dia lalui...tetapi demi hasrat untuk memiliki anak daripada darah daging sendiri membuatkan dia begitu semangat & sanggup mempertaruhkan nyawanya demi anak tersayang...lieza masih lagi kagum ni uols...



Untuk makluman uols seorang bayi yang berumur 14 bulan telah mempunyai ketinggian yang mengatasi ibunya, Amanda Moore di Britain.

Keadaan itu berlaku kerana bayi itu dilahirkan oleh ibu paling kerdil di negara Britain, Amanda Moore yang berusia 25 tahun. Sama umur dengan lieza ni uols...

Bayi itu yang diberi nama Aidan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada Februari tahun lalu.

Penyakit tulang yang dialami oleh Amanda menyebabkan dia setinggi 0.93 meter dan tidak lagi mampu untuk berdiri.

Namun, anaknya itu sudah setinggi 0.76 meter.

Menurut Amanda, Aidan mungkin akan menjadi tinggi seperti bapanya, Steven Fyfe, 20 yang memiliki ketinggian 1.85 meter.

Lahir dalam keadaan 14 tulangnya patah, wanita itu dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana doktor bimbang kerangka tubuh yang kecil tidak mampu menampung kandungannya dan memintanya melakukan pengguguran.

Namun perasaan kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya...Ternyata Amanda mahukan ini...

Menurutnya, Aidan sudah mula belajar bercakap dan sangat suka bergerak. Suatu keajaiban yang meminta kita untuk memuhasabah diri kan uols...

p/s : kagum..lieza benar2 kagum dengan Amanda...