Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, January 19, 2011

Iman & Cinta



Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?

Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika [B]di hati sama-sama masih ada ALLAH[/B], perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut... tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang... tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

p / s : satukanlah cinta kami selamanya dengan iman...

4 comments:

Amy Syaquena said...

Amin semoga adik ku ini akan kekal hingga ke hujung nyawa dan bahagia selamanya...

ManjaIxora said...

hai lieza.. alam maya plak tempatnyer.. weekend realiti, weekdaya alam maya.. hohoho..

Kaseh NazLieza said...

to kak amy:
tahx akk...semoga doa akk yg terhebat ini akn termakbul...liza doakan kebahagiaan akk wif huby n family jg...

Kaseh NazLieza said...

to maz:
yupp..sonok sgt jumpa maz kt sni..