Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 22, 2010

Norman Hakim Masih Berhutang Duit Hantaran Dengan Abby Abadi



Dengan wujudnya gambar ini di blog lieza agak2 ader hati yang panas tak tatkala melihatnya...ehehehehe...faham2 sendiri sudahla...

Gambar ini suatu ketika dulu amatlah menjadikan mereka idola pasangan bahagia..tetapi siapalah kita ini sebagai manusia untuk menentukan segalanya..kerana kita hanya tahu merancang...yang menentukannya Allah SWT juga...

Setelah bercerai dengan Abby Abadi ingatkan isu Norman hakim akan semakin merundum...tetapi rupanya masih ada saja cerita panas mengenainya...

terbaru Norman Hakim ternyata masih lagi berhutang duit hantaran dengan Abby Abadi...nasihat kepada Norman Hakim..tolonglah lunaskan dulu sebelum mendirikan masjid bersama isteri baru ea bang Norman..uhuuu...

Menurut kata2 kak Abby...

“Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.

“Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula,” tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.

Menurut kak Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, dia terpaksa mendedahkannya di akhbar kerana tiada jalan lain lagi menuntut segala yang menjadi haknya daripada bekas suami, Norman Hakim atau pemilik nama sebenar, Mohamed Nor Hakim Zaidon, 34.

“Saya sudah sampai pada satu tahap tiada cara lagi untuk mendapatkan hak saya semula. Saya juga sudah lama beri ruang kepadanya untuk menyelesaikan apa yang tertunggak selepas dua tahun kami bercerai.

“Sudah ratusan kali saya cakap dengannya tapi dia buat tak tahu saja. Mungkin ada yang mempertikaikan saya macam seronok hendak bercerita keaiban bekas suami tapi saya tak ada cara lain. Dia selalu cakap tak serupa bikin. Dengan saya dia cakap lain tapi dalam akhbar dia kata lain. “Kenapa dia suka meletakkan kesalahan dirinya pada orang lain. Selama ini saya minta dengan baik kenapa dia tidak memberi maklum balas. Kenapa apabila sudah tersiar dalam akhbar baru hendak bagi respons,” katanya.

Tambah Abby dalam nada kecewa, dia agak ralat dengan kenyataan Norman yang disiarkan akhbar ini kelmarin. “Dia sendiri buka pekung di dada. Duit hantaran dan duit kenduri kahwin dua cerita berbeza. Dia juga sebut perbelanjaan anak. Saya tak kata dia tidak beri belanja anak langsung tapi dia bagi bila dia rasa perlu.

“Apabila kami bercerai, yang terputus hubungan suami isteri tapi tanggungjawabnya terhadap anak-anak masih seperti biasa. Saya memang mampu menyara tiga anak tapi sebagai bapa dia tak boleh lepas tangan. “Dari satu segi memang tidak elok bercakap pasal keaiban orang tapi saya kena selalu beri amaran padanya. Saya nampak dia semakin berubah setahun sebelum kami bercerai dan perangainya yang sebenar terus terserlah. “Apa yang saya boleh cakap, apa yang saya dedahkan dalam akhbar ini benar. Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa tetapi dalam telefon, dia cakap dengan saya lain, dia beritahu pada media lain. Saya penat hendak melayan caranya yang kononnya berdiplomasi dan berhemah itu,” katanya.

Semoga kak Abby terus tabah untuk membesarkan anak2 dengan dugaan yang mendatang...

p/s : hairan dengan badan2 penyiaran di malaysia...mengapa artis2 yang masih lagi dalam kes mahkamah dibenarkan sewenang2nyer lakonan mereka ditayangkan...nmpknyer makin naik lemakla pelakon2 tersebut..=(

2 comments:

Anonymous said...

gambar itu sgt menarik ade makne tersurat!

*bahagia taw dpt cium dahi isteri yg sah *

Kaseh NazLieza said...

mmg la bahagia..lg bahagia klu kita dpt kekalkan kbahagiaan itu...